..Ahlan Wa Sahlan..

Sunday, February 23, 2014

Clorox Hati!

Sedikit perkongsian semalam, mashaallah hebat.

Semalam, saya menghadiri satu ceramah " Pengenalan Asma'ul Husna dalam kehidupan seharian"
saya sampaikan highlight sahaja ya, kami diajar bagaimana cara "Bicara Hati" dengan Allah. 

Bicara hati disini juga blh didefinisikan sebagai proses mengclorox hati. kenapa perlu clorox hati? sebab hati akan sentiasa kotor,bila solat dgn hati yang kotor apa akan timbul kekhusyukan? Takkan khusyuk sebab Allah berpaling pada kita. ibaratnya kita nak pi jumpa sultan tapi dalam keadaan berlumpur.rasa-rasa sultan nak jumpa kita ka? masuk dlm istana pun takkan dapat punya. Begitulah Allah, Kalau nak Allah pandang kita dengan kasih sayang rajin-rajinla clorox hati. inshaaAllah. Pesan Ustazah, kita dapat masuk syurga bukan sebab amalan baik kita yang melambak, tapi sebab kasih sayang Allah dan Redha Allah pada kita. Jangan nak sombong dengan amalan kita. Nauzubillah.

           


Kenapa ia penting? bilamana kita sering bicara hati dgn Allah, Allah swt pasti mmbuka hijab kita dan menzahirkan bahawa hanya pada Allah kita kembalikan segalanya. bermula dari pujian, pengampunan sehinggalah permohonan kepadanya agar kita tahu bahawa dunia yang kita kejar ini tiada nilainya ibarat seorang perempuan tua yg penuh nanah dan kotoran (tiada nilainya) disisi Allah swt.

Kita sering memuji manusia dengan kehebatan yang mereka miliki, tapi sayang kita gagal melihat kehebatan Pencipta manusia itu.

Kita sanggup snorkelling semata-mata nak tengok keindahan laut, keunikan haiwan yang ada didasar laut seperti ikan-ikan, namun sayang kita gagal melihat keindahan pencipta ikan.

Segalanya kita perlu kembalikan pada Allah swt, terkadang kita terlalu bergantung pada manusia. Bila ada masalah mencari manusia. Tanpa mereka kononnya masalah tidak akan selesai, pada manusia jugalah kita mengadu. Kita buat kan? Sebenarnya, saat kita sempit tidak punya wang untuk makan Allah mahu kita lebih kenal dia, bahawa Allah Maha menyempit. Bisa menyempitkan kita bila-bila masa dia mahu. Tapi kita lupa, lupa meminta pada dia. Lupa bahawa Allah bisa meyempitkan dan bisa meluaskan jika Dia berkehendak. Allahuakbar!!! 

Ceramah ini mashaAllah menyentap semua jiwa-jiwa yang hadir, tiap kata yang keluar dari penceramah menyentap seluruh jiwa. Jadi saya sarankan dan meminta kalau nanti sahabat-sahabat dengar ceramah ini akan dibuat pergilah hadiri inshaaAllah tidak akan rugi. Banyak lagi yang diberikan malam itu namun setakat ni yang dapat saya kongsikan.

Saya ada beberapa pamplet zikir asmaul husna untuk dijadikan amalan kita sepanjang rutin harian. InshaAllah nanti saya akan scan dan masukkan dalam FB saya https://www.facebook.com/elya.khadijah?ref=tn_tnmn Sahabat-sahabat boleh dapatkan dan gunakan ia. InshaAllah sama-sama memperbaiki jiwa yang rapuh. 

Wednesday, February 19, 2014

Lelah.

Bismillahirahmanirrahim...

Aku rasa sakit sangat sekarang ni, bukan sakit sebab penyakit tapi sebab aku rasa macam nak nangis tapi tak boleh nak keluar. Mungkin ada yang pernah rasa macamni, sakit kan? #_# much better to burst in tears than to hold it!

Aku tak tahu samada blogger lain macam aku, bila sedih je terus ada idea nak menulis. Bila menulis maknanya tengah sedih la tu. Hahahaha tapi tak bermaksud semua post aku tulis masa mood aku tengah sedih. Mungkin inilah dikatakan The reaction of moods, haha suka hati aku bagi nama. Iyalah, lain orang lain ragamnya. Bila ditanya bila kau sedih ko buat apa?

" kalau aku sedih, aku akan berkurung dalam bilik dan tido sepanjang hari (dengan mengharap kesedihan tu akan hilang bila aku bangun)" kata seorang adik

Sorang kawan plak pernah kata " aku ni kalau sedih aku suka dengar music...music instrumental" ha makin bertambah sedih engkau!

" aku kalau sedih, aku akan nangis puas-puas sampai mata aku bengkak." Luah seorang gadis ayu.

               


Aku pulak, ni lah kerja aku. Mostly, bila aku sedih aku akan menulis atau pergi jenjalan kat pantai. Macam pantai kat atas ni, subhanaAllah cantik dan menenangkan.Tapi nasib badan aku tak ada lesen lagi apalagi sebijik kereta untuk pandu laju-laju ke sana. Maka, duduklah aku di sini tenang dan sabar dengan menulis dekat blog, diari atau cebisan kertas. Anythings yang bisa aku capai.

Tapi aku biasanya takkan tulis hal yang menyebabkan aku sedih dalam penulisan aku tu. Aku akan cerita benda lain, benda yang tiba-tiba ada dalam kepala hotak aku ni. Macam sekarang ni lah. Haha, mesti korang keliru sekarang ni mood aku tengah sedih atau gembira sebenaqnya?

Itulah seninya penulisan...

Si penulis menulis dengan nada dan mood yang lain tapi si pembaca membaca dengan nada dan mood yang berbeza. It's normal. Sukar untuk ditebak, kata orang indonesia. Tak kisahlah nada dan mood berbeza apa yang penting mesej yang disampaikan itu sama yang susahnya bila mesej yang cuba disampaikan oleh penulis disalahertikan.

Apa yang aku merepek ni? Sabarlah...

Eh sedar tak sedar sampai ke ayat ini...mood aku meningkat sedikit. Oklah berbanding tadi.

Maaf pada yang sudi membaca bebelan saya ni. Hahaha.

But before i end this entry i think i should emphasize something. Whenever u sad or feel not comfortable or facing a hard time now, just remind we have Allah swt, Allah is there and always be there for us. He is the only one who can comfort, cheer u up and heal that pain. Lepas tu nak buat " aktiviti" rutin hangpa kalau tengah sedih tu buatla, nak ceghita dengan kawan ka, nak habaq kat parents ka buatla, yang penting first thing first back to Allah. 

So, i leave u this ayat Quran and i know everyone of us knows it well but sometimes forget about it thats why we need to recite, read again and again.

               “..hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” [ ar-ra'd: 28 ]

:)









Friday, February 14, 2014

Alkisah Semut...


Satu pagi, seekor semut sedang terjumpa sehelai bulu yang besar. Semut amat menyukai bulu tersebut lalu berusaha membawanya pulang ke sarang.



Perjalanan semut tidak mudah, satu demi satu halangan terpaksa dilepasi dengan berjalan agak jauh.

Di satu halangan, tetiba semut itu berhenti. Rupanya, ada sebuah gaung sebesar 10mm yang tidak dilepasinya. Semut berulang-alik membawa bulu itu kebuntuan.

Akhirnya, semut terfikir penyelesaiannya. Ia meletakkan bulu tersebut untuk menutup gaung tersebut. Selepas ia lintasi gaung tersebut, semut mengambil bulu lalu meneruskan perjalanan ke arah sarangnya. Hebat sang semut ciptaan Allah ini!

Akhirnya, sang semut tiba di sarangnya yang berlubang di bawah penjuru sebuah rumah. Sang semut berasa sangat gembira dan puas kerana berjaya membawa pulang bulu meskipun berdepan bermacam halangan.

Setibanya di pintu sarang, sang semut baru tersedar bahawa lubang ke sarangnya sebegitu kecil, macam mana bulu yang besar ini dapat dibawa masuk?

Akhirnya, semut terpaksa berputus asa. Tidak mungkin ia dapat melepasi halangan ini. Semut mengambil keputusan untuk meninggalkan bulu, dan pulang ke sarangnya meskipun semut telah mengatasi setiap satu halangan dengan bijaksana, kekentalan jiwa dan segala tenaga untuk membawa bulu tersebut sehingga tiba di pintu rumah.

Wahai anakku,
Sang semut sebenarnya terlupa untuk berfikir mengenai masalahnya secara mendalam sebelum memulakan usaha membawa bulu pulang ke sarang.

Di akhir perjalanan, baru tersedar bulu yang disangka bernilai hanya satu beban yang tidak perlu.

Wahai anak kesayanganku, dalam kehidupan seharian kamu, ada kalanya kamu akan melalui apa yang dirasai semut. Kamu bimbang mengenai banyak perkara duniawi, seperti air muka, mengumpul duit dan harta, mencari pekerjaan lebih baik, risau keterlaluan pada keluarga dan sebagainya.

Namun, apabila tiba di penghujung jalan hidup kamu barulah engkau tersedar, segala yang dikejar dan dirisaukan kamu, sebenarnya tidak dapat dibawa bersama seperti bulu yang ditinggalkan sang semut.

Senyum

Tq Muhammad Aminuddin :)

Tuesday, February 11, 2014

Alkisah terkencing dalam seluar!!

Anak Pak Ali, Ramli, 9 tahun di dalam kelas khusyuk mendengar kuliah Ustaz Ismail tetiba mendapati seluarnya basah dan ada air di bawah kerusinya. 

Ramli terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Ramli tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.

Ramli menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.

Pada masa yang sama, Ustaz Ismail sedang bergerak ke arah Ramli yang sedang menundukan kepala.

Tetiba Ibrahim, rakan Ramli yang duduk di sebelahnya, dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Ramli dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Ramli.

Ramli berfikir sejenak. “Pertolongan sudah tiba!” bisik Ramli di hatinya lalu mengambil peluang memaki-hamun rakannya Ibrahim di depan Ustaz Ismail kerana menyebabkan seluarnya basah supaya insiden aibnya dapat disembunyikan.

Daripada orang yang bakal mendapat aib di kelas, kini Ramli menjadi orang yang mendapat simpati.

Ustaz Ismail membawa Ramli ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan, tanpa diketahui mereka air kencing Ramli.

Simpati yang dicurahkan kepada Ramli semakin banyak. Ibrahim pula malang dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.

“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Ramli untuk menunjukkan bahawa dia adalah mangsa sebenar dalam insiden tumpah air tadi.

Ramli tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja Ibrahim tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.

Semasa sekolah tamat, Ustaz Ismail memanggil Ramli ke biliknya.“Ramli, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Ramli daripada aib tadi ya,” Ustaz Ismail berpesan kepada Ramli.

“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Ramli cuba menyembunyi peristiwa aibnya.

“Ramli, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Ramli untuk menutup aib Ramli kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Ramli tidak diaibkan. Ramli dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Ramli,” kata Ustaz Ismail.

Ramli tersentak dengan penjelasan Ustaz Ismail dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.

“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Ramli.

"Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Ramli melaluinya,” jawab Ibrahim. 

Wahai anakku, 
Allah mengatur kamu untuk bertemu dengan orang-orang tertentu pada waktu tertentu dan untuk tunjuk tertentu. Bersangka baiklah bahawa setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri. Kadangkala ia adalah untuk kamu membantunya, menerima bantuan daripadanya, memberikan ia ilmu, mengambil ilmu daripadanya dan sebagainya.

Anak kesayanganku, ingatkan diri bahawa setiap manusia akan ada waktu susah dan mencabarnya, oleh itu, janganlah kamu mengambil kesempatan mahupun mempersenda dan tidak melakukan apa-apa apabila kelihatan orang yang susah. Bantulah dia sebagaimana yang dilakukan Ibrahim kepada Ramli tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Cubalah kamu berdiri di kasut orang lain untuk memahami keadaan si dia sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan bersyukurlah kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kamu untuk menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya. 

Senyum
Dari Ayahanda Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Wednesday, February 5, 2014

Tips Menjadi Top, Hot, Dan Femes.

Bismillahirahmanirrahim...





Ish, gatal sungguh tangan aku nak klik button "like" di fesbuk ni. Tapi, tak jadi klik juga sebab mesti timbul pertanyaan dalam hati. Bila tengok gambar-gambar kawan lama posing macam comels dengan tidak menutup aurat ni kalau aku "like" aku bersubahatkah ya? Eh, tak jadilah "like".

Scroll lagi, tengok gambar muslimin kawan masa kampus ni, aku nak like tapi kalau aku like maksudnya apa? Adakah ia akan membawa erti aku suka tengok gambar dia, atau aku like gambar sebab suka perangai dia atau saja-saja like? aku ni muslimat, takkan nak like gambar-gambar muslimin plak (gambar yang aku maksudkan di sini lebih kepada gambar sorang2la).

Inilah yang terjadi setiap kali aku buka fesbuk, aku bukan apa aku takut kang free-free kita dapat dosa hanya sebab button "like", tangan aku ni pun kadang terlepas juga dari kawalan. 

Bila kita tidak "like" post sahabat kita bukan bermaksud kita tidak suka pada dia, justeru kerana kita sayanglah kita berbuat begitu kerana tidak mahu sahabat kita ini menjadi makin lalai dengan "likes" yang banyak pada foto-fotonya yang tidak menutup aurat itu. Kesannya nanti, pasti selepas itu dia akan tambah lebih banyak lagi foto-fotonya dek kerana ratusan "likes" itu. Betul tidak? Nampak tak kesan sumbangan "like" kita.

Ni plak untuk mereka yang suka mengePOST, 

Tidak ada yang melarang untuk upload foto, aku pun suka post foto dalam fesbuk dan instagram aku tapi sebelum post aku SCAN dulu.

Macamna nak SCAN?? :

1. Aku perati betul-betu foto aku ni tutup aurat tidak? Kot2 ada yang terbuka kan.

2.Kira-kira ni posing menggoda ke tak? Nanti ada pulak perasaan orang tersiksa.

3.Teman-teman dlm foto ini ada yang auratnya terbuka tidak? Nanti aku pun dapat saham jg walau aku tertutup rapi kawan-kawan aku tidak. Kalau ada, aku x post atau aku crop foto tu.

4. Kira-kira aku post gambar ni untuk apa ya? Kalau nak tunjuk yang muka aku makin comels, body aku langsing, barang2 aku pakai ada BRAND gucci, channel segala macam, TAK PAYAHLAH post ya. Simpan buat kenangan kot-kot nanti barang tu hilang.

Korang boleh tak payah ikut process SCAN macam yang aku cakap ni, tapi makesure dalam FRIENDLIST korang tidak ada satupun orang kelantan cakap ore jate maksudnya lelaki.haaa, kalau macam ni post la apapun nak posing maut pun takda sapa nak peduli! ^_^.

Aku bukan baik sangat cuma aku tengah nasihat diri aku juga dengan menulis sambil memperbaiki diri sedikit demi sedikit. Siapapun mesti suka kan jadi Top, Hot dan Femes tapi kalau boleh bukan pada pandangan manusia, tapi pada pandangan Allah. 



Semoga kita sama-sama dapat mengawal diri kita walau dalam hal sekecil apapun, kerana kita tidak tahu di mana beratnya pandangan Allah terhadap amal kita. Mana kita tahu mungkin ini penyebab kita dapat menghuni Syurga Allah. Amin. ^_^


~aku hanya menulis apa yang tiba-tiba muncul dibenakku pada saat ini, tidak tahu dari mana ia datang, terus aku terjemahkan dalam tulisan di sini, pasti ada kurangnya,maaf. namun moga menjadi manfaat selamanya kerna pasti satu saat aku akan pergi menghadap ilahi~ 

Monday, February 3, 2014

Malu.

Bismillahirrahmanirrahim



"Telah tertulis dalam hikmah, sesungguhnya dari sifat malu itu terdapat ketenangan dan ketenteraman." (HR. Bukhari)

^_^

Bila ada sifat malu, kita akan rasa ketenangan dan tenteram. 

Kenapa ya?

Seorang wanita suka mempamerkan pinggulnya yang montok, bodynya yang macam mak kerengga dan kulitnya yang putih gebu dengan memakai pakaian yang seksi dan ketat. Rasa-rasa ada sifat malu tak dalam diri wanita ini? 

Tiba-tiba satu saat itu wanita ini sering diekori dan diganggu oleh lelaki-lelaki di tepi jalan kerana tergoda dengan keseksian dan kecantikannya. Adakah wanita ini masih dapat merasa ketenangan dan tenteram bila dia sering diganggu? 

Dalam hati korang dah ada jawapan kan? 

Kita ni kalau masih ada malu, kita takkan keluar dengan lelaki yang bukan mahram sebab kita malu nanti akan jadi fitnah. Malu ke mak ayah kita. Malu kalau-kalau bakal suami tengok dan lagi Malu pada Allah. Boleh gerenti ke bila keluar berdua-duaan tu pandangan mata boleh dijaga, boleh gerenti ke boleh jaga pergerakan kita agar tidak tersentuh antara satu sama lain?

Kalau kita masih ada malu, kalau nak post gambar dalam instagram, fb, atau blog pun kita fikir dulu gambar tu elok ke tidak, ada yang terbuka aurat ke tidak, kalau lelaki tengok boleh sampai tergoda ka tidak? Kalau sekadar sampaikan khabar pada sahabat lama, tidak apa-apalah. Kalau suka sangat nak post gambar selfie muka comel2, block je dan jangan approve lelaki dalam account korang. Senang kan, :)

Formulanya amat mudah Allah beri, ada malu, adalah ketenangan. Tidak ada malu, jawabnya?

Wallahu'alam.

9.50pm
Bandar Sri Perdana, Lahad Datu. Sabah.

Sunday, February 2, 2014

..Sandiwara Cinta..

Bismillahirahmanirrahim...


Angin bertiup lembut seiring dengan alunan lagu yang bermain dari smartphone Safiyyah. Tengahari itu suasana yang begitu damai menyapa lembut wajah gadis ayu bernama Safiyyah. Safiyyah mengambil tempat duduk jauh dari orang lain kemudian merenung tajam ke satu arah tapi dengan pandangan yang kosong. Entah apa yang sebenarnya yang sedang bermain difikirannya. 


Safiyyah seorang gadis 18 belas tahun yang telah berkahwin secara terpaksa dengan lelaki yang berusia 30 an. Berendam airmata siang dan malam kerana enggan menerima pada mulanya bukan kerana alasan tidak mencintai namun hubungan sebelumnya amat dibatasi dengan status "pekerja" dan "majikan". Safiyyah yang bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah cafe, amat disenangi oleh ramai orang dengan sikapnya yang sangat peramah dan periang ditambah pula dengan wajahnya yang comel. Ramai lelaki yang tersangkut pada safiyyah sampai sanggup datang ke cafe hari-hari tidak kira siang mahupun malam.

Gadis berbadan kecil ini sama seperti gadis-gadis biasa diluar sana. Couple, sms, bergayut telefon dengan teman lelaki sehingga lewat malam semuanya dia lalui. Tidak pernah Safiyyah menyangka hidupnya yang terasa seronok sebagai seorang anak gadis belasan tahun tanpa kawalan dari orangtua itu akan berakhir dengan berkahwin dengan lelaki yang tidak dia cintai.

Sakit, perit dan kecewa Safiyyah yang disangka akan berakhir setelah memilih untuk rela menerima pilihan keluarga ternyata hanya mimpi indah. Bukan kebahagiaan yang dirasa namun sebaliknya. Kini hampir setahun jagung lewat pernikahan Safiyyah dan suami, airmata setia menemani Safiyyah tidak mengira waktu setiap kali memikirkan hubungannya dengan suami. 

"Jujurlah sayang aku tak mengapa, 
Biar semua jelas tak berbeda,
jika nanti aku yang harus pergi,
Ku terima walau sakit hati."

Lirik ini begitu mengena dihati Safiyyah, airmatanya mengalir lagi. Bahu Safiyyah tiba-tiba ditepuk perlahan oleh seorang gadis, terpancar senyuman manis kedua-duanya gadis itu bila mata mereka bertemu. Safiyyah mengelap titisan airmata dipipinya, kelihatan mereka rancak berbual. Ketawa dan senyuman Safiyyah hanya akan kelihatan bila bersama gadis yang lebih dikenali sebagai Batrisya anak buah dari suami Safiyyah. Sebelum menikah Safiyyah memang rapat dengan Batrisya, Batrisya tua 3 tahun dari Safiyyah dan sudah terbiasa memanggilnya kakak.

"Wah, ramai plak orang kahwin kan? Sweetnya masa kahwin..macam mahu kahwin lagi" Kata Safiyyah dengan riak wajah yang susah untuk dibaca.

"Bila aku tengok keadaanmu ni, aku jadi takut mahu kahwin" kata batrisya sambil mengodek newsfeed facebooknya yang dipenuhi gambar kahwin teman-temannya.

" Kak, tak semua lelaki macamtu. Ramai lagi lelaki yang baik di luar sana. Lelaki macam ni hanya ada satu dua saja. " balas Safiyyah tanpa sedar airmata mengalir lagi.

" Safiyyah, sudahla tu dik...sabar ya dik.. Satu masa nanti pasti kau akan bahagia. Percayalah, Allah tidak akan biarkan kau sedih selamanya. Solatlah dik, mengadu pada Allah. Kita ni kalau rasa punya Allah di sisi kita, biar semua orang tinggalkan kita, kita tidak akan rasa semua tu." Nada Batrisya memujuk.

Safiyyah terdiam dan mengganguk, dia sedar sudah hampir bertahun dia tidak pernah menyentuh alQuran apalagi bersujud memohon pada Tuhan sehingga hampir semua rukun solat dia lupa. Mungkin inilah ujian Allah pada dia, agar dia kembali pada Allah. 

Betapa sakitnya bila berkahwin dengan orang yang tidak mahu mencintai, 
Betapa peritnya bila suami tidak mampu berbagi kasih,
Betapa deritanya bila isteri terasa tidak punya fungsi,

Bersambung.....



By WhiteCallaLily

16:37, 02/02/2014
Lahad Datu, Sabah.

Saturday, February 1, 2014

SWEET Kan?

Bismillah..

Sweetnya ALLAH ,
Walau kita menjauh dari-NYA DIA tetap dekat dengan kita , 
Tak sekali menjauh dari kita ..

Sweetnya ALLAH ,
Saat langkah kita mendekati-NYA Dia semakin menghampiri kita..
Untuk sentiasa membimbing kita..

Sweetnya ALLAH ,
Ketika kita sedang berduka, sedih dan kecewa ,
DIA sentiasa ada untuk kita ...

Tak pernah ALLAH tinggalkan kita walaupun sesaat ,
DIA Sentiasa memberi petunjuk dan panduan ,
Agar kita tabah hadapi cabaran hidup ,
Dan sentiasa berada di atas jalan-NYA.

SWEET kan? :)