..Ahlan Wa Sahlan..

Wednesday, January 6, 2010

AnGKArA HILAnGnYa SiFaT mAlu

                                          


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...


Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household 
(Ahlul Bayt)




Setiap wanita dikurniakan oleh Allah sifat MALU:

kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya,
kerana malu si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya,
kerana malu si wanita gagal diperdaya pujukan nafsunya,
namun kini si wanita sudah hilang MALUNYA

See full size image

Kerana hilang malu itu, terdedahlah AURATnya lantas hilanglah KEHORMATAN dirinya,
Kerana hilang malu itu, si Wanita  gagal menilai apa itu HARAM dan apa itu HALAL!!
Si Wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya NAFSU!!







Golongan LELAKI juga tidak dilupakan ALLAH SWT dengan mengurniakan sifat MALU kepada mereka

Kerana MALU.si Lelaki menasihati dirinya dan Si wanita agar bersama menjaga maruah diri
dan aurat mereka,

Kerana MALU si Lelaki mengingatkan tentang BATAS-BATAS PERGAULAN,
HALAL dan HARAM,

Kerana MALU juga si LElaki mengaja dan MENDIDIK nafsu..



JANGANLAh mengajak si Wanita untuk berbuat DOSA .
SELALULAh mengingatkan mereka dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !!! "



KINI,

si Lelaki itu sudah HILANG malunya !!!

Kerana hilang malu itu si lelaki mengajak si wanita berbuat MUNGKAR!!!

Kerana hilang malu itu si lelaki LUPA hukum ALLAH!!

Kerana hilang malu itu si lelaki hendak HILANG taraf  KHALIFAH!!



Sabda NABI SAW...


"Sesungguhnya MALU itu ialah Sebahagian dari IMAN"

Wahai makhluk yang bernama WANITA dan  LELAKI...
JANGANLAH menzalimi diri sendiri dengan meletakkan malu itu BUKAN PADA TEMPATNYA!!!


MALUlah kita PAda ALLAH kerana INGKAR suruhanNya,

Malulah kita pada Rasulullah kerana Meninggalkan SUNNAHnya

Malulah kerana kita selalu lupa dan malas baca AlQuran

Malulah kita kerana Tidak menhormati GURU serta melawan kata IBUBAPA

dan MAlulah kita kerana DOSA-DOSA kita..


"MAKA PERCAYALAH MALU ITU MENYELAMATKAN KITA DARI KEMURKAAN ALLAH SWT"





Tuesday, January 5, 2010

ISSUE:CHRISTIAN CAN USE "ALLAH"

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..


Salah satu petikan akhbar ttg isu nie..


Selangor ada kuasa sekat penyalahgunaan kalimah Allah: Abdul Khalid


SUNGAI BESAR: Kerajaan Selangor boleh menghalang sekiranya ada pihak yang menggunakan nama Allah dengan tujuan untuk merosakkan Islam, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


"Jika perkara-perkara yang dibuat memberi kesan negatif kepada agama Islam, sudah tentulah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyekat berlakunya perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri Majlis Menuai Padi di Kampung Parit 15, Simpang Lima di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Catholic Herald baru-baru ini.


Keputusan itu menimbulkan rasa marah umat Islam.


Mengulas pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang menyokong keputusan mahkamah itu, Khalid berkata, ada antara mereka yang berbeza pendapat daripada segi konsep kebebasan penggunaannya tetapi kebanyakan mereka bersetuju supaya kalimah itu tidak digunakan.


Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, ketika ditemui pada majlis yang sama, berkata penganut agama lain perlu melihat sensitiviti penggunaan kalimah Allah di Malaysia, dan tidak membandingkannya dengan keadaan di negara-negara Islam yang lain seperti Mesir.


"Orang Melayu boleh hilang adat atau harta tetapi untuk agama, mereka menjagainya dan akan mempertahankannya bersungguh-sungguh," katanya.


Beliau berharap rayuan akan akan dibuat nanti di mahkamah bakal didengar bukan saja daripada perspektif undang-undang tetapi juga daripada perspektif agama, kesatuan dan perpaduan kaum. - Bernama


Sebenarnya saya nak kongsi pendapat seorang pensyarah kenegaraan saya tentang isu ini..tapi memandangkan saya kesuntukan masa saya kongsikan salah satu yang beliau katakan ialah..


"Apa yang perlu kita faham sememangnya Allah adalah Tuhan seluruh makhluk di dunia ini..


kita juga harus faham bahawa semua umat islam harus percaya kepada alQuran dan 3 kitab sebelumnya termasuk kitab injil tetapi bukan kitab injil yang ada pada masa kini yang telah diubah suai oleh manusia...


 di dalam alQuran Allah berfirman sendiri kepada hambaNya bahawa nama Tuhan umat islam iallah Allah manakala  orang kristian pula percaya pada kitab injil yakni bible sahaja dan tidak mempercayai alQuran..


dalam bible  tidak ada pemberitahuan bahawa nama Tuhan mereka adalah Allah ,apa yang tertulis hanyalah God" 


Maka disini saya ingin membawa sahabat sekalian untuk berfikir sejenak dengan mata hati islam kita apa sebenarnya tujuan mereka menggunakan nama Allah??..apakah kesannya pada agama kita??
fikir-fikirkanlah..

Namun saya yakin pada kuasa Allah yang sentiasa memelihara agamaNya..

"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama )Allah dengan mulut (ucapan2)
mereka ,tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya (agama) 
walaupun orang-orang kafir membencinya"


Surah As-saff : 8




Marilah bersama kita berdoa..
Ya ALLAH..semoga rayuan ini difailkan..seseungguhnya hanya padamu tempat kami bertawakkal





TOLONG TANDATANGAN BANTAHAN DI SINI!!

Sunday, January 3, 2010

JaNgAn!!!




 In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...



Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household 
(Ahlul Bayt)










Jangan terlalu susah hati dengan 
urusan dunia. 


Akhirat itu lebih utama


dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

     
  
Jangan sengaja lewatkan solat. 
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita. 
  



                        See full size image




Jangan 
tidur selepas solat Subuh, 
nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat). 

J
angan makan tanpa membaca
BISMILLAH dan doa makan. 
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan 
keluar rumah 
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan. 


Jangan 
biarkan mata liar di perjalanan. 
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 


J
angan menangguh taubat bila berbuat 
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa. 


Jangan 
ego untuk meminta maaf pada 
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.. 


Jangan 
mengumpat sesama rakan 
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia. 


Jangan 
lupa bergantung kepada ALLAH 
dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula. 


Jangan 
bakhil untuk bersedekah.. 
Sedekah itu memanjangkan umur
dan     



Jangan 
banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 


            

Jangan 
biasakan berbohong, 
kerana ia adalah 
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita. 


Jangan 
suka menganiaya 
manusia atau haiwan. Doa 
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH. 




Jangan 
mempertikaikan kenapa 

ISLAM itu berkata JANGAN. 
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang 

terbaik untuk hamba ciptaanNya. 


Wasalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)