..Ahlan Wa Sahlan..

Monday, November 28, 2011

..Tips awal agar kelihatan lebih CANTIK..


Bismillahirrohmanirrohim.

AMARAN:ENTRI INI AGAK PANJANG!..hanya orang yang HEBAT yang mampu untuk membaca entri ini sampai habis.ANDA Dingatkan memakai tali pinggang kesabaran dan penuh perhatian.

Ok sekarang anda oleh memulakan pengembaraan…

"...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu...." [surah 24; an-Nur; ayat 35]

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." [surah 24; an-Nur; ayat 46]


Saya percaya... ramai sahabat-sahabat, adik-adik mahupun kakak-kakak diluar sana yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt.

Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.



Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agar tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya.

Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang 'biasa-biasa' sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.

Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru 'dipanggil' pulang oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3;

1) Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah.

2) Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali 'terpikat' dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.

3) Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.

Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya seperti respon yang pertama,

Renungilah firman Allah;
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."  [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]

KUATKAN HATI.KUATKAN SEMANGAT! Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.

Sesungguhnya, biar kita hilang 'seseorang' atau 'sesuatu' demi Allah. Daripada demi 'seseorang' & 'sesuatu' kita kehilangan Allah. Nauzubillah.



Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, namun, masih keliru apa yang perlu dilakukan.

Mungkin TIPS-TIPS AWAL di bawah ini dapat membantu untuk memulakan langkah;

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.



contoh 1: Tudung Akel bidang 50.



Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^



contoh Tudung Turki jenama Akel bidang 60.


9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)




contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.


CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba... masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita.

Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran. 

Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya. 

Firman Allah swt; "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...." [surah 24, an-Nur; ayat 31]

Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.


Firman Allah swt;
"Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [surah 29; al-ankabut; ayat 6]





"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah." [HR Bukhari & Muslim]


Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. :) Sesungguhnya, anda bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.

bagaimana..harap-harap tiada yang salah faham dengan tips kecantikan ini..bagi saya ia adalah satu tips kecantikan ..CANTIK PADA PANDANGAN ALLAH SWT.

Wallahualam.


Credit to kak sauqah

Saturday, November 26, 2011

..Doa Akhir dan Awal Tahun

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..



Alhamdulillah..sedar tidak sedar kita sekarang berada di penghujung bulan zulhijjah,dan akan datang kita akan menemui muharram iaitu tahun baru buat mengikut tahun islam,insyaallah seandainya masih panjang umur.

Pastinya banyak yang telah kita tempuhi sepanjang tahun ini.Samada pahit atau manis semuanya harus kita dilalui.

Apapun yang telah berlaku,let gone by gone..tidak perlu kita mengenangnya lagi, apa yang pasti saat ini kita cuba untuk menjadi insan yang lebih baik.




mari kita koreksi sepanjang tahun itu..

1.solatku
- cukup 5 waktu atau tidak?
- kalau dah cukup 5,solat di awal waktu tidak?
-kalau 1 n 2 dah ok,solat sunat apa macam?

2.Puasaku
- Puasa ramadhan cukup atau tidak?
-puasa sunat isnin khamis?
-etc

3.sunnah rasul
-ada tak aku amalkan sunnah nabi tahun ni?
-istiqamah atau tidak?

4.tanggungjawab kepada ibu bapaku.
-ada tak doakan mereka?
-pernah tak menyakiti hati ibu dan ayah?
-ada tak usaha untuk mengembirakan mereka?

5.Amal kebajikan lain
-ada sedekah tak sepanjang tahun ini?
-ada tolong orang tak?
-pernah tak menyakiti orang lain ?

6.dan banyak lagi..

Jawapannya..tepuk dada tanya diri sendiri, insyaAllah kita tanamkan dalam hati saat ini juga..ok sekarang niat dalam hati masing-masing.

"bismillah,dengan nama Allah yang menguasai apa yang ada dilangit dan di bumi,aku ingin menjadi hambaMu yang lebih baik pada tahun baru ini ya Allah.kurniakan kepadaku pertolonganMu ya Allah." 




InsyaAllah kita mampu menjadi INSAN yang HEBAT,memiliki minda yang BRILLIANT,hati yang FULL of ALLAH's LOVE..if we really go for it!!..TRUST ALLAH.

ok kat sini saya nak kongsi doa yang kita boleh baca,

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan

aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Friday, November 25, 2011

..wordless friday..



..thanks to cik lina..

bismillahirrahmanirrahim..

entri ni khas buat cik lina,sebab tutorial dalam blog dia banyak membantu saya untuk membuat transformasi kat blog saya ni..alhamdulillah akhirnya saya dapat buat border untuk side bar saya,box follower ,shoutmix and my own copyright.

thanks a lot cik lina you make me happy and satisfy right now.so korang jomlah terjah blog cik lina


Old one




 !See the changes

Thursday, November 24, 2011

..Rainbow after the Rain..

Bismillahirrahmanirrahim..



Semoga hari ini sahabat-sahabat saya sihat-sihat belaka,dan sentiasa berada dibawah naungan belas kasihNya.

Alhamdulillah setelah beberapa minggu berlalu,hari ini saya dapat menjejak kaki ke libray kampus saya ,pepustakaan sultanah bahiyyah. Saya pun menaiki anak tangga ke paras 4, dekat paras 4 ni terdapat seksyen buku-buku agama.So,saya pun carilah buku yang saya nak....

Dari satu rak ke satu rak,akhirnya saya tertarik dengan satu buku.Tajuknya  “Hati Yang Tenang”.Setelah mendapatkan buku tersebut,saya pun mencari port yang sesuai.Saya memilih meja yang berdekatan dengan tingkap.itulah pilihan yang paling tepat bagi saya,sebab tak ramai orang dan sekaligus dapat lihat pemandangan kat luar.

Beberapa ketika selepas itu,hujan pun turun dengan lebatnya yang menyebabkan saya mengalihkan  pandangan ke luar tingkap untuk menikmati pemandangan saat itu sambil melihat gelagat mahasiswa di kawasan yang berdekatan.




Pelbagai ragam yang saya dapat lihat..

Si fulan  1: tidak mempunyai payung, dia berlari sekuat hati mencari tempat berteduh,

Si fulan 2 : tidak mempunyai payung berjalan dengan tenang dan membiarkan dirinya dibasahi dek air hujan,

Si fulan 3: Dia  mempunyai payung tapi tidak memakainya buat seketika,,firasat saya mungkin dia menikmati air hujan yang turun,



Saya terus memerhatikan mereka..dan terdiam buat seketika sambil berfikir…

Gelagat mereka membuatkan otak saya ligat untuk membuat beberapa andaian dengan menghubungkan gelagat manusia saat menerima ujian dari ALLAH SWT…

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(AL BAQARAH : ayat 155)


Apa kaitan dengan manusia dan air hujan tadi dengan ujian plak??

Ok berikut merupakan laporan yang saya buat hasil experiment tadi..hihihi

Si fulan 1:

Andaian :
merasa hujan adalah sesuatu yang perlu dielakkan,kerana ia akan menyebabkan pakaiannya dan buku yang dibawa akan basah kuyup.Dia tidak suka bila hujan.

hipotesis:
Dia memandang ujian yang diberikan Allah adalah satu musibah yang menyebabkan dia kelihatan  lemah . Kalau boleh dia tidak mahu mengambil apa-apa risiko dalam kehidupannya.Dia sering menyalahkan  takdir.

Si fulan 2:

Andaian:
dia dengan tenang  menghadapi air hujan yang turun merasa air hujan itu adalah satu anugerah Allah yang perlu dinikmati dan diterima dengan sebaiknya walaupun terpaksa merelakan bajunya basah.

hipotesis:
Bila mana Allah menurunkan ujian padaNya,dia dengan tenang menghadapiNya kerana dia memandang ujian itu adalah satu proses yang boleh mematangkan dirinya dan boleh membawanya lebih dekat kepada Allah swt.Dan kadang-kadang pengorbanan diperlukan untuk dia melepasi dugaan itu.




Si fulan 3:

Andaian:
Dia juga merasa hujan itu adalah satu nikmat yang perlu dirasai..tapi dia menikmatinya  hanya seketika kerana dia merasa dia perlu melindungi buku-buku dan bajunya daripada basah kuyup.

Hipotesis:
Bila ujian menimpa dia juga merasa ia adalah satu keperluan dalam menjalani kehidupan ,dan merasa dirinya perlu dilatih dan membuat persiapan agar dapat menghadapi  ujian Allah swt dengan sebaiknya.

Ok, sekarang anda berapa dalam golongan si fulan yang mana? 1? 2? Atau 3?

Sedar atau tidak inilah fenomena yang berlaku dalam diri kita..betul tak?

Kadang-kadang kita seperti si fulan 1,dan ada satu ketika kita seperti si fulan 2..dan tatkala iman bertambah kita seperti si fulan 3.

Namun begitu ,apa yang perlu kita semai dalam hati kita saat ujian menimpa???

Kesimpulan:

Bersangka baiklah pada Allah,setiap apa yang diberikan untuk kita pasti ada HIKMAH yang sangat BESAR jika kita benar-benar menyelami dan memikirkannya.Umpama munculnya pelangi  yang indah selepas hujan

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
2:214



Allah tidak pernah zalim kepada hambanNYA,tapi MANUSIAlah yang sering berlaku ZALIM pada DIRI SENDIRI.

Lihatlah ujian itu sebagai satu batu loncatan untuk kita agar dapat mendaki tangga-tangga menuju keredhaaNYA.

insyaAllah,amin.


Sekian.
Nukilan Nisa srikandi Alfateh
24/11/2011
8.00pm

Monday, November 21, 2011

..HiNa..




Menghina,
menyindir,
dan berbicara mengenai keburukan dan kekurangan insan lain,
tidaklah mencerminkan insan tersebut,
namun ia jelas menceritakan akhlak si penceritanya.nauzubillah

Saturday, November 19, 2011

..MERIAM URBAN MELETOP!!!..

Bismillahirrahmanirrahim..




ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR!!ALHAMDULILLAH YA ALLAH!!!
Tiada kalimah yang lebih hebat selain kalimah ALHAMDULILLAH untuk merefleksikan perasaan saya saat ini..

ALLAH betapa bersyukurnya saya atas nikmat yang ALLAH BERIKAN peluang untuk saya menjadi salah satu srikandi-srikandi yang terpilih untuk mengikuti  AKADEMI KEPIMPINAN AL FATEH.


ya inilah kaitan dengan tajuk saya diatas..meriam urban yang digunakan oleh sultan muhamad al fateh untuk meyerang triple wall byzantine..

AKADEMI ini dianjurkan oleh Rakan Masjid as-shafie,pada 17-18/11/2011 yang dikelolakan secara langsung oleh penulis buku KEPIMPINAN AL FATEH  iaitu USTAZ SYAARI.



Saya yakin , samada yang tersurat atau tersirat pastinya ia memberi impak yang besar kepada setiap tentera-tentera akademi ini. InsyaAllah.

Akademi ini berorientasikan praktikal,visual dan frasa ini..

“ You learn more about a person in a hour of play than you can from a lifetime of conversation”

So,akademi ini sangat berbeza dengan program leadership yang lain yang setakat ini saya pernah hadiri..it seem’s like it not only teach a one person to be a leader but all the participants..dengan mencontohi kepimpinan sultan al fateh.

Ini adalah sebahagian apa yang saya perolehi dalam program ni

SLOT BERSAMA KAPAL TERBANG KERTAS..



-         Slot ini amat seronok..the point is about SYARIATULLAH AND SUNNATULLAH.
-         Ia tentang bagaimana sultan al fateh berfikir berbeza dengan cara orang lain berfikir.
-         Walaupun ia hanya sekadar kapal terbang kertas yang kita sering main masa kecil-kecil dulu tapi ia mempunyai satu ibrah yang boleh kita ambil didalamnya.

Ok,saya singkatkan saja..kalau anda nak rasa dan lebih tahu apa yang ada dalam program ni..joinlah AKADEMI ni seandainya diadakan di kampus anda atau anda sendiri jemput ust syaari ni..

Ok now we jump into the slot 7 HABIT IN AL FATEH CONSTANTINOPLE.



1.       BE POSITIVE – YEAH! Bersangka baiklah pada ujian yang diberikan oleh Allah swt ke atas kita, insyaAllah  pasti Allah nak mendidik kita sesuatu dalam ujian itu.

2.    BE PROACTIVE- from zero to hero..if we are the leader try to be a part of the solution..macam sultan al fateh membuat keputusan untuk membuat tembok di bahagian cerun bukit,Dia sendiri yang turun padang mengangkat bata-bata tersebut hingga menyebabkan tentera-tenteranya lebih bersemangat!.

3.    CLEAR VISION-mempunyai matlamat dan gambaran yang jelas,jangan membudayakan alasan..ustaz menekankan tentang the power of imagination dimana sultan al fateh sejak kecil dia sudah mampu melukis wawasannya dalam bentuk gambaran .

4.    SYNERGY-the power of TEAMWORK! Setiap orang perlu melihat dirinya adalah PENTING .just like we cannot spell SUCCESS without “U”..see how important you ,you and you in the process to achieve the success.


5.    OUT OF THE BOX- Berfikir luar dari kebiasaan..kita boleh lihat bagaimana sultan al fateh memainkan kuasa phsycology untuk melemahkan pihak byzantine..bagaimana beliau mengubah daratan menjadi lautan laluan kapal-kapal perangnya.



6.    INTEGRITY- THE LAW OF PATIENCE.bagaimana sultan alfateh begitu menjaga amanah yang diberikan Allah..beliau begitu menjaga syariat Allah sehinggakan beliau tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sebelum akil baligh lagi..masyaAllah.

7.     TAWAKKAL- left the rest to Allah swt..HASSAN ALUBATE adalah salah seorang insan yang boleh kita contohi dimana dia berkorban untuk memacakkan panji islam di banteng kebal Constantinople walaupun sudah 7 anak panh menembusi tubuhnya hanya Allah sahaja dihatinya.subhanallah allhuakbar.

Alhamdulillah setakat disini saja perkongsian saya..insyaAllah akan ada susulan seterusnya.Moga bermanfaat.

Nukilan nisa-srikandi al fateh
18/11/2011
8.50pm

Thursday, November 17, 2011

..SupRIsed?




Don’t be surprised when you can’t remember Allah during salah if you spent the rest of your day thinking about other things

Friday, November 11, 2011

..SweeT MeMory at TERENGGANU...

Bismillahirrahmanirrahim…


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan sifatnya yang MAHA PENYAYANG DAN PEMBERI RAHMAT kerana masih memberikan peluang kepada hambanya yang hina ini..
Bertemankan kokokan ayam dan gemersiknya kicauan burung seiring dengan lambaian angin yang menyapa lembut cukup memberikan ketenangan buat diri saya saat ini..terasa begitu nyaman bila berada di kampung halaman sahabat saya,ayuzi si gadis comel.




Genap 5 hari saya berada di sini..sungguh layanan yang diberikan terlalu baik buat saya…terasa kasih sayang sebuah keluarga yang cukup bersederhana tapi kaya dengan kasih sayang dan ketaatan kepadaNya..

Syukur kepada Allah kerana memberikan peluang untukku merasai  nikmat ini..jika ditelusuri kembali perjalananku ke sini bermula dengan perasaan yang bercampur baur samada nak atau tidak,perasaan segan dan banyak lagi tapi tekadku untuk pergi juga dikuatkan lagi dengan sokongan sahabat yang lain kak siha dan adik aina..teringat lagi pesanan mereka..

“insyaAllah kak tak de apa-apa akan berlaku…”
“yang penting kak jangan malu bertanya kat orang-orang kat situ”
“tawakkal pada Allah dik.insyaAllah pengalaman pertama itu penting!”

Ya itu lah yang menguatkan saya untuk meneruskan perjalanan menaiki bas ke terengganu bersendirian untuk pertama kalinya ,  
Disebabkan saya tersilap beli tiket,sepatutnya saya turun dekat jerteh,Terengganu tapi saya turun di kuala Terengganu..jadi terpaksalah saya menaiki “bas lompat” panggilan orang Terengganu,untuk turun ke jerteh sebab rumah ayuzi dekat Besut.

Nak dijadikan cerita,pada mulanya saya bersama adik aina naik bas tapi dia turun di kemaman.Sampai saja saya di stesen Kuala Terengganu,saya teringat pesan aina..

“kak,nanti bila kak da sampai kak cari je mana2 tangga ,pastu kak naik cari surau.. pagi nnt adalah bas lompat tu..”
“kak cari bas jerteh lagi senang sebab stesen terakhir dia kat jerteh jadi kak tak payah risau da.”
“nanti kalau kak da sampai ,kak bagitau saya ye.kalau ada pape mesej”


Begitulah berjela-jela pesanannya kepada saya sebelum turun,terima kasih dik..^_^.Setibanya saya di stesen kuala  Terengganu lebih kurang pukul 6 lebih, pastinya dalam hatiku merintih perlindungan dan pertolongan Allah swt..kerana saya percaya akan pertolongan Allah yang begitu dekat pada kita.

“Bismillahi tawakkal tu ala Allah”itulah kalam yang sering meniti di bibirku

kalau dikira-kira agak ramai juga orang kat situ yang saya tanya..huhuhu..akhirnya saya pun tiba di surau .

apa yang mengejutkan ,saya bertemu dengan adik usrah sahabat saya yang baru saya kenal dalam beberapa jam sebelum balik bercuti bersama dua orang mak cik .. setahu saya adik tu orang Kelantan,tapi  sempat juga saya bertanya kenapa adik tu berada di Terengganu.

“kenapa izma ada kat sini bukan izma duk Kelantan ka?”
“mungkin Allah memang nak temukan kita”jawabnya sambil ketawa kecil

nak kata pelik..hmmm .. Subhanallah itulah hikmah bersilaturrahim…  itulah kuasa Allah yang terkadang tak tercapai dek akal,apapun saya  terasa lega masa tu sekurang-kurang ada teman juga.Saya pun melaksanakan solat subuh kepadaNya.

Usai solat,izma pun mengajak saya untuk bersarapan bersama dua orang mak cik iaitu mak cik Ramlah dan mak cik Nab..

Mereka sangat ramah dan baik hati sekali…secara kebetulan dan pastinya ia adalah takdir Allah mak cik ramlah dan mak cik zainab akan naik bas yang sama dengan saya.
Ya Allah saya tidak tahu bagaimana nak digambarkan perasaan saya saat itu..

Semasa makan saya terasa dimanjai dengan mak cik2 tu..saya tak tahulah..mungkin sebab sudah hampir 18 tahun saya tidak merasai kasih sayang dari ibu yang melahirkan..yang paling best mak cik tu belanja saya makan..aduh baiknya orang Terengganu ni..baru kenal pun dah belanja orang..hihihi

Sementara menunggu bas ,saya pun mengambil peluang itu untuk mengenali mak cik ramlah dan mak cik nab ..

Dalam perjalanan,saya duduk bersebelahan dengan mak cik ramlah..saya terasa segan sangat bila mak cik ramlah turut bayarkan tambang saya..saya dah cuba untuk menolak dan ingin membayar semula pada dia..

“tak pe nak..simpanlah duit tu belanja kat rumah kawan nanti ye”ucapnya tersenyum sambil mengusap pipiku..

“ya Allah..besarnya kasih sayangmu terhadapku..”hatiku merintih saat itu..saya sedar semua yang terjadi adalah terjemahan KASIH SAYANG dan PERTOLONGAN ALLAH terhadap hambanya yang benar-benar mengharapkanNYA.


“…Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat “
::QS Al Baqarah 214::

Dalam perjalanan ,mata saya terasa berat sangat akhirnya saya terlelap dek keletihan..bayangkan saja perjalanan ke Terengganu lebih kurang 6-7 jam,ke jerteh plak lebih kurang 3-4 jam..

Tak lama lepas tu mak cik ramlah dan mak cik nab pun turun selepas memberikan pesanan pada saya..

Teringat lagi lambaian dan senyuman terakhir mereka,semoga itu bukan kali terakhir saya bertemu mereka..insyaAllah.

Lebih kurang pukul 10 lebih,saya pun sampai ..ayuzi dan ayah datang menjemput saya di sana bersama adik comel thaqif yang baru berusia hampir 3 tahun.

Alhamdulillah..
Selama 11 hari saya menumpang di rumah ayuzi ,,terlalu banyak pengalaman dan peristiwa yang  pastinya menjadi kenangan terindah buat saya..insyaAllah saya akan kongsikan sambungan cerita saya pada entri yang lain.



Terima kasih pada Ma yang menganggap saya seperti anak sendiri,begitu sabar mengajar kami untuk menganyam ketupat palas,owh that moment was the best memory for me. …

Terima kasih pada ayah yang sudi bawa kami ke tempat-tempat yang  best ,begitu sabar menunggu kami saat shopping sakan kat KB mall dan didikan secara tidak langsung buat saya..

Terima kasih buat adik amalina yang sempat jadi adik perempuan saya yang comel dan sporting!!…


Terima kasih buat adik thaqif yang tersangatlah petah bercakap dan sudi berbual dengan kak su sambil buat kak ketawa dan 


 dan wafiq yang tersangat la comel ,suka sangat  main air!!!isurely i'll be miss u alot!

Terima kasih juga buat ahli keluarga ayuzi yang sudi menerima saya di rumah itu abang long,kak long,abg ngah,kak ngah,mak ngah dan semua…

Dan yang terakhir sekali buat AYUZI yan comel…huhu..TERIMA KASIH sangat-sangat kerana sudi membawa saya dalam kehidupan keluarga kamu..semoga Allah menambahkan lagi rezeki buat keluarga kamu dan memberkati kehidupan keluarga kamu dengan limpahan kasih sayangNya hingga akhirat..saya sentiasa mendoakan kamu dalam doaku..insyaAllah my lovely friend.

SAYAAAAAAAAAAAANNNNNNNG KAMOOOOOOOOO semua…^_____________^



Makanan dan pemandangannya sangat cantik dan menenangkan.. TERENGGANU MEMANG BEST!!!!

P/s hari ini adalah ulang tahun teratak saya..sekarang dia dah berusia  setahun..
Nukilan nisa
5.november.2011
10.00am.
Besut ,Terengganu