..Ahlan Wa Sahlan..

Saturday, January 23, 2010

..RasULuLLah sElaLu bErLapar..



In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household
(Ahlul Bayt)


mmm..Sedapnya kalu pagi-pagi nie dapat makan roti canai!!MySpace..huhu..lapar..
tapi hari ni saya nak berkongsi satu hadis kudsi yang saya baca yang ada kaitan lapar ..mari bersama-sama kita ambil pengajaran dari hadis nie..

Aisyah r.h.a berkata “tidak pernah keluarga rasulullah s.a.w kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak baginda datang di madinah sehingga baginda meninggal “


Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim ,Khatib Ibn Asakir dan Ibn al-najjar daripada


Abu Hurairah r.a dia berkata:
“Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia bersembahyang duduk , maka aku pun bertanya kepadanya :’Ya Rasulullah ! mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk , apakah engkau sakit?”


Jawab Baginda “Aku lapar , wahai Abu Hurairah “


Mendengar jawapan Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu.Baginda merasa kasihan melihat aku menangis ,

lalu baginda berkata:
“ Wahai Abu Hurairah ! jangan menangis , kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia.”

!!~Astagfirullahalazim..marilah sahabat kita sama-sama muhasabah diri dengan menghayati peribadi kekasih Allah ini..walaupun Baginda merupakan ketua negara malahan Rasul yang palin dicintai Allah pemilik seluruh khazanah alam,yang boleh sahaja ketika itu menikmati segala kemewahan yang sepatutnya dimiliki oleh setiap pemimpin .Namun begitu ,Baginda sanggup berlapar walaupun telah dijanjikan bahawa tempat baginda pastinya di syurga tanpa hisab.MySpace



~ ya Rasululullah indaHnya peribadimu..kami merinduimu..~

Wednesday, January 13, 2010

YahUdi LakNatuLLaH!!!

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...


Sekadar perkongsian saya rasa terpanggil untuk mentebarkan email yang saya dapat dari akhowat saya..

SESIAPA YANG INGIN COPY SILAKAN..AMAT DIALU-ALUKAN..SEBARKANLAH DEMI ISLAM..

YA ALLAH..SELAMATKAN KAMI DARI FITNAH DUNIA...



 YAHUDI LAKNATULLAH!!!!!


cid:1.3981678947@web32204.mail.mud.yahoo.com


cid:2.3981678947@web32204.mail.mud.yahoo.com 



cid:3.3981678948@web32204.mail.mud.yahoo.com




cid:4.3981678948@web32204..mail.mud.yahoo.com


cid:5.3981678948@web32204.mail.mud.yahoo.com



cid:6.3981678948@web32204.mail.mud.yahoo.com



 cid:7.3981678948@web32204.mail.mud.yahoo.com




Thanks and Best Regards,

Azmi Abd Aziz
PSave a tree and protect our environment..
Don't print this e-mail unless it's really necessary.


Sunday, January 10, 2010

TeRhUKuM oLeH kEtAMaKaN SeNdIrI


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household 
(Ahlul Bayt)
   




              Seorang menteri yang tamak dan kaki rasuah selalu sahaj menyusahkan urusan pemerintah sultan yang adil.namun,untuk menghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat ,sama ada di kalangan sesama menteri mahupun dengan angkatan tentera .


             Sultan yang adil dan baik hati telah berkali-kali untuk mengenakan tindakan terhadap menteri itu Anehnya baginda tetap sabar sehingga tiba satu hari baginda bertitah kepada menteri tersebut.

"Hari ini kamu akan mendapat kurniaan BESAR dari beta."


"Kurniaan apa tuanku ? patik sedia menerimannya." sahut menteri itu dengan gembiranya.


"beta ingin mengurniakan kamu TANAH!" titah sultan


"Terima kasih tuanku.Boleh hamba tahu seluas mana ,tuanku?" tanya menteri itu tidak sabar


"Begini.selepass Subuh ,kamu berjalanlah dari pintu istana ini sejauh mana kamu yang kamu terdaya.Dan pulang semula sebelum Zohor"  


"Maksud tuanku?"


"Sejauh mana kamu berjalan dan ulang ke istana , maka seluas itulah tanah yang akan beta kurniakan kepada kamu"

Betapa gembiranya menteri yang tamak itu. Namun ,para pegawai yang lain mencemik.Mengapa sultan masih bermurah hati padanya??


     Esok pagi selepas Subuh ,dia pun memulakan perjalanan ke satu arah .jauh dan semakin JAUH.


Hampir waktu Zuhur,para menteri dan pegawai istana dan sultan menuggu ketibaan menteri yang tamak itu untuk mengetahui seluas mana tanah yang bakal dianugerahkan .Namun,Si menteri tidak juga kunjung tiba.Masuk solat Zuhur ,dan selepas mereka solat berjemaah menteri yang ditunggu tidak juga kunjung tiba.


   Tiba-tiba seorang pengawal datang membawa berita ,"Tuanku,menteri telah jatuh PENGSAN dalam perjalanannya.."

"Perjalanannya pulang atau menjauh dari sini?"tanya sultan. 


"Dalam perjalannya menjauh dari sini .." jawab pengawal.

HA..!!! serentak bunyi suara kehairanan bergema di seluruh istana.Jelaslah sifat tamaknya itu mendorongnya pergi jauh dan semakin jauh dan tidak TERFIKIR untuk pulang,hingga akhirnya jatuh pengsan kerana keletihan!!






   



baby ni pun terkejut dengan ketamakan menteri tu!! huhu




Baginda tersenyum.Dia telah pun berjaya menghukum menteri yang TAMAK itu :)




PENGAJARAN:Orang yang tamak tidak akan cukup dengan yang sedikit dan tidak akan puas hati dengan yang banyak .Tidak menunggu orang lain untuk "menghukum " orang yang tamak itu sendiri akan menghukum dirinya.

~semoga menjadi peringatan buat kita semua~