..Ahlan Wa Sahlan..

Tuesday, February 9, 2010

..PeperAngan MiNggu nie da TAMAT..




BIsmilahirahmanirrahim

Alhamdulillah..

Akhirnya peperangan dalam exam untuk minggu nie dah pun berakhir sebentar tadi..

bayangkan saja mid exam saya sem nie berturut-turut mana tak pening dibuatnya..MySpace

Selasa 2.2.2010 pukul 8.30-10.00 Quiz ekonomi gunaan
                         pukul 2.30-4.30pm exam Financial Accounting And Reporting
Ahad 7.2.2010 pukul 5.30pm-7.00pm exam Ekonomi Gunaan
Isnin 8.2.2010 pukul 8.30pm-11.00pm exam Financial Accounting
Selasa 9.2.2010 pukul 8.30-9.30pm exam Marketing..

subject marketing la malam ni..hehe yg ni plg takut tadi sebab dah hari sebelumnya tumpu pada subject yang laen  tapi yang nie..baca tadi pagi sampai tengahari sj..huhu..cubaan berani mati!! MySpace AMARAN KERAS JGN TIRU AKSI INI ok.

tapi..

takla stress sangat..sambil study tue ambillah  masa sikit solat Dhuha..kejap sj..lepas tue baru sambung lagi InsyaAllah apa yang kita baca tue mudah dihadam..walaumacamna tinggi pun usaha kita tapi tanpa TAWAKKAL pada ALLAH SWT kita takkan mungkin berjaya..

sebab setiap gerakan tangan kita semasa menjawab soalan tu Allah yang tentukan ..bukan sebab kita da baca bab tu dah banyak kali sbb tu bole jawab..

                         

nak cerita tym exam marketing tadi..sblum pi tue sy dilanda sakit perut yang teramat sgt..huhu..then tym jawab tue sakit itu datang menyerang lagi menyebabkan otak saya berfungsi cepat untuk jawab soalan tu dgn pantas
tp bukan jawab hentam sembrono ok..

lpas dah abiz jwb tue..tiba2 hilang plak sakit tu..akhirnya sy abiz cepat..ada gak hikmahnya dpt check balik jwpn yg dah diwat..bila dah puas hati sy pun antarla...hehe..senyum lebar hati nie..hoho..xlama lagi cuti..MySpace

bila dah abiz exam tue..jgn lupa ucap AlhamduliLLah sebab dah dipermudahkan urusan OlehNya..

Lets raise our hand to Make Doa!!! like the Prophet SAW told us..

                         
~So skg ni nak relaxkan diri dulu..layan lagu maher zain best jugak nie.MySpace..barakallahu lakuma wa barakah alaikuma wa jama'a bainakuma fi khoir..

Notakaki:  gambar2 kat atas tu xda kene mengena dgn entry ni..saja saya nak kita cuci mata tgk keindahan       ciptaanNYA..Tadabbur alam kejap..dapat pahala free..senang kan~


Sekian.

AWAS! pemberian CD free

AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD'DREAM motifnya memurtadkan melayu islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.Sebarkan klu sayang pada islam!!

Berhati-hati,kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bau
perfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2
lelaki yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis
tersebut menghidunya..sejurus kemudian gadis itu pengsan.sedar2 ia
berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya dirogol.barang
berharga, wallet,henpon semua dirompak..so beringat2 lah la ni macam2
kes jenayah ada.......

Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki........ Baca, sebut lepas tu
forward...

Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa
Ilaaha IllalLah". Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi
nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti
berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" supaya ianya menjadi sebati dibibir kita.... ucapkanlah serentak dengan denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupan jantung kita.
Panjangkan dan fowardkan email ini kepada seramai mungkin saudara, sahabat, kenalan seislam dengan anda........


~email ini dikirin oleh sahabat saya..sekadar menyampaikan sbg peringantan bersama~

Friday, February 5, 2010

ILmu taNpa IMan Ibarat IBLIS n SYAITAN




Bismillahirahmanirrahim

Pada ahad yang lalu saya dan sahabat-sahabat yang lain pergi menghadiri Forum Perdana di Jitra ,Kedah..isi yang disampaikan dalam majlis ilmu nie sangat bermanfaat bagi saya..malah cara penyampaian ahli panel sungguh menarik minat saya dan semua audiens yang berada di dewan pada malam itu. Saya berasa sangat beruntung dapat menghadirinya..jadi saya nak kongsi apa yang saya dapat malam tue..MySpace

Forum Perdana Hal Ehwal ISlam

Tajuk : "Pendidikan asas kecemerlangan ummah"

Tarikh : 31.1.2009

Tempat : Dewan Wawasan Jitra,Kedah.

Ahli Panel : YBHG Dato' Sheikh Mohd Badaruddin Bin Haji Ahmad
(Mufti Negeri Kedah)

Ustaz Roslan Che Ros (JAIS negeri Pulau Pinang)

YBHG Tuan Sheikh Fisol Bin Haji Omar (pegawai Agama Daerah Kubang Pasu )

Dipengerusikan Oleh YBHG ustaz Mohd Fazli Abd Halim


Pusingan Pertama : MeNgApa ILmu Itu PeNting??



  • Surah al Alaq menjelaskan dimana Jibril diutus untuk mengajar Rasulullah.
  • sekiranya manusia itu berilmu dia mempunyai keistimewaan sendiri berbanding orang yang tidak mempunyai ilmu.
  • Pendidikan itu bermula dari rumah..





Nabi SAw bersabda.
."Menuntut ilmu itu dari kita berada dalam buaian sehingga ke Liang Lahad"MySpace
  • Dengan ilmulah terbezanya MANUSIA dgn HAIWAN.
  • Dengan Ilmu dari akal yang ada maka terbinalah individu yang Hebat dan berakhlak tetapi sebaliknya manusia yang tidak menggunakan ilmu dengan sebaiknya mereka itu seperti binatang malah lebih rendah dari binatang.MySpace
  • Dengan ilmu yang diturunkan kepada Nabi Adam AS maka darjat Nabi Adam lebih tinggi dari MAlaikat...
  • Allah mengangkat darjat orang yang berilmu





Jangan sampai akal  dipimpin dengan nafsu terutamanya ilmu ttg ibadah
"Ibadah tanpa Ilmu tidak akan diterima" 

  • Orang yang berilmu ini jarang berDUSTA.
"Sesiapa yang hendak kepada kejayaan Dunia maka hendaklah dengan ilmu,siapayang hendak kepada akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang mahu kedua-duanya maka hendaklah juga dengan ilmu"

-Beza Orang Berilmu dengan Orang  X berilmu

  1. Org berilmu cerdik,org x berilmu bodoh (umum)
  2. Orang berilmu tidak akan mengaku dia org yag berilmu dan hebat.
  3. Org berilmu amalannya sah
  4. Org berilmu kehidupannya lebih mudah- CTH : rumahtangga bahagia sebaliknya X berilmu kehidupanya payah sebab semuanya serba tak tahu..
  5. Org  Berilmu ramai yang ingin dekati..sebaliknya, org menjauhi dari dia.
  6. Org berilmu rezekinya murah..org Xb'ilmu sebaliknya
  7. Apabila org berilmu menyampaikan ilmu dia akan dapat pahala,org Xberilmu xdpt pahala sebab Xda ilmu yg nak dikongsikan. 
Ilmu sahaja tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN kerana IBLIS n SYAITAN juga mempunyai banyak ilmu tapi tidak beriman kpd ALLAH SWT.

Iman saja tanpa ilmu,tidak boleh juga krana ia ibarat pokok tanpa buah

Ilmu taNpa Iman pula Ibarat IBLIS n SYAITAN.

                                            




ILMU harus diiringi dengan iman dan amal..tiga elemen ini wajib bersama..tidak boleh berpisah..barulah ilmu itu berfaedah dan bermanfaat untuk semua orang.

sabda Nabi:

"Barangsiapa yang menyembunyikan ilmu ,maka terimalah nasibmu kelak Allah akan kekang mulut dia dengan besi dari APi Neraka" 


~Nauzubillah..maka sampaikan pesan RAsulullah walau sepotong ayat..MySpace