..Ahlan Wa Sahlan..

Monday, March 8, 2010

..kISah si aNak dan Si Ibu..

                     

Bismillahirahmanirrahim..

                    
       




   Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.



Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya

      
           

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

  Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA



Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,





                  





"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
 "Telah Dibayar" 
pada mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!



"Hargailah mereka selagi masih ada..Bagi yang telah tiada doakan mereka"


sabda Nabi SAW:
"Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya(dari dia) kecuali tiga (kebaikan) : Sedekah jariah,Ilmu yang dimanfaatkan dan Anak yang Soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya"


Footnote:esok quiz..disebabkan..Tahap kerinduan pada ibu sgt kritikal..entri ini sedikit m'ubat kerinduan padanya..Ya Allah sampaikan cinta dan rinduku padanya..ya Allah..Sesungguhnya engkau mentaqdirkan yang terbaik buatku dan adik-adikku..


Friday, March 5, 2010

..Nikmat Allah yAng Tidak Kau SyuKuri..


...Bismillahirrahmanirrahim..



"Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang." 
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)


E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. 
Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh 
mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan 
alat bantuan pernafasan.




http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_1.jpg


Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi 
seorang ulama’ dari Kuwait.  Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi 
agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_2.jpg

Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim. 
 
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau 

membuka pintu biliknya. Kegembiraannya  dapat digambarkan pada raut 
wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya. 
 
http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_3.jpg
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_4.jpg
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel 
 
Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.
 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_5.jpg
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim 

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_6.jpg

Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel 
 
 Syeikh  Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.
 http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_7.jpg

Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata. 
 http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_8.jpg

Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan 
pengalaman yang menyedihkan 
 
http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_9.jpg

Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim 
http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_10.jpg




Tahukah anda..apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat 
menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat 
kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, 
bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah 
menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan 
sholat saya  di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat
 kesihatan untuk mendapat redha Allah.

Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh
 berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid atau surau
 ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ? Adakah alasan2 yg kita 
ciptakan itu cara terbaik kita mensyukuri nikmat2 Allah?


Jadi, nikmat Allah apa lagi yg kita dambakan?
wallahua'lam...moga bermanfaat..

footnote : emel dari Akhowat..mohon sebarkan..