..Ahlan Wa Sahlan..

Saturday, March 27, 2010

..SePi..

bismillahirahmanirrahim...

       

syukur kehadrat ilahi masih diberikan peluang untukku mencoretkan 
kalam yang terbuku dihati..


ku cuba menyepikan diri...


berfikir...


cuba menenangkan qalbu yang hampir mati..


mencari dan terus mencari penawarnya..


hati merintih tidak sanggup lagi menghadapi...


senyuman diukir melindungi derita yang dialami...


tidak sanggup berkongsi kerana tahu tiada 
siapa yang mampu menunjukkan jalan solusi..


bersendiri merenung bagaimana harus 
menempuhi jalan dakwah jika terus begini...?


akhirnya menyedari khilaf yang berpunca dari Hati sendiri..


rupanya Hati masih tidak Bersih kerana kegelapan yang menyelubungi.....


Hati masih tidak menjiwai erti kehidupan yang diberikan Allah swt..


Hati masih Keras untuk menyedari hakikat diri seorang Hamba..


Butiran airmata terus mengalir membasahi bumi..


mengharap setitik belas kasihan dan secebis 
pengampunan dari Pencipta yang Hakiki..



                               



footnote: sekadar meluahkan rasa dihati dan berkongsi apa yang diri alami..,mungkin ada yang turut merasai..pesanan diri.. syukuri kerana masih menyedari akan kesilapan diri...tanda kasih ILAHI yang tidak berbahagi..

Friday, March 26, 2010

..KaiN BuRuK..


 bismillahirahmanirrahim..                

          
                         



Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,” jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. “Kenapa begitu bang?” tanya isterinya.”Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula,” jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya
berbisik, “Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku.”

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
“Bang”, bisiknya perlahan. “Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?”

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, “Baiklah, mari rapat
kepadaku” isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Teepo bersuara, “Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja.” Isterinya
masih ragu-ragu.

“Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?” tanyanya lagi.
“Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang….”
“Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim” isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu…..fikir-fikirkan...***





Sunday, March 14, 2010

..iStiQamaH vs KaRamaH..

Bismillahirahmanirrahim..

                         


Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun .
Dia tidak pernah"ponteng " walaupun sekali melainkan uzur syarie.
Namun , ketekunan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar 
anak muda yang menuntut ilmu dengannya.

"Sepanjang kita belajar dengannya,sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya,"
 kata salah seorang anak muridnya.

"Berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya apa2 
keistimewaan .Semua yang ada padanya biasa-biasa sahaja" tambah yang lain.

"betul.Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari 
celah -celah jarinya.Malang betul nasib kita.."

Akhirnya sungutan-sungutan itu kedengaran sampai jua ke trelinga ulama tua itu
.Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang BERGUNA kepada 
anak-anak muridnya itu.


Pada suatu hari,ketika beliau sedang mengajar,beliau dengan sengaja telah 
melepaskan kapur ketika menulis diatas papan hitam.Namun anehnya 
kapur itu tidak jatuh ..sebaliknya 
terus bergerak dan menulis perkataan 
yang hendak ditulis oleh ulama tua itu.


Melihat kejadian yang aneh itu semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman.
Tidak sangka bahawa guru yang mereka anggap lekeh selama ini rupanya turut mempunyai KARAMAH.


Melihat kekaguman anak-anak muridnya guru yang tua itu menepuk papan hitam 
dengan kuat lantas berkata 

"Aku sangat hairan melihat sikap kamu semua.Melihat kapur ini menulis hanya 
beberapa ketika telah membuatkan kamu kagum.Bagaimana dengan aku yang telah 
menulis selama 40 tahun di papan hitam ini??"


Moral of the Story :  

  • Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah.                      Allah swt sangat mencintai amalan yang istiqamah sekalipun sedikit.




  • Orang yg istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memperoleh karamah.Sejarah mencatatkan betapa ramai orang yang pernah diberi                               karamah tersesat kerana  iman yang tidak istiqamah.

  • Hargai pengorbanan seorang guru.

  • Janganlah kita menyukai seseorang itu kerana kelebihannya sahaja kelak                         akan membawa bencana.




  • Hormatilah ulama jangan sesekali kita melabelkan mereka..                           Siapa kita jika hendak dibandingkan dengan mereka??..berapa banyak HADIS yang telah kita hafal?berapa banyak ilmu yg kita ada?..jauh sekali dgn mereka..



"Ulama itu adalah Pewaris Nabi"








Footnote : pengalaman saya bertemu dgn ulama pada masa itu merupakan saat yg tidak mungkin sy lupakan .Perasaan dapat bertemu dgn org berilmu sj sudah tidak dapat sy gambarkan..tak tahu lagi seandainya dapat  bertemu Rasulullah saw dan para sahabat baginda..AllahuAkbar..Ashkuruka ya Allah..