sedikit pengisian yang saya dapat hari ini ..ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat yang disayangi ..
Ini adalah kisah benar yang berlaku di Jepun pada tahun 8.jun 2008.
Satu hari , salah satu bandar di Jepun yang dikenali sebagai Akihabara dikejutkan dengan satu berita tentang seorang lelaki telah menikam orang ramai di simpang jalan,lelaki itu telah menikam secara rawak sehingga menyebabkan 6-7 orang terbunuh,dan kemudian lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh pihak yang berkuasa.
Apa yang paling mengejutkan apabila Pihak polis bertanya pada lelaki itu akan motif beliau membunuh,. jawapan yang diberikan "saya dah bosan jadi orang baik".
Itulah yang berlaku pada mereka yang tidak mempunyai sebab dan tujuan terhadap kebaikan yg mereka lakukan.
tidak kiralah masyarakat jepun atau mana-mana masyarakat sekalipun ,walaupun mereka sudah punya segala-galanya,tapi mereka tidak punya tujuan hidup
kerana sebab dan tujuan berbuat kebaikan itu hanya ada pada kehidupan yg beragama.dengan adanya tujuan dan sebab itu barulah kebahagian dan kemanisan itu dapat dirasakan.
berkata orang bijak pandai "success without hapiness is the worst kind of failure"..kenapa??..kerana mereka tidak merasai kebahagiaan dan kemanisan dalam kehidupan yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.
maka beruntunglah kita yang beragama islam kerana Allah telah memberikan sebab tulen untuk kita mempunyai tujuan membuat kebaikan seperti yang telah tertulis dalam KalamNya:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU"
Az-zariyat:56
begitu juga yang dinyatakan dlm surah al Imran : 110
"Kamu umat islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat ) yang makruf ,dan mencegah kemungkaran dan beriman pada Allah.."
Tanpa agama manusia tidak akan mampu mencari jawapan makna kehidupan ini,
"kita berbuat baik kepada Allah kerana kita HambaNya,kita berbuat baik pada manusia kerana kita KhalifahNya."
maka sahabat-sahabat sekalian,
hiasilah hari-hari kita dengan berbuat kebaikan,
kerana itulah makna sebuah kehidupan,
sebagai seorang hamba yang mengharap keredhaan dan belas kasihan,
dari Pencipta sekalian Alam.
wallahu'alam..
NUKILAN NISA SRIKANDI ALFATEH
JULAI 2010
NUKILAN NISA SRIKANDI ALFATEH
JULAI 2010
