..Ahlan Wa Sahlan..

Saturday, February 27, 2010

..1 LiTre Of TeArs..

Bismillahirahmanirrahim..

" Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu-ibu kamu , dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatu apapun,lalu ia telah dijadikan untuk kamu pendengaran,penglihatan  dan akal fikiran ,supaya kamu merasa bersyukur (diatas nikmat -nikmat tersebut)"
Surah Al-Nahl 16 : ayat 78  






Ya Allah terasa seksanya bila nikmat boleh bernafas dengan baik diambil OlehMu walau sementara..tak tau lagi apa rasanya bila ia ditarik buat selama-lamanya.. 

Pernahkah kita terfikir apa akan terjadi bila Allah SWT tarik balik semua nikmat penglihatan,pendengaran,dan terutama sekali nikmat ImaN dan ISlam ..

apa akan terjadi ??? Nauzubillah..

..mari fikirkan sejenak..


 ..."1 litre of Tears"..

Satu tajuk Drama keluaran Bumi Sakura yang cukup memberi impak yang besar dalam hidup ini..

Cerita ni diadaptasi melalui satu kisah hidup sebenar seorang gadis Jepun yang menghidap penyakit Spinocerebellar ataxia (SCA)..penyakit ni menunjukkan kesan bila setiap anggota badan kita semakin lama tidak dapat berfungsi dengan baik sehinggalah akhirnya semuanya ibarat dah kaku..senang crita kira anggota tu dah mati....


           
           
1.     Mula-mula mampu KEtawa dgn rakan-rakan,petah bercakap,lancar menulis,berjalan dgn baik,dan bErlari dgn laju.
2.     Lama-kelamaan..ketawa sudah hilang .bercakap sudah mula tergagap-gagap,tulisan menjadi buruk,sudah tidak mampu berjalan dengan baik kena berpaut pada sesuatu dan berlari tapi kemudian jatuh
3.     Dipenghujungnya..hanya airMata jErnih yang terus-menerus menitis membasahi bumi,suara sudah tidak kedengaran,hanya terlantar diatas katil bercadarkan kAin puTih...menunggu saat itu tiba.. 



memang sedih bila tengok citer nieMySpace.Tajuk dia betul-betul menembak tepat pada sasaran penonton..malah mungkin ada yang nangis lebih dari 1 liter kot..hihi..no komen...

Tau apa Ibrah yang boleh kita cedok dalam cerita  ni??

  • Bersyukur atas semua nikmat yang Allah swt berikan kepada kita
  • Ingat Allah boleh tarik balik nikmat itu BILA-BILA masa Allah swt mahu..
  • Biarlah bila kita Lahir orang yang menyambut kita senyum kerana ..dan bila
  • kita Pergi orang lain sedih kerana sudah tidak dapat menikmati kebaikan dan  sumbangan kita kepada mereka.
  • Sayangilah setiap tubuh yang menjadi pelengkap keluarga kita walauapapun terjadi pada mereka..merekalah yang paling terdekat dengan kita especially parents..
  • Ukhuwahfillah memberikan kemanisan dalam hidup kerana ia berkekalan hingga ke syurga..
  • Redha dengan ketentuan Ilahi..Allah menjanjikan yang terbaik buat kita..
  • Allah Azza wa Jalla..adalah tempat sebaik-baik sandaran

"Dan milik Allah lah apa yang ada dilangit dan dibumi dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan"  
Surah al Imran : 109










Footnote: Cadangan..nonton la cerita nie baru dapat tahu part mana terdapat pengajaran yang telah saya listkan tu..xrugi..insyaAllah..yang penting bila nonton tue..guna mata hati..bukan mata berselaput ego..buka hati dan minda seluas-luasnya..ambil yang baik..jadikan pengajaran yang buruk..setiap orang punya penafsiran tersendiri...terpulang..diri ini hanya sekadar melakarkan apa yang tersemat dihati..sekadar perkongsian..
..Klik sini kalau nak nonton..



Thursday, February 25, 2010

..saAt bAdan Lemah tiAda Daya...





Mari sahabat kita telusuri kembali sirah Rasulullah ..


Saat badan lemah tidak bermaya,

di saat nyawa berada dihujungnya ,

Saat Malaikat Maut datang mencabut nyawa..

Rasulullah saw masih memikirkan kita..ummat di akhir zaman..



"ummati,ummati,ummati"

ketika semua orang yang berada di situ Fatimah,Saidina Umar dan para sahabat sedih , pilu dan bimbang memikirkan Baginda..

tetapi Baginda masih mampu menahan kesakitan sakaratul maut hanya untuk mendengar nasib ummatnya pada Akhir zaman dari malaikat Jibri A.S..

Ya Allah..beruntungnya Ummat yang dimaksudkan oleh Kekasih Allah ini..

Siapakah Ummat itu??
KITAKAH???

adakah kita layak menjadi ummat yg disebut2 dibibir Baginda yang dimuliakan Allah ketika Malaikat menjemputnya untuk bertemu Pencipta Sekalian ALAM???

LAYAKKAh kita mendapatkan syafaat dari Baginda di Akhirat kelak??

Ayuh Sahabat!!!..pada Maulid kali ini biar ada anjakan yang kita lakukan jgn biar diri berada pada takuk yg sama..

Jika Rasulullah yang tidak pernah bersua muka dgn kita boleh mencintai kita sedalam ini..kenapa kita tidak??

mari kita contohi sifat-sifat mulia Rasulullah.


mari kita teladani jalan perjuangan Baginda,


mari kita menjadi rantai-rantai penyambung dakwah baginda..



Tanya pada DIRI..tanya pada HATI..ma
rilah kita Muhasabah sendiri..





."siapakah yang lebih mencintaimu selain Allah dan RasulNya???"




              Azab Neraka

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira'
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat


Dan tibalah waktu ajal bertemu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia 'kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu





Sunday, February 21, 2010

..HaDiah bUat KEKASIH..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..


                       

tidak lama lagi hari kelahiran INSAN yang kurindui akan menjelang tiba..MySpace

jadi nak tukar lagu dulu sebagai tanda ketidaksabaran ku ini menunggu saat itu..

kalau bole sahabat sekalian pun sediakanlah hadiah special buat INSAN ini ya..

bukan saja pada hari itu tapi setiap hari..

saya pasti bukan sj saya malah sahabat sekalian pun merasakan hal yang sama kan!..

AYOH sahabat!!!..MySpace

kita berusaha memberikan HADIAH  yang terbaik buat insan yang dahulu hingga ke saat ini menjadi penyuluh buat Semesta Alam..
        
           
                    
INSAN yang tiada penggantinya di Dunia..

jgn biar yang tahun ni SAMA dengan tahun lalu..!!

Kali ini biar kita memberi dan mendapatkan sesuatu yang dapat menyinari kehidupan kita sebagai umat terbaik yang LAYAK untuk  diberikan syafaat olehnya di akhirat kelak..


HADIAH apa??


  1. Banyak-banyakkan SELAWAT   ke atas Baginda ..tau tak sekali selawat tumbuhlah pokok ditaman syurga untuk kita tau..bestnyer..
  2. Amalkan sunnah Rasulullah Saw....
  3. Senyum pun sunnah gak..paling senang nie..awet muda lagiMySpace
  4. Sedekah
  5. Buat sahabat muslimat tambahkan sifat MALU pada diri tapi kena pada tempatnya..kerana Rasulullah SAW malunya melebihi perasaan malu yang ada pada anak dara tau.  
  6. berwudhuk sebelum tidur
  7. Sentiasa BERSIHkan diri dan sembur lah sikit minyak WANGI tu (khas buat muslimin )..Rasul Allah ini amat suka membersihkan diri dan sukakan wangi-wangian..  
  8. Bersugi
  9. Berenang
  10. Memanah
  11. Minum air selepas bangun pagi
  12. Makan menggunakan tangan kanan
  13. Cecah garam di ujung jari sebelum makan..
  14. Makan buah dulu sebelum makan nasi
  15. Mandi sebelum matahari terbit
  16. Elakkan makan makanan yang berbau cthnya petai..huhu..MySpace
  17. Berpuasa isnin dan Khamis
  18. Menghadiri majlis Ilmu
  19. Solat dhuha
  20. Solat Tahajjud..berat x yg nie..??..klu xdpat buat cuba yg senang dulu..
  21. YAng paling PENTING jadikan Alquran dan ASSunnah sebagai Buku Manual kita agar kita tidak menjadi seperti ROBOT yang ROSAK , TIDAK dapat bERfungsi ..dan akhirnya TIDAk ada GUNA pada TUANnya.

SubhanALLaH banyak lagi nie..apa2 pun biar sedikit diamalkan tapi istiqamah adalah lebih baik..Wallahualam..


FOOTNOTE : HADIAH KAT ATAS TUE KWN SY AISHAH YG BAGI MASA BESDAY YG LALU..BYK LAGI DARI KWN2 YG LAIN LIYANA,SYAFIQAH ,HAWA ,IMA DAN YG LAIN  MAAFLAH TAK LETAK....SY HARGAI SUMA HADIAH TUE..TIMA KASIH BANYAK..
SY SUKA SUMA HADIAH TU..MySpace