..Ahlan Wa Sahlan..

Monday, November 15, 2010

Apa erti 9 Zulhijjah pada kita???



bismillahirahmanirrahim..



Sebaik gelincir matahari pada tanggal 9 Zulhijjah di tanah Arab bermulalah ibadah kemuncak bagi jemaah haji yang wukuf di Arafah. 

Seafdal-afdal doa ialah doa di Arafah. Nabi sendiri diriwayatkan mula berdoa dari waktu gelincir matahari hinggalah terbenam matahari. Inilah waktu kemuncak baginda memanjatkan doa dalam juraian air mata. Haji terakhir baginda bersama umat yang sangat dikasihinya. Panjang doa baginda kerana kemuncak rindu cinta yang amat sangat untuk bertemu dengan Allah (subhanallah).

Hiba doa baginda kerana mendoakan kesejahteraan untuk umat yang bakal ditinggalkan sesudah sempurnanya wahyu Al-Quran diturunkan. Itu sejarah Nabi kita Muhammad S.A.W. 
Setiap tahun bumi Arafah semakin ramai jumlah umat Muhammad berwukuf. 



Selepas solat jamak tamam Zuhur dan Asar berjemaah, khatib sudah mula membaca khutbah dalam pelbagai bahasa mengikut bangsa yang menjadi tetamu Allah disitu. Rata-rata jemaah bagai anak kecil, sedu sedan bertangisan menghitung dosa-dosa diri dan keluarganya di bawah tanggungannya. 

Benarlah Arafah bagai padang Mahsyar, perhimpunan yang hanya diliputi kain putih dengan hanya satu matlamat, mohon keampunan kepada Allah, memohon untuk menjadi orang baru bagai bayi yang baru dilahirkan. Bersih dan suci daripada dosa.




Melewati jam 12 tengah hari waktu di Arafah bermula gelincir matahari, maka disini ketika itu telah masuk waktu Asar. Andai mata kasar kita boleh melihat, sesungguhnya langit dan bumi Arafah ketika itu hingga waktu Maghrib terasa sungguh sesak dan berasak-asak dengan turunnya ribuan malaikat, roh para nabi dan roh orang2 soleh. 


Semuanya bersesak-sesak di bumi Arafah, sama2 mengaminkan doa umat Muhammad yang memohon pengampunan daripada Allah S.W.T.Lebih hebat lagi, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia bukan hanya mahu mengangkat doa-doa para jemaah haji sebaliknya mahu sama2 mengangkat doa hamba-hamba-NYa yang tiada di Arafah, yang tidak pergi haji tetapi menghadirkan diri dalam suasana Arafah, berhimpun bersama keluarga di rumah masing-masing.


Mari kita ubah budaya yang tidak rasa pa-apa pada hari ke-9 Zulhijjah kepada rasa ingin merebut cinta ALLAH. Bersiaplah kita sekeluarga/ bersama2 sahabat2(yg masih dikampus)di rumah/ kampus bermula pada petang Asar 9 Zulhijjah dengan membersihkan diri dan berwuduk. Penuhkan majlis dengan berdoa, berzikir dan memohon ampun dosa-dosa kita kepada Allah. Ketika itu, bayangkan diri kita sekeluarga bersama para jemaah berselimut putih di Arafah sedang menangis menadah doa keampunan sebelum menjelangnya berbuka puasa pada hari kemuncak wukuf.


Selepas berbuka, kita sekeluarga terus berdoa lagi minta kesejahteraan keluarga dan umat islam sedunia. Sesungguhnya doa selepas seorang hamba berbuka puasa sangat makbul di sisi Allah. Selepas solat Maghrib berjemaah, marilah kita terus bertakbir, berzikir, membaca AL-QURAN, dan melakukan solat taubat mohon Allah ampunkan dosa kita. 




SubhanaLLah..syukran pada sahabat seperjuangan atas perkongsian..ayuh sahabat2 sekiranya dulu 9 zulhijjah tiada makna bagi kita..maka tahun ini jgn kita biarkan ia berlalu pergi..wallahu'alam.

No comments: