..Ahlan Wa Sahlan..

Friday, November 4, 2011

NAK BUAT MAKSIAT?? BOLEH2X.....

bismillahirrahmanirrahim...

NAK BUAT MAKSIAT?? BOLEH2X.....



Haa, kita tahu, maksiat itu merupakan salah satu dosa besar kan? Tapi bila nafsu menguasai diri, orang2 yang tengah melakukan maksiat tu rasa seronok sj kan.. tapi, lama kelamaan, rasa malu, rasa berdosa pada Allah sebab melakukan maksiat.., betul x?


Korang nak melakukan maksiat ka? haa.,, boleh2.. asalkan korg blh ikut 5 syarat yg diberi oleh seorg ulama, Ibrahim bin Adham r.a.. Nak tahu ape syarat2nya? jom2.., kita baca perbualan bila seorang lelaki bertemu dgn ulama tersebut..


Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Ibharim bin Adham r.a.. Lelaki itu bertanya kepada ulama tersebut. “Ya Ibrahim. Aku ini suka melakukan dosa sedang aku juga takut kepada Allah. Tolonglah berikan aku cara atau nasihat agar aku dapat menghindarinya.”

Setelah mendengar kata-kata tersebut, Ibrahim menjawab, “Aku bolehmembantumu tapi engkau mesti terlebih dahulu menerima lima syarat yang akan aku berikan sebentar lagi”

Lelaki itu bertanya dengan gembira; “Apa syarat-syaranya, ya Ibrahim?”

Ibrahim bin Adham r.a memberitahu syarat pertamanya, “jika engkau mahu terus melakukan maksiat, jangan makan rezeki-Nya”

Lelaki itu mengerutkan keningnya, “Jangan makan rezeki-Nya? Ah, kalau begitu aku nak makan apa? Bukankah semua rezeki di bumi ini milik Allah, ya Ibrahim?”

Tegas Ibrahim Adham r.a., “Ya! Kalau engkau sudah tahu, bolehkah engkau makan rezeki-Nya sedangkan dalam masa yang sama engkau terus melakukan maksiat?”

“Baiklah.. baiklah,” lelaki itu mengalah, “Apa syarat keduanya, ya Ibrahim?”

“Kalau engkau mahu terus melanggar perintah Allah dan melakukan dosa, jangan engkau tinggal di bumi-Nya ini” Ibrahim Adham memberitahu syarat kedua.

Syarat ini membuatkan lelaki itu tercengang, “Hah! Ini lebih teruk lagi! Aku mahu tinggal di mana? Bukankah bumi ini milik Allah?”

Ibrahim Adham r.a tersenyum. Ulama itu bertanya kepada lelaki tersebut, “Wahai saudaraku, fikirkanlah, apakah engkau layak untuk makan rezeki dan tinggal di bumi ini sedangkan engkau melanggar perintah-Nya?”



Lelaki itu mengalah dan bertanya syarat ketiga pula.

“Kalau engkau masih mahu melakukan dosa, makan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,, maka engau pergilah ke tempat tersembunyi yang tidak mampu dilihat oleh Allah. Engkau lakukanlah maksiat sesuka hatimu di tempat yang tidak dapat dilihat Allah itu.” Ibrahim Adham memberitahu syarat ketiganya.

Syarat ini membuat lelaki itu terperanjat, “Ya Ibrahim! Ini nasihat apa? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Nah, kalau engkau yakin dia sentiasa melihat, perlukah engkau makan rezeki dan hidup di bumi-Nya, engkau masih juga melakukan kejahatan di hadapan Allah! Wajarkah?” ucap Ibrahim.

Lelaki itu tunduk mendiamkan diri. “Baiklah, ya Ibrahim! Apakah syarat keempat?”

Ibrahim mnjawab, “Syarat seterusnya, jika malaikat maut datang untuk mencabut nyawa kamu, katakanlah kepadanya bahawa nanti dulu! Jangan cabut nyawaku sekarang, aku mahu bertaubat dan melakukan amal soleh dulu!”

Lelaki itu menggeleng kepala. “Ya Ibrahim, mana mungkin malaikat maut terima rayuan aku! Mana boleh kematian kita ditangguh-tangguh!”

Ibrahim bin Adham r.a. pantas menjawab, “Nah, kalau engkau yakin tidak boleh mengelak dan menangguhkan kematian, apakah jalan terbaik untuk keluar daripada kemarahan Allah Taala?”

Sekali lagi lelaki tersebut mendiamkan diri. Dia bertanya syarat kelima pula.

“Wahai saudaraku, jika malaikat Zabaniyah datang hendak mengheret kamu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan ikut bersamanya! Kalau engkau mampu melakukan syarat terakhir ini, maka engkau boleh terus melakukan maksiat semasa engkau hidup ini,” Ibrahim Adham r.a. memberitahu syarat kelima.

Kata-kata Ibrahim membuatkan lelaki itu terdiam. Dia bertanya, “Ya Ibrahim, syarat ini terlalu menakutkan. Malaikat itu tidak akan menerima permintaanku!”

Lelaki itu tidak mampu lagi mendengar kata-kata Ibrahim. Dia menangis dengan wajah menyesal berkata: “Ya Ibrahim, cukup.. cukup.. jangan kau teruskan lagi. Mulai saat ini, aku bertaubat kepada Allah Taala. Aku takkan melakukan maksiat lagi,” kata lelaki itu.



Ternyata dia menepati janjinya. Sejak dari pertemuannya dengan Ibrahim Adham r.a., lelaki itu benar-benar bertaubat. Dia melakukan segala amal ibadah dan mematuhi perintah Allah hingga menemui ajalnya.

Hmm, bagaimana wahai sahabat? dapat x patuhi syarat2 yang Ibrahim Adham r.a. tu berikan?jawablah sendiri…

2 comments:

IFA Athirah said...

conclusionnye jgn prnah buat mksiat :)

cik dhiya said...

menarik!:)