Petang itu aku menemani mereka
makan tengahari,
Ku tatapi wajah setiap seorang
dari mereka,
Tiba-tiba hatiku terasa sebak,
Hingga tidak mampu ku menahan
mutiara2 itu mengalir,
Semalam bahagia terasa,
Tapi hari ini kesedihan
menyinggah,
Melihat seorang demi seorang
sahabatku kembali ke kampung halaman,
Hatiku terasa kehilangan,
Sedikit pahit untuk ku telan,
Lebih-lebih lagi bila memikirkan
saat kepulanganku nanti ke negeri kelahiranku Sabah,
Airmataku semakin deras mengalir
sambil melangkah ke parking kereta,
Di cuit oleh seorang sahabatku
supaya aku hentikan tangisan itu,
Tapi aku tidak mampu,
Kerana aku tidak tahu bila lagi
akan bertemu,
Berkongsi rasa,
Berkongsi bantal,
Berkongsi makanan,
Aku rindu,
Aku pasti akan rindu pada
mereka,
Ya, masa akan berlalu
Hari pun berganti,
Tapi kenangan itu tetap abadi di
dalam hatiku,
Kerana aku begitu bersyukur
Aku sebahagian dari kamu,
Kerana kamu yang TERINDAH dalam hidupku,
dan aku mencintaimu LILLAHITAALA
dan aku mencintaimu LILLAHITAALA
Dulu, Kini dan Selamanya..
" CENDOL DI HATI"
" CENDOL DI HATI"
12 Nov 2012
2.50PM
Nukilan elya khadijah
No comments:
Post a Comment