..Ahlan Wa Sahlan..

Sunday, February 2, 2014

..Sandiwara Cinta..

Bismillahirahmanirrahim...


Angin bertiup lembut seiring dengan alunan lagu yang bermain dari smartphone Safiyyah. Tengahari itu suasana yang begitu damai menyapa lembut wajah gadis ayu bernama Safiyyah. Safiyyah mengambil tempat duduk jauh dari orang lain kemudian merenung tajam ke satu arah tapi dengan pandangan yang kosong. Entah apa yang sebenarnya yang sedang bermain difikirannya. 


Safiyyah seorang gadis 18 belas tahun yang telah berkahwin secara terpaksa dengan lelaki yang berusia 30 an. Berendam airmata siang dan malam kerana enggan menerima pada mulanya bukan kerana alasan tidak mencintai namun hubungan sebelumnya amat dibatasi dengan status "pekerja" dan "majikan". Safiyyah yang bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah cafe, amat disenangi oleh ramai orang dengan sikapnya yang sangat peramah dan periang ditambah pula dengan wajahnya yang comel. Ramai lelaki yang tersangkut pada safiyyah sampai sanggup datang ke cafe hari-hari tidak kira siang mahupun malam.

Gadis berbadan kecil ini sama seperti gadis-gadis biasa diluar sana. Couple, sms, bergayut telefon dengan teman lelaki sehingga lewat malam semuanya dia lalui. Tidak pernah Safiyyah menyangka hidupnya yang terasa seronok sebagai seorang anak gadis belasan tahun tanpa kawalan dari orangtua itu akan berakhir dengan berkahwin dengan lelaki yang tidak dia cintai.

Sakit, perit dan kecewa Safiyyah yang disangka akan berakhir setelah memilih untuk rela menerima pilihan keluarga ternyata hanya mimpi indah. Bukan kebahagiaan yang dirasa namun sebaliknya. Kini hampir setahun jagung lewat pernikahan Safiyyah dan suami, airmata setia menemani Safiyyah tidak mengira waktu setiap kali memikirkan hubungannya dengan suami. 

"Jujurlah sayang aku tak mengapa, 
Biar semua jelas tak berbeda,
jika nanti aku yang harus pergi,
Ku terima walau sakit hati."

Lirik ini begitu mengena dihati Safiyyah, airmatanya mengalir lagi. Bahu Safiyyah tiba-tiba ditepuk perlahan oleh seorang gadis, terpancar senyuman manis kedua-duanya gadis itu bila mata mereka bertemu. Safiyyah mengelap titisan airmata dipipinya, kelihatan mereka rancak berbual. Ketawa dan senyuman Safiyyah hanya akan kelihatan bila bersama gadis yang lebih dikenali sebagai Batrisya anak buah dari suami Safiyyah. Sebelum menikah Safiyyah memang rapat dengan Batrisya, Batrisya tua 3 tahun dari Safiyyah dan sudah terbiasa memanggilnya kakak.

"Wah, ramai plak orang kahwin kan? Sweetnya masa kahwin..macam mahu kahwin lagi" Kata Safiyyah dengan riak wajah yang susah untuk dibaca.

"Bila aku tengok keadaanmu ni, aku jadi takut mahu kahwin" kata batrisya sambil mengodek newsfeed facebooknya yang dipenuhi gambar kahwin teman-temannya.

" Kak, tak semua lelaki macamtu. Ramai lagi lelaki yang baik di luar sana. Lelaki macam ni hanya ada satu dua saja. " balas Safiyyah tanpa sedar airmata mengalir lagi.

" Safiyyah, sudahla tu dik...sabar ya dik.. Satu masa nanti pasti kau akan bahagia. Percayalah, Allah tidak akan biarkan kau sedih selamanya. Solatlah dik, mengadu pada Allah. Kita ni kalau rasa punya Allah di sisi kita, biar semua orang tinggalkan kita, kita tidak akan rasa semua tu." Nada Batrisya memujuk.

Safiyyah terdiam dan mengganguk, dia sedar sudah hampir bertahun dia tidak pernah menyentuh alQuran apalagi bersujud memohon pada Tuhan sehingga hampir semua rukun solat dia lupa. Mungkin inilah ujian Allah pada dia, agar dia kembali pada Allah. 

Betapa sakitnya bila berkahwin dengan orang yang tidak mahu mencintai, 
Betapa peritnya bila suami tidak mampu berbagi kasih,
Betapa deritanya bila isteri terasa tidak punya fungsi,

Bersambung.....



By WhiteCallaLily

16:37, 02/02/2014
Lahad Datu, Sabah.

1 comment:

iShasha Aishah said...

saya nantikan sambungannya...