MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS
Pada satu hari, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di sebuah rumah yang cukup damai di atas bukit. Sejuk. Nyaman. Ceria, begitulah jua hidup bayi ini dikelilingi.
Bertemankan taman menghijau, diselangi buah dan sayuran segar, anak tunggal ini membesar dengan layanan tertinggi.
RENUNGAN DI BALIK PAGAR KAYU
Setahun demi setahun, usia menjangkau dari bayi menjadi kanak-kanak. Anak ini sudah pandai berlari. Ada juga sesekali memanjat. Dia cukup teruja dengan pagar kayu rumah buatan ayahnya. Ada sesuatu yang istimewa di sana.
Setiap petang, di sinilah tempatnya dia menunggu, merenung kejauhan di balik pagar kayu itu. Kerana hairan dengan telatah anaknya ini, si ibu bertanya, "Anakku, apa yang menarik kau lihat ke sana?"
Anak perempuan ini mengunjuk tangannya nun ke hujung bukit sana.
Tersergam, sebuah rumah agam. Hijau dindingnya. Namun bersilau-silau bingkai tingkapnya, bagai bertatah emas. Si ibu pun seperti pertama kali melihatnya, terpesona dengan kecantikannya. Diusap-usap kepala anak comel ini, "Anakku, kelak kau dapat jua ke sana. Belum masanya lagi."
KEJUTAN DI ULANGTAHUN KELAHIRAN
Purnama berselang tahun. Kini anak cilik bertukar menjadi gadis manis. Hari ulangtahun usia remajanya itu, dihadiahkan sebuah basikal dari ayahnya. Betapa gembira hidup anak ini, saat ibunya menghulurkan basikal baru, "Manisku, sudah sampai saatnya kau meneroka cantiknya alam ini."
"Saya boleh ke rumah bingkai emas, ya?" Ibunya mengangguk, dan melompatlah dia segirangnya.
Dikayuhnya begitu laju, namun cermat turuni lurah dan anak jalan. Gadis ini tidak sabar melihat sendiri bingkai-bingkai emas yang diidamnya sentuh sendiri, sedari kecil lagi.
KEJUTAN DEMI KEJUTAN
Sesampainya di sana, dia terpaku dan gigil. Di depannya kini berlainan sekali. Rumah yang di depan matanya kini, jauh beza dari apa yang dia sangkakan. Rupa-rupanya, rumah ini amat buruk, menggelupas kulit dindingnya. Bingkai yang disangka emas ternyata hanya pantulan sinar matahari semata-mata.
Menitis airmatanya kerana kecewa. Menggeletar tubuhnya menahan sendu yang menekan. Lalu dia terduduk di tanah. Dan menoleh ke sisinya...
Kelihatan dari situ, sebuah rumah di atas bukit, cukup mengkagumkan. Dengan pantulan mentari senja, bersinar bingkai jendela keemasan. Baru dia perasan. Itulah rumahnya yang selama ini dia diami sepanjang hidupnya. Yang hidupnya jarang kecewa, sering digembirakan.
Tiada nikmat yang dapat dinafikan. Remuk hatinya telah terubat. Dia tidak sabar-sabar pulang ke rumah asalnya, bagai ingin hidup semula. Menjadi penghuni yang baru.
Wahai muslimat, gadis, ataupun perempuan. Begitulah seadanya dirimu yang diciptakan Tuhan. Saat dirimu sentiasa tercari-cari ikutan, kepingin jadi seorang yang cukup terhormatkan. Atau hiasan yang sering dikerumun perhatian.
Dikau sanggup menukar cara jalan. Mengikut trendi caramu berpakaian. Paling kasihan, cara pandangan dan fikiran. Hingga menjadi insan berlainan.
Sampai tak perasan, fitrahnya kau terbaik ciptaan Tuhan. Dikau sebenarnya lebih cantik luaran dalaman. Unik dan terkehadapan, dikau adalah sebaik-baik insan. Itulah dirimu. Cantik. Indah. Damai. Sejak dilahirkan.
Berterima kasihlah kepada Ar Rahman. Kembalilah ke mode fitrah. Renungilah semula jejak-jejak silam yang ditinggalkan. Bidadari jua kau diangkat di hujungnya oleh Tuhan.
Konvensyen Bidadari, mengajakmu ke sana.. School of Sahabah buat peneman pasanganmu. Di sini, kita tak pernah berjauhan. Ukhwah jadi ikatan, ilmu jadi hidangan. Adab. Cinta Rasul, Serikandi Allah sebagai modelmu.
No comments:
Post a Comment