..Ahlan Wa Sahlan..

Tuesday, November 30, 2010

..Cantiknya waniTa itu!!!..

Bismillahirrahmanirrahim




Allah itu cantik dan sukakan kecantikan..

begitulah juga wanita..sukakan kecantikkan dan ingin selalu kelihatan cantik..

tahukah kita?

bahawa disyurga itu terdapat bidadari-bidadari yang terpelihara pandangannya,dan tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin..

bidadari itu sangat baik dan sangat jelita..

mereka bersandar pada bantal-bantal yg hijau dan permaidani yg indah..

indah kan klu dapat jadi spt bidadari -bidadari tu..

tapi sahabat -sahabat tau tak ketua bidadari yg kecantikannya berkali-kali ganda dari bidadari yg lain itu siapa?

dialah WANITA solehah.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.


jadi siapa yg nak jadi ketua bidadari???..kenalah jadi wanita yg solehah..

mari sahabat..kita sama2 berusaha jadi untuk menjadi wanita yg solehah..wallahu'alam.


mood:6 paper exam dah lepas..last paper is waiting..moga Allah permudahkan urusan..^_^

Saturday, November 20, 2010

TERSENYUM DI AKHIR MASAKU..khas Buat SAHABAT2Ku


bismillahirahmanirrahim..
terasa syahdu dengar lagu ini..moga ada iktibarnya..
mampuka kita tersenyum saat akhir masa kita..
teringat kata-kata ustaz..bila kita lahir semua org tersenyum gembira melihat kita,biarlah saat kita pergi manusia menangis kerana kebaikan kita..jangan saat kita kita pergi manusia ketawa kerana tiada lagi kejahatan yg dtgnya dari kita..wallahu'alam.
opick feat flo-andai waktu memanggil
Ya Rabbi beri kami
 Cahaya penerang digelapnya hati
 Jauh sudah langkah kaki
 Lewati jutaan detik tak kembali

Ilahi ampuni kami
 Dosa-dosa mewarnai diri
 Hati lupa kadang terlena
 Mimpi dunia menggoda sang jiwa

[*]
 Andai waktu memanggilku
 Berharap tersenyum di akhir masaku
 Maafkanlah ampuni diriku
 Hati ‘kan memohon di kemahaan-Mu

[**]
 Tangan ini hati ini
 Hari-hari berlalu ‘kan jadi saksi-Mu
 Dan tak bisa ku sembunyi
 Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta





silalah download lagu ni disini andai waktu memanggil

Monday, November 15, 2010

Apa erti 9 Zulhijjah pada kita???



bismillahirahmanirrahim..



Sebaik gelincir matahari pada tanggal 9 Zulhijjah di tanah Arab bermulalah ibadah kemuncak bagi jemaah haji yang wukuf di Arafah. 

Seafdal-afdal doa ialah doa di Arafah. Nabi sendiri diriwayatkan mula berdoa dari waktu gelincir matahari hinggalah terbenam matahari. Inilah waktu kemuncak baginda memanjatkan doa dalam juraian air mata. Haji terakhir baginda bersama umat yang sangat dikasihinya. Panjang doa baginda kerana kemuncak rindu cinta yang amat sangat untuk bertemu dengan Allah (subhanallah).

Hiba doa baginda kerana mendoakan kesejahteraan untuk umat yang bakal ditinggalkan sesudah sempurnanya wahyu Al-Quran diturunkan. Itu sejarah Nabi kita Muhammad S.A.W. 
Setiap tahun bumi Arafah semakin ramai jumlah umat Muhammad berwukuf. 



Selepas solat jamak tamam Zuhur dan Asar berjemaah, khatib sudah mula membaca khutbah dalam pelbagai bahasa mengikut bangsa yang menjadi tetamu Allah disitu. Rata-rata jemaah bagai anak kecil, sedu sedan bertangisan menghitung dosa-dosa diri dan keluarganya di bawah tanggungannya. 

Benarlah Arafah bagai padang Mahsyar, perhimpunan yang hanya diliputi kain putih dengan hanya satu matlamat, mohon keampunan kepada Allah, memohon untuk menjadi orang baru bagai bayi yang baru dilahirkan. Bersih dan suci daripada dosa.




Melewati jam 12 tengah hari waktu di Arafah bermula gelincir matahari, maka disini ketika itu telah masuk waktu Asar. Andai mata kasar kita boleh melihat, sesungguhnya langit dan bumi Arafah ketika itu hingga waktu Maghrib terasa sungguh sesak dan berasak-asak dengan turunnya ribuan malaikat, roh para nabi dan roh orang2 soleh. 


Semuanya bersesak-sesak di bumi Arafah, sama2 mengaminkan doa umat Muhammad yang memohon pengampunan daripada Allah S.W.T.Lebih hebat lagi, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia bukan hanya mahu mengangkat doa-doa para jemaah haji sebaliknya mahu sama2 mengangkat doa hamba-hamba-NYa yang tiada di Arafah, yang tidak pergi haji tetapi menghadirkan diri dalam suasana Arafah, berhimpun bersama keluarga di rumah masing-masing.


Mari kita ubah budaya yang tidak rasa pa-apa pada hari ke-9 Zulhijjah kepada rasa ingin merebut cinta ALLAH. Bersiaplah kita sekeluarga/ bersama2 sahabat2(yg masih dikampus)di rumah/ kampus bermula pada petang Asar 9 Zulhijjah dengan membersihkan diri dan berwuduk. Penuhkan majlis dengan berdoa, berzikir dan memohon ampun dosa-dosa kita kepada Allah. Ketika itu, bayangkan diri kita sekeluarga bersama para jemaah berselimut putih di Arafah sedang menangis menadah doa keampunan sebelum menjelangnya berbuka puasa pada hari kemuncak wukuf.


Selepas berbuka, kita sekeluarga terus berdoa lagi minta kesejahteraan keluarga dan umat islam sedunia. Sesungguhnya doa selepas seorang hamba berbuka puasa sangat makbul di sisi Allah. Selepas solat Maghrib berjemaah, marilah kita terus bertakbir, berzikir, membaca AL-QURAN, dan melakukan solat taubat mohon Allah ampunkan dosa kita. 




SubhanaLLah..syukran pada sahabat seperjuangan atas perkongsian..ayuh sahabat2 sekiranya dulu 9 zulhijjah tiada makna bagi kita..maka tahun ini jgn kita biarkan ia berlalu pergi..wallahu'alam.