..Ahlan Wa Sahlan..

Thursday, September 4, 2014

Hijab. Mulalah selebihnya Allah akan menguatkan!

Bismillahirrahmanirrahim...

Suatu petang, saya berkunjung ke sebuah salon..

"Dik, ada buat perkhidmatan cuci rambut untuk wanita bertudung?"

"Ha? Tiada kak, cubalah cari di tempat lain" mukanya kehairanan, langsung tiada senyuman.

"Mmm..boleh kak jumpa dgn bos?"

"Kami xbuat disini kak" mukanya masam mencuka. Customer di salon turut memerhatikan aku.

"Kenapa?" Tanya seorang pekerja salon disitu.

"Ni kak ni mau cuci rambut tpi mau tempat bertutup!" 

"Oh, boleh2 sini kak" sambil melabuhkan tirai yang ada disitu.

"Adik ok ka?" Aku rasa x sedap hati tgk riak wajah adik tu..kemudian dia hanya mengganguk senyum terpaksa.

Dia mula mencuci, mulanya aku diam..beberapa minit kemudian aku cuba bermesra dengannya..bertanya itu ini.

"Kenapa kak mau bertutup? Kenapa tidak boleh nampak rambut??" Tiba2 soalan itu keluar dari mulutnya.

Aku tersenyum..patutlah masam saja wajahnya tadi rupanya ada benda yang dia belum mengerti.

"Rambut ni salah satu aurat kita dik, tak boleh sembarangan orang tengok..berdosa kita nanti."

"Jadi, kami ni macamna?? Berdosalah kami?? Siapa saja yang boleh tgk rambut kita?"

"Siapa yang adik tak boleh kahwin, mereka tu la yg boleh tgk..sapa yg boleh kita kahwini mmg kena tutuplah. Contohnya sepupu lelaki..adik boleh kahwin dengan dia, jadi dengan dia kena pakai tudung."

"Saya ni kak dri dlu mau bertudung tapi..."

"Tapi tak faham kenapa harus bertudung?"aku cuba meneka

"Iya kak..hmm.."

"Rambut kita ni aurat, aurat kita maruah kita dik. Sebab tu kita kena jaga supaya tidak mudah orang ambil kesempatan terhadap kita." 

"Tapi mcmna kak saya ni kerja salon susahla saya kalau mau bertudung.."

"Takpa dik pelan-pelan..tapi kita kena mula dulu inshaaAllah seterusnya Allah pasti tunjukkan jalan keluarnya."



"InshaaAllah kak, saya pun baru mau mula belajar solat"

"Kalau adik perlukan bantuan minta ajar apa-apa inshaaAllah kak boleh bantu..kawan-kawan kak pun ramai boleh beri tunjuk ajar"

"Yaka kak..Ok kak" 

Aku mula melihat senyuman di wajahnya, manis sekali. Alhamdulillah syukur.

Selama aku menjalani kehidupan di daerah sendiri, sudah ramai yang aku temui insan begini. 

Di luar nampak ranggi, sangat social, seksi dan kasar tapi bila didekati mashaaAllah di sudut hati mereka ternyata ada keinginan untuk berubah menjadi lebih baik namun mungkin tidak tahu harus mulai dari mana, dengan apa, bagaimana dan bersama siapa untuk berubah. Benarlah manusia ini dilahirkan bersama satu fitrah, iaitu fitrah sukakan kebaikan.

Pertemuan dengan insan-insan seperti ini banyak menyedarkan kita betapa berharganya hidayah yang Allah berikan pada kita. Sungguh hidayah ini perlu dijaga dengan baik kerana bila-bila masa hidayah itu bisa hilang dan mungkin tidak akan kembali. Betapa ruginya..Nauzubillah.

Tuesday, July 22, 2014

MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS!

MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS

Pada satu hari, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di sebuah rumah yang cukup damai di atas bukit. Sejuk. Nyaman. Ceria, begitulah jua hidup bayi ini dikelilingi.

Bertemankan taman menghijau, diselangi buah dan sayuran segar, anak tunggal ini membesar dengan layanan tertinggi.

RENUNGAN DI BALIK PAGAR KAYU

Setahun demi setahun, usia menjangkau dari bayi menjadi kanak-kanak. Anak ini sudah pandai berlari. Ada juga sesekali memanjat. Dia cukup teruja dengan pagar kayu rumah buatan ayahnya. Ada sesuatu yang istimewa di sana.

Setiap petang, di sinilah tempatnya dia menunggu, merenung kejauhan di balik pagar kayu itu. Kerana hairan dengan telatah anaknya ini, si ibu bertanya, "Anakku, apa yang menarik kau lihat ke sana?"

Anak perempuan ini mengunjuk tangannya nun ke hujung bukit sana.

Tersergam, sebuah rumah agam. Hijau dindingnya. Namun bersilau-silau bingkai tingkapnya, bagai bertatah emas. Si ibu pun seperti pertama kali melihatnya, terpesona dengan kecantikannya. Diusap-usap kepala anak comel ini, "Anakku, kelak kau dapat jua ke sana. Belum masanya lagi."

KEJUTAN DI ULANGTAHUN KELAHIRAN

Purnama berselang tahun. Kini anak cilik bertukar menjadi gadis manis. Hari ulangtahun usia remajanya itu, dihadiahkan sebuah basikal dari ayahnya. Betapa gembira hidup anak ini, saat ibunya menghulurkan basikal baru, "Manisku, sudah sampai saatnya kau meneroka cantiknya alam ini."

"Saya boleh ke rumah bingkai emas, ya?" Ibunya mengangguk, dan melompatlah dia segirangnya.

Dikayuhnya begitu laju, namun cermat turuni lurah dan anak jalan. Gadis ini tidak sabar melihat sendiri bingkai-bingkai emas yang diidamnya sentuh sendiri, sedari kecil lagi.

KEJUTAN DEMI KEJUTAN

Sesampainya di sana, dia terpaku dan gigil. Di depannya kini berlainan sekali. Rumah yang di depan matanya kini, jauh beza dari apa yang dia sangkakan. Rupa-rupanya, rumah ini amat buruk, menggelupas kulit dindingnya. Bingkai yang disangka emas ternyata hanya pantulan sinar matahari semata-mata.

Menitis airmatanya kerana kecewa. Menggeletar tubuhnya menahan sendu yang menekan. Lalu dia terduduk di tanah. Dan menoleh ke sisinya...

Kelihatan dari situ, sebuah rumah di atas bukit, cukup mengkagumkan. Dengan pantulan mentari senja, bersinar bingkai jendela keemasan. Baru dia perasan. Itulah rumahnya yang selama ini dia diami sepanjang hidupnya. Yang hidupnya jarang kecewa, sering digembirakan.

Tiada nikmat yang dapat dinafikan. Remuk hatinya telah terubat. Dia tidak sabar-sabar pulang ke rumah asalnya, bagai ingin hidup semula. Menjadi penghuni yang baru.

Wahai muslimat, gadis, ataupun perempuan. Begitulah seadanya dirimu yang diciptakan Tuhan. Saat dirimu sentiasa tercari-cari ikutan, kepingin jadi seorang yang cukup terhormatkan. Atau hiasan yang sering dikerumun perhatian.



Dikau sanggup menukar cara jalan. Mengikut trendi caramu berpakaian. Paling kasihan, cara pandangan dan fikiran. Hingga menjadi insan berlainan.

Sampai tak perasan, fitrahnya kau terbaik ciptaan Tuhan. Dikau sebenarnya lebih cantik luaran dalaman. Unik dan terkehadapan, dikau adalah sebaik-baik insan. Itulah dirimu. Cantik. Indah. Damai. Sejak dilahirkan.

Berterima kasihlah kepada Ar Rahman. Kembalilah ke mode fitrah. Renungilah semula jejak-jejak silam yang ditinggalkan. Bidadari jua kau diangkat di hujungnya oleh Tuhan.


Konvensyen Bidadari, mengajakmu ke sana.. School of Sahabah buat peneman pasanganmu. Di sini, kita tak pernah berjauhan. Ukhwah jadi ikatan, ilmu jadi hidangan. Adab. Cinta Rasul, Serikandi Allah sebagai modelmu.

Tuesday, July 1, 2014

VIDEO: Si Kecil 5 Tahun Hafaz 30 Juzuk, Juri Mencium Tangannya.

Bismillahirahmanirrahim...



Hafiz indonesia, sebuah rancangan islamik yang disiarkan di Indonesia sempena bulan ramadhan. Secara peribadi saya sedikit kagum dengan indonesia, dalam pada sinetron-sinetron yang disiarkan lebih banyak unsur-unsur tak berfaedah ada juga menyiarkan rancangan yang sebaik ini. MashaaAllah.

Frankly speaking, this video make me feel touched..melihat adik Musa pada saat menyatakan dia menghafal sudah 29 juzuk pada mulanya membuatkan orang lain tertawa, tapi setelah diuji dengan juri-juri termasuk penonton sendiri membuatkan semua yang menyaksikan dan mendengar hafalan adik musa sebak dan mengalirkan airmata. 

SubhanaAllah kanak-kanak asia yang pada saya, seumur itu majoriti masih dalam suasana bermain dan begitu jarang untuk kita temui. Lainlah kanak-kanak sebelah timur tengah memang tak hairanlah masih kecil dah jadi imam. 

Sahabat-sahabat bloggers, you must see this video. InshaaAllah ada manfaatnya. Ni link video