Sudah 23 tahun aku hidup sampai sekarang, baru aku sedar dari mimpi indah! Hahaha just kidding..aku baru sedar yang rupanya aku ini paling PANTANG bila aku kena tuduh melulu, korang faham kan maksud melulu? Ha ini fahaman aku macamna perasaan orang yang dituduh melulu ini ibaratnya seperti kita ni dah lama tak makan kek cokelat, then hari tu dapatla kiranya kita kek coklat ni pastu tetiba ada orang yang masuk rumah tak beri salam kemudian tiba-tiba ambik kek cokelat tu buang ke dalam tong sampah!!! Melenting tak melenting kita masa tu? Hilang selera, hilang perasaan dan boleh sampai tahap hilang kewarasan (eh, klu blh jgnlah sampai tahap macamni plak!:p) ha...macam tulah perasaan aku sekarang ni.
Sebab tu sekarang aku tengah pasang music instrumental sambil melemparkan perasaan aku ni ke lautan maya ni, kalau tidak kejap lagi makin mengelegakl sampai ke otak perasaan aku ni. Tapi kan sebenarnya aku tak salahkan pun orang tu, maksud dia tu kan sebenarnya lain cuma mungkin dia yang bercakap ni pun tengah emosi, jadi ada segelintir ayat dia tu tergelincir menyebabkan aku terasa macam dihempap batu besaq! Ha engkau, perumpamaan aku sampai gitu, dahla aku tengah lapaq ni. Effectnya, dia plak yang aku sembur dengan batu berapi. #_#
Patutlah kan Rasulullah ada pesan " Orang yang paling kuat adalah orang yang mampu menahan marahnya"
Hanya segelintir orang yang mampu buat ni, apalagi kes macam aku ni. Kena Tuduh. Eh, bukan sebenarnya aku TERASA dituduh dan dipersalahkan dalam hal ini. Begitulah maksud orang itu, dia bukan nak tuduh cuma mahukan kepastian. Mesti susah korang nak mencerna apa yang aku sampaikan kan? Sebab aku tak bagitau cerita yang terjadi sejelas-jelasnya. Bukan hal itu pun yang aku nak bagitau kat sini, cuma aku nak habaq yang kita ni kan jangan mudah dan pantas melata bila dengaq satu-satu berita. Jangan mudah sangat nak tuduh orang, jagalah sikit kata-kata kita tu jangan sampai orang terasa dia dipersalahkan dan terasa dituduh benda yang dia tak buat.
Macamna nak buat? Caranya, tanya dulu baik-baik..habaq dulu apa yang terjadi. So, tidak akan ada pula perselisihan timbul. Kalau tak buat macam ni, masalah lain nak diselesaikan masalah lain pula yang timbul. Kan? Korang buat-buat faham sajalah kalau tak faham ek. Xoxoxo.
Oh lupa plak nak habaq, at last kami bermaaf-maafan juga. Alhamdulillah. :D. And ni benda buat aku lupa sikit hal ni tadaaaaaaa...pic studio konvo da sampai!!!
(Senyuman aku tak jadi, patutnya senyum lebaq kerana ditemani dua 'bodyguards hensem" di belakang. Haha, ayat mengombal! Tapi aku paling sepet! #_# )
2 comments:
Salam alaik..UUM ke?Alahai...kita sebumbung rupanya..cuma ana daftar tahun 2008 & konvo tahun 2012..
nak kongso gambar konvo jugak lah :)
http://setanggi-permata.blogspot.com/2012/10/002-konvokesyen-tertutup-itu-indah.html
Salam ukhwah fillah..:)
Owh ya..salam perkenalan..congratulation. ^^
Post a Comment