..Ahlan Wa Sahlan..

Wednesday, January 29, 2014

Burning!

Bismillahirahmanirrahim...

Pegawai : Bos saya kata, Blacklist saja restoran kamu ni.

Terkejut saya dengan mak cik, terkedu, jantung terasa berhenti sebentar.

Saya : tidak apalah encik, dimana-mana pun inshaaAllah ada rezeki.

Pegawai tu memandang saya dan mak cik, 

Kalau ikut prosedur, kiranya payment kami tu kira BURN sebab lambat hantar invois.Tapi bila sudah tertulis rezeki itu untuk kita, tiada siapa yang mampu menghalangnya.

Pegawai : bawah kami ni ada banyak bahagian, memandangkan ni soal makanan, dah jadi darah daging anggota kami jadi saya akan usahakn untuk bayar.

Aku dah mula sebak, aku tak boleh orang baik sangat ni. Kenapa aku kata baik? Aku faham disebalik kata-kata pegawai ni dia tidak mahu kami putus asa, walaupun dah diblacklist di bahagian tu, boleh cuba lagi di bahagian lain. Tambahan lagi, banyak pulak dia ajar benda-benda penting bila berurusan dengan kewangan kerajaan.

Hampir seharian juga kami berada di situ, bab menunggu tu jangan cakaplah. Lain juga arahan pegawai tu untuk urus itu ini. Tapi mashaaAllah semuanya dipermudahkan oleh Allah swt, orang yang sepatutnya kami kena cari kebetulan ada di situ dan dapat pula offer untuk buat catering lagi di masa akan datang. Alhamdulillah, all praise to Allah swt.

Penatnya buat catering tu selama sebulan, jangan cakaplah. Tiba-tiba tidak dapat bayaran, tidak huru-hara rasanya. Dalam perniagaan ni soal kejujuran sangat penting, asal kita tak buat benda yang tak elok, inshaaAllah Allah pasti bukakan pintu Rezeki.

Yakin itu.

"Lalat makanan Cicak. Lalat bisa terbang, Cicak tak punya sayap untuk terbang tetap saja bisa makan. Kerana setiap makhluk pasti ada rezekinya"

Yang penting Usaha. Jangan Malas.

No comments: