BismiLahirrahmanirrahim...
Pepatah arab ada mengatakan: “Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang.” Namun kini, jari-jari kita ini juga lebih tajam daripada mata pedang. Fitnah boleh tersebar hanya dalam sekelip mata.
Manusia bergaduh hanya kerana jari kita ini gatal suka menaip dan menghina orang lain. Jika dahulu manusia mengumpat menggunakan mulut tetapi kini manusia mengumpat hanya dengan menggunakan jari.
Berhati-hatilah didalam apa yang kita hendak taip, mahu di keyboard ataupun keypad. Di akhirat kelak, jari-jari ini akan menjadi saksi buat kalian. Sama ada baik ataupun buruk. Semuanya akan dihisab oleh Allah SWT. Tahanlah dan angkatlah jari-jari kalian daripada menaip atau menulis sesuatu yang boleh menyakiti kepada hati orang lain.
Orang yang kita sakiti dan zalimi didunia, diakhirat kelak mereka akan menuntut kepada kita. Sehinggakan ada yang menjadi miskin oleh kerana pahalanya semua sudah diambil oleh orang-orang yang dia sakiti dan zalimi. Wa'iyazubillah min zalik... Semoga kita semua dapat menjaga dan menahan jari-jari kita ini dari mentohmah, mengeji, menfitnah, mengutuk, menghina, mengumpat, saudara seislam kita yang lain. Jangan sampai teknologi yang sofitikated ini yang menjadikan kita seperti "Pembunuh" alam maya tanpa sedar.
Wallahu'alam...
Perkongsian dari sahabat. :)
No comments:
Post a Comment