..Ahlan Wa Sahlan..

Friday, May 9, 2014

The Sweetest Marriage ever..

Bismillahirahmanirrahim,..

Sudah lama tidak menulis di sini, rindu rasanya. Idea nak menulis pun dah semacam berkarat. Hehe..owh ya, kali ni saya ingun kongsikan sebuah bingkisan yang saya dapat dari wassup tentang baitul muslim..cieeeeeee...lepas baca ni tersedak juga rasa moga ia memberi manfaat pada kita. InshaaAllah..


Baitul Muslim VS Baitul Haraki
"Abang Hakim, Baitul Muslim impian saya ialah saya dan isteri mampu bangun bersama qiamulaill dan kami saling tadarus quran bersama-sama" kata seorang peserta.

"Ana pula mahukan baitul muslim yang mana suami ana bersedia kemas rumah sama-sama, masak sama-sama dan makan setalam sama-sama" jawab seorang akhawat malu-malu.

"Ana nak bawa isteri ana pergi program jemaah. Itulah baitul muslim impian ana" jawab seorang lagi.

Ana tersenyum mendengar jawapan mereka. Sesi baitul muslim tengahari hari itu sungguh segar dan menyenangkan. Semua peserta bersungguh memberi jawapan apabila ditanyakan baitul muslim bagaimana yang mereka impikan. Semenjak berkahwin, sudah banyak jemputan seperti ini dipenuhi.

Mata dilirik melihat zaujah tercinta yang duduk bersimpuh disebelah. Terasa kembali bersemangat untuk meneruskan sesi walaupun demam teruk , batuk dan selsema sejak beberapa hari. Dalam batuk kecil, ana memberikan jawapan.

"Jawapan antum itu benar.. cuma kurang tepat"

Para peserta yang sejak tadi tersenyum senyum terus berwajah serius. Diam memikirkan apa jawapan yang paling tepat.

"Cuba lihat maratibul amal. Selepas Fardu muslim datangnya Baitul Muslim. Dan apakah tahapan selepas Baitul Muslim" ana menyoal secara retorik untuk melihat reaksi para peserta.

"Mujtama' muslim" jawab mereka spontan dan serentak.

"Ya. Benar, Masyarakat Muslim. Dan bagaimanakah dengan aktiviti Baitul Muslim Impian anda seperti bangun sekali , makan sekali, berkebun sekali itu dapat merealisasikan matlamat membina sebuah masyarakat Islam yang Faham Islam dan seterusnya mengundi sebuah Negara yang bertunjangkan pemimpin yang faham Islam.

Para peserta semakin diam. Kelihatan masing-masing mula berfikir secara mendalam. Memang sengaja ana biarkan suasana awal pengisian tadi dalam keadaan ceria agar banyak lontaran idea dikeluarkan apatah lagi dalam topik yang menarik seperti baitul muslim ini.

"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebena
rnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca quran bersama-sama... namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?" panjang lebar ana bersyarah.

"Jadi, apa sebenarnya yang dikatakan baitul muslim impian itu? Boleh ustaz berikan contoh baitul muslim impian ustaz?" soal seorang peserta penuh minat.

Ana tersenyum mendengar soalan tersebut. Terkenang detik-detik liqa taaruf ana yang pertama dengan zaujah sebelum berkahwin di Masjid Salahuddin Al Ayubi , Gombak. Kini ana akan menyebutkan semula perkara yang telah ana katakan kepada zaujah ana pada waktu itu kepada hadirin... Baitul Muslim impian ana....

"Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional , negeri dan kawasan... bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru Al Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik Al Quran. Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka." panjang lebar ana terangkan.


Kelihatan wajah para peserta bertukar menjadi cerah dan ceria. Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda faham apa yang ana sampaikan.

"Kalau begitu ana nak buat berzanji di rumah ana setiap minggu " sahut seorang peserta.

"Ana pulak nak buat kelas kemahiran komputer untuk remaja" jawab seorang lagi.

Ana tersenyum puas mendengar jawapan mereka.

"Ana pulak nak buat kelas memasak di rumah dan ajak semua jiran-jiran hadir " jawab seorang muslimat di hujung.

"Ish, nti ni.. asyik fikir makan aje!" usik rakannya di sebelah.

Ketawa kami berderai mengisi ruang tamu. Suasana sungguh ceria.

Alhamdulillah.. mereka sudah faham apa yang ana sampaikan. Sesungguhnya baitul muslim impian kita semua adalah sebuah rumah tangga yang PEDULI jiran tetangga, PEDULI soal masyarakat, PEDULI urusan masjid , PEDULI pembanggunan setempat dan PEDULI fikrah sekeliling. 



Ayuh upgrade baitul muslim itu menjadi baitul dakwah ! :)

BAITUL MUSLIM ----> BAITUL DAKWAH + BAITUL HARAKAH
Bagaimana dengan kematangan kita memandang baitulmuslim ini?😓😓😓

# inilah kemanisan sebenar sebuah perkahwinan..bukan hanya untuk diri sendiri dengan pasangan namun juga untuk orang lain..untuk ummah. Moga andai ada jodoh di dunia moga perkahwinan kita dapat memberi sesuatu pada ummah..Amin..:)

No comments: