بسم لله الرحمن الرحيم
Dulu-dulu sedih kita, gembira kita, rasa kita, siapa diri kita, semua kita catat dekat diari.
Diari tu siap ada 'lock' lagi. Memang tak mahu siapa-siapa baca apalagi mengenali.
Rahsia tertutup,
tersimpan rapi.
Sekarang diari itu sudah tidak berkunci.
Malah dibiar terbuka dan terpampang luas menjadi tatapan manusiawi.
Siapa kita sudah dikenali.
Rahsia tiada lagi.
Malah keburukan diri dijaja tanpa rasa malu dalam diri.
Andai kau benar berfikir dan memahami,
Betapa DAHSYATNYA permainan duniawi.
Dalam sunyi ayuh muhasabah diri.
Nukilan #strive4truelove
No comments:
Post a Comment