..Ahlan Wa Sahlan..
Sunday, February 21, 2016
Ikhtilat
Wednesday, January 13, 2016
5 jenis Ubat Hati
DUA benda yang berada dalam hati Rasulullah ﷺ
Tuesday, August 11, 2015
Dalam diam aku meminatimu..
Wednesday, July 29, 2015
Dear Diary..
Monday, July 27, 2015
Bidadari Syurga Vs Wanita Dunia, siapa lebih CANTIK?
Monday, March 23, 2015
Kisah Hassan al Basri dengan seorang Pemuda
Sunday, March 8, 2015
Jatuh cinta atau bangun cinta?
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Monday, March 2, 2015
Siapa dia idola kamu??
Tuesday, February 24, 2015
Tidur lepas subuh edisi SENTAP!
Bismillahirahmanirrahim...
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.
Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat.
Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati hati. Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yg baik. Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
"ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"
Dia menjawab,
"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
Ohhh, "jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?
Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati "ada byk mazhab ke dia ni?".
Aku ckp dekat dia, "dua dua mazhab lah ustz".
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"
Aku senyap.
"kenapa ustaz?"
dia menjawab, orang yang mcm ni SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah!. Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur.
Umpama mcm kalau kau seorang yg jutawan, bawa duit yg berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi ape yg dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong plak tu".
Aku tersentak.
Dia berkata lagi "org yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar. Orang mcmni lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya org ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".
Allahuakbar. Bila duduk dengan org yg setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ni. Jauh beza nak banding amalan kita yg tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa. Allahhh... kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi "orang yg riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yg sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis!?
Allahuakbar, Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi "ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sbb tak cukup tidur malam tadi sbb main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"...
"Allah dah kata dlm Al quran siang aku jadikan utk kau bekerja, malam utk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sbb itulah hidup kau tunggang langgang. Kau siapa? Nak ubah sunnatullah! ?"
Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yg takut dengan Allah. Orang yg dekat dengan Allah. Hidup mmg kena pandu Al quran dan hadis. Tapi, carilah orang yg boleh memperjelaskan lagi ape yg ada dlm al quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari org itu org ini dan memproses dengan kepala sendiri.
Ada org bawa Al quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Idris al Marbawi pun ada menukilkan dlm bahrul madzi, dia mengatakan siapa yg melakukan sesuatu yg sia sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram. Jangan memandang haram itu seperti biasa. Umpamakanlah malam yg haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir. Seperti engkau meminum arak. Barulah rasa haramnya itu.
Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tgok kesalahan. Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari
orang yg soleh, ulama', auliya', Ahlullah. Baru kita tau perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya byk mendatangkan murka Allah.
Kita sendiri tau antara org yg Allah tak berckp dgn mereka di akhirat adalah org yg miskin tapi sombong tak bersyukur. Kita ni miskin, miskin amalan. Janganlah kita sombong depan Allah.
Nabi dah kata:
احفظ الله،يحفظك
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah. Takutlah Allah. Jagalah adab dengan Allah. Jadilah org yg tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia.
Semoga dgn Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai org lain. Prihatin antara satu sama lain. Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yg kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain. Sebab itulah punca hati ini su'zon. Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakkn dari dzon itu adalah sangka buruk.
Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu. Nampak tak disitu betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain. Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sbb itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan org lain.
Sedikit perkongsian.
Semoga boleh menjadi resepi utk tidak tidur lepas subuh.
-Unknown-
Air mata pemberi ketenangan
Monday, February 23, 2015
Sahabat, Tolong Cari Aku di Neraka!
Sunday, February 22, 2015
Forgiveness...
Bismillahirahmanirrahim...
Renungkan dosamu hari ini.
Pejamkan matamu.
Beristighfarlah..
Sahabat..
Saat membuka mata di pagi hari, apakah sudah mengucap syukur?
Saat jantungmu berdetak, apakah sudah mengucap syukur?
Saat nafasmu berhembus, apakah sudah mengucap syukur?
Saat kakimu melangkah, apakah sudah mengucap syukur?
Apakah titipanNya sudah kau gunakan dengan baik?
Renungkan, apakah perilakumu sekarang sudah lebih baik dari semalam? Apakah amalanmu hari ini sudah lebih baik dari semalam?
Apakah kita termasuk orang yg beruntung? Atau merugi? Atau malah terlaknat?
"Siapa yang hari ini sama seperti semalam maka dia orang yang rugi. Siapa hari ini lebih baik dari hari semalam maka dia orang yang beruntung. Maka siapa hari ini lebih buruk dari semalam maka dia orang yang terlaknat"
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS. Al Hashr: 18)
Jom perbaiki peribadimu hari ini, jadikan hari ini lebih baik dr kemarin. Jadikan esok lebih baik dari hari ini. Tebarkan kebaikan di muka bumi. ^^
Cp
Friday, February 20, 2015
"Cantik di hadapan manusia atau Allah?
Bismillahirahmanirrahim....
Banyak wanita yang ingin tampil cantik.
Mereka mati matian ingin tampil sempurna di hadapan manusia.
Mereka inginkan pujian.
Mereka inginkan popular
Mereka inginkan perhatian.
Sahabat..
Mereka lupa..
Mereka lalai.
Mereka terlena akan kemewahan dunia.
Mereka disibukkan menyempurnakan penampilannya, sampai mereka lalai untuk menyempurnakan imannya.
Lalai untuk memperbaiki diri.
Lalai untuk mengingat namaNya.
Sahabat..
Kita berusaha untuk tampil sempurna di hadapan manusia, namun pernahkah kita juga berusaha tampil sempurna di hadapan Allah?
Pernahkah kita berusaha meraih cintaNya?
Sahabat... Jangan terlalu mengejar cinta manusia.
Kecintaan abadi hanya pada Allah.
Saat nafas kita terhenti.
Saat jasad kita tertimbun tanah.
Tak ada lagi kecantikan yang dapat kita banggakan.
Cantik rupa hanya sementara.
Ingatlah yang dapat menerangi kita dalam kegelapan tanah hanya amal shalih kita. .
Ukhti shalihah..
Jangan kau gadaikan dirimu demi dunia yang fana.
Kecantikan wajahmu bukan untuk tontonan publik, bukan untuk dinikmati mereka yang bukan mahram mu.
Ingatlah bahwa sesuatu yang kita lakukan didunia akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.
Dan ingatlah selalu bahwa kau wanita shalihah adalah perhiasan dunia.
.
Untuk apa mencari perhatian manusia sedangkan kita senantiasa dalam perhatian Allah..
Oleh: @febryanarinda & @duniajilbab
Wednesday, November 5, 2014
Keberkatan waktu..
Thursday, September 4, 2014
Hijab. Mulalah selebihnya Allah akan menguatkan!
"Dik, ada buat perkhidmatan cuci rambut untuk wanita bertudung?"
"Ha? Tiada kak, cubalah cari di tempat lain" mukanya kehairanan, langsung tiada senyuman.
"Mmm..boleh kak jumpa dgn bos?"
"Kami xbuat disini kak" mukanya masam mencuka. Customer di salon turut memerhatikan aku.
"Kenapa?" Tanya seorang pekerja salon disitu.
"Ni kak ni mau cuci rambut tpi mau tempat bertutup!"
"Oh, boleh2 sini kak" sambil melabuhkan tirai yang ada disitu.
"Adik ok ka?" Aku rasa x sedap hati tgk riak wajah adik tu..kemudian dia hanya mengganguk senyum terpaksa.
Dia mula mencuci, mulanya aku diam..beberapa minit kemudian aku cuba bermesra dengannya..bertanya itu ini.
"Kenapa kak mau bertutup? Kenapa tidak boleh nampak rambut??" Tiba2 soalan itu keluar dari mulutnya.
Aku tersenyum..patutlah masam saja wajahnya tadi rupanya ada benda yang dia belum mengerti.
"Rambut ni salah satu aurat kita dik, tak boleh sembarangan orang tengok..berdosa kita nanti."
"Jadi, kami ni macamna?? Berdosalah kami?? Siapa saja yang boleh tgk rambut kita?"
"Siapa yang adik tak boleh kahwin, mereka tu la yg boleh tgk..sapa yg boleh kita kahwini mmg kena tutuplah. Contohnya sepupu lelaki..adik boleh kahwin dengan dia, jadi dengan dia kena pakai tudung."
"Saya ni kak dri dlu mau bertudung tapi..."
"Tapi tak faham kenapa harus bertudung?"aku cuba meneka
"Iya kak..hmm.."
"Rambut kita ni aurat, aurat kita maruah kita dik. Sebab tu kita kena jaga supaya tidak mudah orang ambil kesempatan terhadap kita."
"Tapi mcmna kak saya ni kerja salon susahla saya kalau mau bertudung.."
"Takpa dik pelan-pelan..tapi kita kena mula dulu inshaaAllah seterusnya Allah pasti tunjukkan jalan keluarnya."
"InshaaAllah kak, saya pun baru mau mula belajar solat"
"Kalau adik perlukan bantuan minta ajar apa-apa inshaaAllah kak boleh bantu..kawan-kawan kak pun ramai boleh beri tunjuk ajar"
"Yaka kak..Ok kak"
Aku mula melihat senyuman di wajahnya, manis sekali. Alhamdulillah syukur.
Selama aku menjalani kehidupan di daerah sendiri, sudah ramai yang aku temui insan begini.
Di luar nampak ranggi, sangat social, seksi dan kasar tapi bila didekati mashaaAllah di sudut hati mereka ternyata ada keinginan untuk berubah menjadi lebih baik namun mungkin tidak tahu harus mulai dari mana, dengan apa, bagaimana dan bersama siapa untuk berubah. Benarlah manusia ini dilahirkan bersama satu fitrah, iaitu fitrah sukakan kebaikan.
Pertemuan dengan insan-insan seperti ini banyak menyedarkan kita betapa berharganya hidayah yang Allah berikan pada kita. Sungguh hidayah ini perlu dijaga dengan baik kerana bila-bila masa hidayah itu bisa hilang dan mungkin tidak akan kembali. Betapa ruginya..Nauzubillah.
Tuesday, July 22, 2014
MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS!
MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS
Pada satu hari, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di sebuah rumah yang cukup damai di atas bukit. Sejuk. Nyaman. Ceria, begitulah jua hidup bayi ini dikelilingi.
Bertemankan taman menghijau, diselangi buah dan sayuran segar, anak tunggal ini membesar dengan layanan tertinggi.
RENUNGAN DI BALIK PAGAR KAYU
Setahun demi setahun, usia menjangkau dari bayi menjadi kanak-kanak. Anak ini sudah pandai berlari. Ada juga sesekali memanjat. Dia cukup teruja dengan pagar kayu rumah buatan ayahnya. Ada sesuatu yang istimewa di sana.
Setiap petang, di sinilah tempatnya dia menunggu, merenung kejauhan di balik pagar kayu itu. Kerana hairan dengan telatah anaknya ini, si ibu bertanya, "Anakku, apa yang menarik kau lihat ke sana?"
Anak perempuan ini mengunjuk tangannya nun ke hujung bukit sana.
Tersergam, sebuah rumah agam. Hijau dindingnya. Namun bersilau-silau bingkai tingkapnya, bagai bertatah emas. Si ibu pun seperti pertama kali melihatnya, terpesona dengan kecantikannya. Diusap-usap kepala anak comel ini, "Anakku, kelak kau dapat jua ke sana. Belum masanya lagi."
KEJUTAN DI ULANGTAHUN KELAHIRAN
Purnama berselang tahun. Kini anak cilik bertukar menjadi gadis manis. Hari ulangtahun usia remajanya itu, dihadiahkan sebuah basikal dari ayahnya. Betapa gembira hidup anak ini, saat ibunya menghulurkan basikal baru, "Manisku, sudah sampai saatnya kau meneroka cantiknya alam ini."
"Saya boleh ke rumah bingkai emas, ya?" Ibunya mengangguk, dan melompatlah dia segirangnya.
Dikayuhnya begitu laju, namun cermat turuni lurah dan anak jalan. Gadis ini tidak sabar melihat sendiri bingkai-bingkai emas yang diidamnya sentuh sendiri, sedari kecil lagi.
KEJUTAN DEMI KEJUTAN
Sesampainya di sana, dia terpaku dan gigil. Di depannya kini berlainan sekali. Rumah yang di depan matanya kini, jauh beza dari apa yang dia sangkakan. Rupa-rupanya, rumah ini amat buruk, menggelupas kulit dindingnya. Bingkai yang disangka emas ternyata hanya pantulan sinar matahari semata-mata.
Menitis airmatanya kerana kecewa. Menggeletar tubuhnya menahan sendu yang menekan. Lalu dia terduduk di tanah. Dan menoleh ke sisinya...
Kelihatan dari situ, sebuah rumah di atas bukit, cukup mengkagumkan. Dengan pantulan mentari senja, bersinar bingkai jendela keemasan. Baru dia perasan. Itulah rumahnya yang selama ini dia diami sepanjang hidupnya. Yang hidupnya jarang kecewa, sering digembirakan.
Tiada nikmat yang dapat dinafikan. Remuk hatinya telah terubat. Dia tidak sabar-sabar pulang ke rumah asalnya, bagai ingin hidup semula. Menjadi penghuni yang baru.
Wahai muslimat, gadis, ataupun perempuan. Begitulah seadanya dirimu yang diciptakan Tuhan. Saat dirimu sentiasa tercari-cari ikutan, kepingin jadi seorang yang cukup terhormatkan. Atau hiasan yang sering dikerumun perhatian.
Dikau sanggup menukar cara jalan. Mengikut trendi caramu berpakaian. Paling kasihan, cara pandangan dan fikiran. Hingga menjadi insan berlainan.
Sampai tak perasan, fitrahnya kau terbaik ciptaan Tuhan. Dikau sebenarnya lebih cantik luaran dalaman. Unik dan terkehadapan, dikau adalah sebaik-baik insan. Itulah dirimu. Cantik. Indah. Damai. Sejak dilahirkan.
Berterima kasihlah kepada Ar Rahman. Kembalilah ke mode fitrah. Renungilah semula jejak-jejak silam yang ditinggalkan. Bidadari jua kau diangkat di hujungnya oleh Tuhan.
Konvensyen Bidadari, mengajakmu ke sana.. School of Sahabah buat peneman pasanganmu. Di sini, kita tak pernah berjauhan. Ukhwah jadi ikatan, ilmu jadi hidangan. Adab. Cinta Rasul, Serikandi Allah sebagai modelmu.



















