..Ahlan Wa Sahlan..

Sunday, January 10, 2010

TeRhUKuM oLeH kEtAMaKaN SeNdIrI


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household 
(Ahlul Bayt)
   




              Seorang menteri yang tamak dan kaki rasuah selalu sahaj menyusahkan urusan pemerintah sultan yang adil.namun,untuk menghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat ,sama ada di kalangan sesama menteri mahupun dengan angkatan tentera .


             Sultan yang adil dan baik hati telah berkali-kali untuk mengenakan tindakan terhadap menteri itu Anehnya baginda tetap sabar sehingga tiba satu hari baginda bertitah kepada menteri tersebut.

"Hari ini kamu akan mendapat kurniaan BESAR dari beta."


"Kurniaan apa tuanku ? patik sedia menerimannya." sahut menteri itu dengan gembiranya.


"beta ingin mengurniakan kamu TANAH!" titah sultan


"Terima kasih tuanku.Boleh hamba tahu seluas mana ,tuanku?" tanya menteri itu tidak sabar


"Begini.selepass Subuh ,kamu berjalanlah dari pintu istana ini sejauh mana kamu yang kamu terdaya.Dan pulang semula sebelum Zohor"  


"Maksud tuanku?"


"Sejauh mana kamu berjalan dan ulang ke istana , maka seluas itulah tanah yang akan beta kurniakan kepada kamu"

Betapa gembiranya menteri yang tamak itu. Namun ,para pegawai yang lain mencemik.Mengapa sultan masih bermurah hati padanya??


     Esok pagi selepas Subuh ,dia pun memulakan perjalanan ke satu arah .jauh dan semakin JAUH.


Hampir waktu Zuhur,para menteri dan pegawai istana dan sultan menuggu ketibaan menteri yang tamak itu untuk mengetahui seluas mana tanah yang bakal dianugerahkan .Namun,Si menteri tidak juga kunjung tiba.Masuk solat Zuhur ,dan selepas mereka solat berjemaah menteri yang ditunggu tidak juga kunjung tiba.


   Tiba-tiba seorang pengawal datang membawa berita ,"Tuanku,menteri telah jatuh PENGSAN dalam perjalanannya.."

"Perjalanannya pulang atau menjauh dari sini?"tanya sultan. 


"Dalam perjalannya menjauh dari sini .." jawab pengawal.

HA..!!! serentak bunyi suara kehairanan bergema di seluruh istana.Jelaslah sifat tamaknya itu mendorongnya pergi jauh dan semakin jauh dan tidak TERFIKIR untuk pulang,hingga akhirnya jatuh pengsan kerana keletihan!!






   



baby ni pun terkejut dengan ketamakan menteri tu!! huhu




Baginda tersenyum.Dia telah pun berjaya menghukum menteri yang TAMAK itu :)




PENGAJARAN:Orang yang tamak tidak akan cukup dengan yang sedikit dan tidak akan puas hati dengan yang banyak .Tidak menunggu orang lain untuk "menghukum " orang yang tamak itu sendiri akan menghukum dirinya.

~semoga menjadi peringatan buat kita semua~

No comments: