..Ahlan Wa Sahlan..

Friday, April 22, 2011

..CaTaTaN HaTi:Bersama SahaBat..


CATATAN HATI

21.4.2011

Bismillahirahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah swt  yang masih memberikan nikamt iman dan islam kepada diri ini dan selawat  dan salam ke atas junjungan Rasul Allah SAW , insan yang sangat dirindui..
“Assalamualaikum, pukul 3.30 ptg mai sini ya.” Mesej itu ku hantar pada seorang sahabat
“ok” dibalasnya dengan ringkas.
Sambil mendengar alunan nasyid kegemaran dari laptop,barang-barang yang perlu dibawa dan yang telah ‘packing’ ku periksa semula takut-takut ada yang tertinggal, sejak kecil ayah sering mengingatkan bila nak berjalan jauh periksa barang baik-baik jangan samapi ada yang tertinggal..Checklist yang telah aku sedia sebelum itu , ku teliti semula..semua ada..tapi..rasanya macam ada yang kurang..dompet kesayangan dibuka..
“mana ic aku?”
Istighfar dan selawat mula meniti dibibir..
 recall semula dimana aku letak ic aku tu..
persoalan pertama yang timbul..
macamana aku nak pass masa check-in nanti kalau tiada kad pengenalan??
Terdengar ketukan dari pintu bilikku..
Lina sahabat seperjuanganku datang cuba membantuku mencari kad pengenalan itu..
TIADA..tapi kenapa hati aku seakan tenang..tidak rungsing seperti sebelum-sebelum ni ketika kehilangan sesuatu..
Kerana Aku percaya ada hikmah Allah mentakdirkan kenapa ia berlaku..
Ti dan balqis , dan sahabat Ti pun sampai kat depan bilik..merekala yang akan hantar aku ke airport hari ni..
Aku cuba mencari ic itu ke bilik tutorial yang aku rasakan tercicir disitu tapi tiada..
Akhirnya,kami menuju ke pejabat unit keselamatan untuk buat report .


Ujian dalam perjalanan


Kereta kancil yang dipandu oleh Ti meluncur laju meninggalkan kampus..
Tiba-tiba di tengah perjalanan kereta kancil kehausan ..MINYAK HABIS DAAA…
Maka tersadailah kereta kami itu di tepi jalan dan diikuti dengan deraian ketawa kami dan senyuman pada ujian yang menimpa..
Dua orang sahabatku Cahaya dan Ummu dengan gagahnya menaiki motor dengan membawa sebotol minyak  datang untuk memberikan bantuan..kecomelan mereka terserlah disitu setelah beberapa jam kami tersadai dibawah terik matahari..hihihi..
TERHARU RASANYA dengan kemurahan hati sahabat-sahabatku dalam menghulurkan bantuan..MACAM NAK NANGIS PUN ADA..tidak dapat digambarkan perasaan yang mewarnai hati ini..tatkala menyedari PERTOLONGAN ALLAH SWT itu sangat dekat pada hambanya yang sabar dan redha dengan ketentuanNYA.




Tiba di airport

Lebih kurang pukul 7.40petang ,kami pun sampai di Airport Sultan Abdul Halim,Kepala batas Alor Setar.
Aku pun melajukan langkah menuju kiosk untuk dapatkan boarding pass sambil menunggu kaunter dibuka..
“Cik,kad pengenalan saya hilang tapi saya ada salinan dan kad pelajar saya bolehkah saya teruskan penerbangan?
“sila berikan boarding pass”
“ok, bole”
“Terima kasih,cik”kalimah tahmid meluncur  keluar ..syukur ke hadrat ilahi kerana mempermudahkan urusanku.
Aku bersalam-salaman dengan sahabat-sahabatku setelah mengambil beberapa foto kenangan bersama sebelum masuk ke dalam balai pelepasan..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Ibnu Majah
)


indahnya ciptaan Allah swt

Aku terlelap sekejap semasa berada dalam kapal..alhamdulillah orang yang duduk sebelah aku adalah budak perempuan juga ..senang hati rasanya..kedudukanku betul2 tepi tingkap..jadi dapatlah aku menikmati pemandangan pada waktu malam dari atas kapal..
SubhanaAllah..tidak terkata keindahan ciptaan Allah swt..lampu-lampu yang menghiasi malam bangunan-bangunan konkrit dan jalanraya ciptaan manusia menambahkan lagi keindahan yang aku rasai malam ini..

Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; Surah Ali-Imran ayat 190.


Melihat keadaan bangunan-bangunan itu dari atas ia kelihatan seperti kotak-kotak mainan macam pelan bangunan yang arkitek buat sebelum membina sebuah bangunan..terasa kecilnya manusia dan segala makhluk yang ada diatas permukaan bumi ini..siapa aku dipandangannya dalam kalangan makhlukya yang tidak terkira ini?..

Bermain di otakku.bagaimana Allah swt boleh mengatur dan memerhati setiap makhluknya yang ada di dalam dunia ini?

Keperluan kita setiap hari dan macam-macam lagi..Allahuakbar..tak tercapai dek akal betapa besarnya kekuasaanMU..

Pengumuman dari ketua pramugari menghentikan keasyikanku menghayati keindahan malam itu..
Sambil menunggu penerbangan seterusnya esok pagi pukul 7.10pg aku pun mulalah melayari internet dan melakar catatan hati ini.

Semoga Allah memberi perlindungan pada diriku sepanjang berada disini sendirian dari fitnah dan pandangan mata-mata yang liar.amin.


tidak sabar mau makan nasi minyak mak cik kat rumah..huhu..

Sekian,






Saturday, April 9, 2011

..nota HATI buat si kacak dan si cantik..

Nota hati buat si kacak dan si cantik
Saya kira, apabila disebuat saja tentang pramugari, pasti kita terbayang bahawa dia ialah seorang wanita yang cantik. Saya juga tidak menafikan bahawa mereka memang cantik. Jika tidak, mengapa setiap kali mereka melintas dari sky park, tidak kiralah samada pramugari fire fly dengan skirt jingga mereka, atau pramugari MAS, dengan kain terbelah mereka, pasti rakan-rakan saya akan kecoh. Berkemut-kemut mereka, berbisik sesama sendiri.

Bahkan, jika saya pulang ke kampung juga, seorang pakcik yang mesra dipanggil 'wak' sering menyakat saya apabila kami duduk berlaga lutut, di saf pertama. "Bal, bila nak bawak balik pramugari?" Ah, dia memang ramah. Kerana senyumnya sahaja, saya sudah rasa bahagia.

Dan wajarlah para pramugari sinonim dengan cantik dan aggun kerana melihatkan belanja bulanan mereka pada alat mekap dan set kecantikan sahaja sudah beribu-ribu ringgit.

Dan disana timbul persoalan. Adakah islam sebuah agama yang hanya menuntut agar penganutnya mencantikkan fizikal semata-mata?

Tidak! Pasti jawapannya tidak.

Dan demikian juga yang diajukan kepada saya, iaitu tentang nasib lelaki dan wanita yang tidak cantik. Pada pendapat saya, kerisauan yang ditunjukkan oleh yang bertanya itu memang ada asasnya kerana kita boleh melihat bahawa memang kecantikan seseorang atau ketampanan seseorang, peranannya besar dalam soal mencari jodoh.

Kerana itu, seringkali orang yang kekurangan kecantikan fizikal merasa rendah diri, merasa malu, dan merasa terhina sedangkan ia suatu yang tidak perlu dan hakikatnya, memang tidak ada! Setidak-tidaknya, dia masih lagi mulia di sisi Allah. Dan beritahu saya, apakah yang lebih indah di dunia ini selain daripada Allah memandang kita dengan pandangan kasih?

Saudara, dan saudari yang saya kasih kerana Allah. Bersama, mari kita susuri kisah seorang sahabat yang mulia yang bernama Julaibid.

Siapa antara kalian ada mengenali Julaibid?

Rasanya tiada. Kerana memang dia tidak dikenali. Baik di zamannya, atau di zaman ini. Memang pada pandangan manusia biasa, dia tiada apa-apa.

Julaibid lahir tanpa dirinya mengetahui nasab keturunannya. Ya. Dirinya tiada mengenal siapa itu ibu dan siapa itu ayahnya. Tetangganya juga sama, tidak mengentahui dari masa asalnya. Julaibid itu, jika diceritakan tentang fizikalnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan otot muka kita berkerut.

Dia lelaki pendek. Kerdil. Kulitnya hitam legam. Mukanya hodoh. Dirinya miskin. Bahkan hidupnya, sebatang kara.

Dia terpinggir dari masyarakat. Hadirnya, atau tiadanya, tiada apa-apa bagi masyarakat. Hanya Rasulallah S.A.W sahaja yang mengambil berat tentang lelaki kerdil ini.

Pun dirinya punya kekurangan yang seribu, tetap dia akan menjadi antara yang terpaling hadapan dalam saf peperangan. Bukan hanya itu, Julaibid juga tidak rela dirinya ketinggalan daripada berada di saf pertama untuk solat fardu, disetiap kalinya.

Saat semua orang membencinya, dia masih tersenyum kerana di sana, ada seorang lelaki yang kasih padanya. Ah. Beruntunglah Julaibid, kerana sungguh Rasulallah amat mencintai lelaki kerdil ini.

Satu ketika, Rasulallah memanggil Julaibid. "Wahai sahabat yang aku cinta. Mahukah dirimu bernikah?"

Julaibid tersenyum manis. Wajah gelapnya tampak jernih. Dengan redha, dia menjawab, "Wahai Rasulallah, apakah ada orang yang mahu menikahkan puterinya dengan daku?"

Jawapannya ikhlas. Dirinya redha, tanpa sekelumit kesal dan merajuk pada Ilahi yang menciptakannya begitu.

Rasulallah S.A.W mengulangi pertanyaan. "Wahai Julaibid. Inginkah kamu untuk bernikah?"

Masih dengan senyuman yang mekar dalam keimanan dan penyerahan diri pada Allah, Julaibid menjawab ikhlas, "Ya Rasulallah... adakah ada orang yang mahu menikahkan puterinya dengan aku?"

Lalu, Rasulallah membawa Julaibid bertemu dengan seorang sahabat Ansar.

"Wahai sahabat, aku mahu meminang puterimu"

Maka, berseri-seri wajah lelaki ansar tadi. Dirinya menyangka bahawa Rasulallah berhajat mahu memperisterikan anak gadisnya. Cuma, gembiranya dan serinya itu bertukar malap serta merta saat terhujah di telinganya bahawa pinangan itu bukan untuk Rasulallah, tetapi untuk Julaibid!

"Julaibid? Aduh. Izinkan aku berbincang dahulu bersama isteriku kerana ia sebuah urusan yang sangat besar", pinta lelaki tadi dengan wajah yang bertukar kelat tiba-tiba.

Saat perkara itu sampai kepada isterinya, wanita itu tekad. "Julaibid? Ah! Tidak! Demi Allah! Sesekali tidak akan kita kahwinkan anak kita dengan Julaibid!"

Naluri si ibu memang begitu. Mereka mahu yang terbaik buat anak mereka. Memang dari pertimbangan akal, sekiranya yang dinikahi itu ialah Julaibid, maka dari celah mana adanya bahagia? Julaibid kerdil, hodoh, miskin, tiada keluarga... dan sejuta macam kekurangan dan kelemahan.

Sedang si ibu berkeras tidak mahu mengizinkan, si ayah cuba memujuk kerana mungkin, dirinya malu untuk menghampakan Rasulallah. Perbincangan itu terdengar oleh anak gadis itu.

Gadis itu bertanya, "Daripada siapakah lamaran ini?"

Lalu diberitahu kepadanya. "Daripada Rasulallah s.a.w tetapi kepada Julaibid"

Subhanallah...

Dengan lembut dan hati yang bulat mengharap cinta Allah, gadis solehah itu memujuk,
"Ketahuilah ibu, sekiranya ia adalah permintaan daripada Rasulallah, maka pasti tidak akan ada satu mudharat pun yang akan menimpa diriku. Kahwinkanlah aku dengan Julaibid..."

Kisah Julaibid yang istimewa tidak berhenti disini.

Julaibid, tidak lama selepas bernikah, sampai seruan untuk jihad. Masih menjadi pengantin baru, Julaibid telahpun sedia menyandang senjatanya. Seruan jihad benar-benar membakar jiwa juangnya.

Di medan perang, Julaibid terbunuh. Dia syahid. 

Akhir pertempuran, jasad-jasad yang terkulai di medan perang akan dikumpulkan. Jasad para syuhada' juga dikumpulkan di suatu tempat. Suanana menjadi sangat sayu.

Tiba-tiba, Rasulallah bertanya, "Adakah kalian kehilangan seseorang?"

Para sahabat segera menjawab, "InsyaAllah tiada, ya Rasulalallah"

Sekali lagi, Baginda bertanya, "Adakah kalian telah kehilangan seseorang?"

Kali ini para sahabat tidak terus menjawab. Mereka mula merasa ragu-ragu.

Lalu Rasulallah S.A.W berkata,
"Sungguh, aku telah kehilangan Julaibid..."

Subhanallah... Saya hampir menitiskan air mata saat mendengar kata-kata yang keluar dari bibir mulia Baginda Rasul ini.

Rasulallah kemudiannya menyambung,
"Sesungguhnya Julaibid ialah sebahagian daripada diriku dan diriku ialah bahagian darripada dirinya"

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Mulianya si hodoh itu... Beruntungnya si miskin itu... Bahagianya si kerdil itu...

Itulah Julaibid... Dirinya tidak terkenal di bumi, tetapi namanya disebut-sebut oleh penduduk langit...

Dan buat kalian yang pernah merasa rendah diri, merajuk dan kesal dengan ciptaan Allah,
Ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak memandang kecantikan fizikal kita tetapi Allah dan Rasul-Nya memandang kecantikan iman kita. Allah menilai ketaqwaan kita.

Dan jika antara kita yang teringin untuk bersua muka dengan Rasulallah, berhentilah merajuk. Dan belajarlah untuk bersyukur, bersabar dan redha dengan ciptaan Allah kerana ia adalah asas kepada kehambaan.

Wallahu'alam..

Sunday, April 3, 2011

..KiSaH OranG PeTak..

Bismillahirahmanirrahim..