..Ahlan Wa Sahlan..

Wednesday, November 5, 2014

Keberkatan waktu..

Bismillahirahmanirrahim...


Sedikit perkongsian hari ini...

"Jangan tinggalkan membaca Al Qur’an. Semakin banyak baca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"

Urusan semakin mudah kerana Allah yang mengurus semua urusannya. Waktu pun semakin berkah. 






Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu?

Boleh melakukan banyak hal dalam waktu sedikit. Itulah berkah Al Qur’an. Al Qur’an membuat kita mudah menguruskan waktu secara efektif.

Allah lah yang mengatur waktu kita, bukan kita. 

Padahal logiknya , orang yang membaca Al Qur’an menghabiskan banyak waktu dan masa bersosial itu menjadi kurang. Tapi Allah yang membuat waktu kita itu jadi berkah. Hingga hidup pun menjadi begitu efektif.

Dan Allah akan mencurahkan banyak berkah dan kebaikan pada kita kerana Al Qur’an .

Jagalah Allah maka Allah akan menjagamu.

Dan sebaliknya waktu yg selalu sibuk sehingga hanya habis untuk urusan dunia, bisa jadi itu adalah tanda ada yg salah dalam hidup kita.

Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg di pikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 macam penyakit padanya :
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya. 
3. Kebutuhan yang tidak pernah merasa terpenuhi. 
4. Khayalan yang tidak berujung wujudnya. [Hadits Riwayat Muslim]

Kesimpulannya adalah keberkahan waktu iaitu bisa melakukan banyak amal kebaikan dalam waktu sedikit." 

Thursday, September 4, 2014

Hijab. Mulalah selebihnya Allah akan menguatkan!

Bismillahirrahmanirrahim...

Suatu petang, saya berkunjung ke sebuah salon..

"Dik, ada buat perkhidmatan cuci rambut untuk wanita bertudung?"

"Ha? Tiada kak, cubalah cari di tempat lain" mukanya kehairanan, langsung tiada senyuman.

"Mmm..boleh kak jumpa dgn bos?"

"Kami xbuat disini kak" mukanya masam mencuka. Customer di salon turut memerhatikan aku.

"Kenapa?" Tanya seorang pekerja salon disitu.

"Ni kak ni mau cuci rambut tpi mau tempat bertutup!" 

"Oh, boleh2 sini kak" sambil melabuhkan tirai yang ada disitu.

"Adik ok ka?" Aku rasa x sedap hati tgk riak wajah adik tu..kemudian dia hanya mengganguk senyum terpaksa.

Dia mula mencuci, mulanya aku diam..beberapa minit kemudian aku cuba bermesra dengannya..bertanya itu ini.

"Kenapa kak mau bertutup? Kenapa tidak boleh nampak rambut??" Tiba2 soalan itu keluar dari mulutnya.

Aku tersenyum..patutlah masam saja wajahnya tadi rupanya ada benda yang dia belum mengerti.

"Rambut ni salah satu aurat kita dik, tak boleh sembarangan orang tengok..berdosa kita nanti."

"Jadi, kami ni macamna?? Berdosalah kami?? Siapa saja yang boleh tgk rambut kita?"

"Siapa yang adik tak boleh kahwin, mereka tu la yg boleh tgk..sapa yg boleh kita kahwini mmg kena tutuplah. Contohnya sepupu lelaki..adik boleh kahwin dengan dia, jadi dengan dia kena pakai tudung."

"Saya ni kak dri dlu mau bertudung tapi..."

"Tapi tak faham kenapa harus bertudung?"aku cuba meneka

"Iya kak..hmm.."

"Rambut kita ni aurat, aurat kita maruah kita dik. Sebab tu kita kena jaga supaya tidak mudah orang ambil kesempatan terhadap kita." 

"Tapi mcmna kak saya ni kerja salon susahla saya kalau mau bertudung.."

"Takpa dik pelan-pelan..tapi kita kena mula dulu inshaaAllah seterusnya Allah pasti tunjukkan jalan keluarnya."



"InshaaAllah kak, saya pun baru mau mula belajar solat"

"Kalau adik perlukan bantuan minta ajar apa-apa inshaaAllah kak boleh bantu..kawan-kawan kak pun ramai boleh beri tunjuk ajar"

"Yaka kak..Ok kak" 

Aku mula melihat senyuman di wajahnya, manis sekali. Alhamdulillah syukur.

Selama aku menjalani kehidupan di daerah sendiri, sudah ramai yang aku temui insan begini. 

Di luar nampak ranggi, sangat social, seksi dan kasar tapi bila didekati mashaaAllah di sudut hati mereka ternyata ada keinginan untuk berubah menjadi lebih baik namun mungkin tidak tahu harus mulai dari mana, dengan apa, bagaimana dan bersama siapa untuk berubah. Benarlah manusia ini dilahirkan bersama satu fitrah, iaitu fitrah sukakan kebaikan.

Pertemuan dengan insan-insan seperti ini banyak menyedarkan kita betapa berharganya hidayah yang Allah berikan pada kita. Sungguh hidayah ini perlu dijaga dengan baik kerana bila-bila masa hidayah itu bisa hilang dan mungkin tidak akan kembali. Betapa ruginya..Nauzubillah.

Tuesday, July 22, 2014

MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS!

MISTERI RUMAH BERBINGKAI EMAS

Pada satu hari, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di sebuah rumah yang cukup damai di atas bukit. Sejuk. Nyaman. Ceria, begitulah jua hidup bayi ini dikelilingi.

Bertemankan taman menghijau, diselangi buah dan sayuran segar, anak tunggal ini membesar dengan layanan tertinggi.

RENUNGAN DI BALIK PAGAR KAYU

Setahun demi setahun, usia menjangkau dari bayi menjadi kanak-kanak. Anak ini sudah pandai berlari. Ada juga sesekali memanjat. Dia cukup teruja dengan pagar kayu rumah buatan ayahnya. Ada sesuatu yang istimewa di sana.

Setiap petang, di sinilah tempatnya dia menunggu, merenung kejauhan di balik pagar kayu itu. Kerana hairan dengan telatah anaknya ini, si ibu bertanya, "Anakku, apa yang menarik kau lihat ke sana?"

Anak perempuan ini mengunjuk tangannya nun ke hujung bukit sana.

Tersergam, sebuah rumah agam. Hijau dindingnya. Namun bersilau-silau bingkai tingkapnya, bagai bertatah emas. Si ibu pun seperti pertama kali melihatnya, terpesona dengan kecantikannya. Diusap-usap kepala anak comel ini, "Anakku, kelak kau dapat jua ke sana. Belum masanya lagi."

KEJUTAN DI ULANGTAHUN KELAHIRAN

Purnama berselang tahun. Kini anak cilik bertukar menjadi gadis manis. Hari ulangtahun usia remajanya itu, dihadiahkan sebuah basikal dari ayahnya. Betapa gembira hidup anak ini, saat ibunya menghulurkan basikal baru, "Manisku, sudah sampai saatnya kau meneroka cantiknya alam ini."

"Saya boleh ke rumah bingkai emas, ya?" Ibunya mengangguk, dan melompatlah dia segirangnya.

Dikayuhnya begitu laju, namun cermat turuni lurah dan anak jalan. Gadis ini tidak sabar melihat sendiri bingkai-bingkai emas yang diidamnya sentuh sendiri, sedari kecil lagi.

KEJUTAN DEMI KEJUTAN

Sesampainya di sana, dia terpaku dan gigil. Di depannya kini berlainan sekali. Rumah yang di depan matanya kini, jauh beza dari apa yang dia sangkakan. Rupa-rupanya, rumah ini amat buruk, menggelupas kulit dindingnya. Bingkai yang disangka emas ternyata hanya pantulan sinar matahari semata-mata.

Menitis airmatanya kerana kecewa. Menggeletar tubuhnya menahan sendu yang menekan. Lalu dia terduduk di tanah. Dan menoleh ke sisinya...

Kelihatan dari situ, sebuah rumah di atas bukit, cukup mengkagumkan. Dengan pantulan mentari senja, bersinar bingkai jendela keemasan. Baru dia perasan. Itulah rumahnya yang selama ini dia diami sepanjang hidupnya. Yang hidupnya jarang kecewa, sering digembirakan.

Tiada nikmat yang dapat dinafikan. Remuk hatinya telah terubat. Dia tidak sabar-sabar pulang ke rumah asalnya, bagai ingin hidup semula. Menjadi penghuni yang baru.

Wahai muslimat, gadis, ataupun perempuan. Begitulah seadanya dirimu yang diciptakan Tuhan. Saat dirimu sentiasa tercari-cari ikutan, kepingin jadi seorang yang cukup terhormatkan. Atau hiasan yang sering dikerumun perhatian.



Dikau sanggup menukar cara jalan. Mengikut trendi caramu berpakaian. Paling kasihan, cara pandangan dan fikiran. Hingga menjadi insan berlainan.

Sampai tak perasan, fitrahnya kau terbaik ciptaan Tuhan. Dikau sebenarnya lebih cantik luaran dalaman. Unik dan terkehadapan, dikau adalah sebaik-baik insan. Itulah dirimu. Cantik. Indah. Damai. Sejak dilahirkan.

Berterima kasihlah kepada Ar Rahman. Kembalilah ke mode fitrah. Renungilah semula jejak-jejak silam yang ditinggalkan. Bidadari jua kau diangkat di hujungnya oleh Tuhan.


Konvensyen Bidadari, mengajakmu ke sana.. School of Sahabah buat peneman pasanganmu. Di sini, kita tak pernah berjauhan. Ukhwah jadi ikatan, ilmu jadi hidangan. Adab. Cinta Rasul, Serikandi Allah sebagai modelmu.

Tuesday, July 1, 2014

VIDEO: Si Kecil 5 Tahun Hafaz 30 Juzuk, Juri Mencium Tangannya.

Bismillahirahmanirrahim...



Hafiz indonesia, sebuah rancangan islamik yang disiarkan di Indonesia sempena bulan ramadhan. Secara peribadi saya sedikit kagum dengan indonesia, dalam pada sinetron-sinetron yang disiarkan lebih banyak unsur-unsur tak berfaedah ada juga menyiarkan rancangan yang sebaik ini. MashaaAllah.

Frankly speaking, this video make me feel touched..melihat adik Musa pada saat menyatakan dia menghafal sudah 29 juzuk pada mulanya membuatkan orang lain tertawa, tapi setelah diuji dengan juri-juri termasuk penonton sendiri membuatkan semua yang menyaksikan dan mendengar hafalan adik musa sebak dan mengalirkan airmata. 

SubhanaAllah kanak-kanak asia yang pada saya, seumur itu majoriti masih dalam suasana bermain dan begitu jarang untuk kita temui. Lainlah kanak-kanak sebelah timur tengah memang tak hairanlah masih kecil dah jadi imam. 

Sahabat-sahabat bloggers, you must see this video. InshaaAllah ada manfaatnya. Ni link video







Sunday, June 29, 2014

Jatuh cinta.

Bismillahirrahmanirrahim..

Mudah untuk jatuh cinta,
tidak salah,
kerana itu merupakan fitrah,
namun cara untuk mengendalikn rasa cinta itu yg susah.
ada yang mampu,
ada juga yang tersungkur..
tidak salah jikalau ada yg ‘cop’ atau ‘takdim’ seseorg wanita itu,
namun jagalah batas ikhtilat..



Ingatlah,
jika hari ni kita mesej dgn ajnabi tanpa tujuan kepentingan,
jika hari ini kita berdating tanpa rasa malu dan segan,
jika hari ini kita berpegangn tangan tanpa takut pada Tuhan,
jika hari ini kita bergayut siang malam tanpa rasa kegusaran,
Bagaimana nasib generasi di hari depan?
Bagaimana nasib Islam di hari depan?

Mungkin kita bisa bersuka ria..bergelak ketawa..bersenda gurau di saat ini,
Namun jangan kita tangisi , jangan kita sesali , jangan kita ratapi ,
Jika generasi muka yg lahir menjadi hamba kepada duniawi,
Menjadi hamba kepada musuh yang hakiki,
nauzubillahminzalik.
ayuh,sama2lah perbaiki diri,Insyaallah,
Allah tidak memandang enteng setiap usaha hambanya. InshaaAllah.


Jatuh cinta lepas nikah itu, pasti lebih dari indah! Percaya dan yakinlah. ☺️


#Ingatan untuk diri sendiri.

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah wa syukurillah..

Betapa beruntungnya terasa, Allah memberikan kita kesempatan lagi bertemu ramadhan pada tahun ini. Allahuakbar...

Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan,

 “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Allahu, betapa mulianya bulan ramadhan..betapa ruginya jika kita melepaskan ia begitu saja. 

Semoga Ramadhan kali ini lebih beerti dan memberi keinsafan dalam diri kita. 

Friday, June 27, 2014

Tanda Cinta dan Kasihnya


Bismillahirahmanirrohim..

Ada sebuah kisah Rasulullah SAW dan seorang pemuda yang bernama Khawwat bin Jubair RA. Kisah ini menceritakan bagaimana Rasulullah SAW menangani manusia dan perasaannya. Menegur pemuda tanpa memalukannya. Menegur tanda cinta dan kasihnya pada kita. Kisah ini membuatkan saya merasa kebesaran Baginda SAW. Membuatkan perasaan rindu membuak-buak ingin bertemu Rasulullah. Membuatkan saya merasa, andai Baginda masih bersama kita, Baginda pasti memahami kesalahan saya. Baginda akan melindungi saya. Baginda akan menjadi tempat saya mengadu dan membuat pengakuan. Saya yakin Baginda takkan berkasar dan memarahi saya, bahkan melindungi saya. Jauh dilubuk hati, ingin saja saya menjerit, Ya Rasulullah, saya rindu!.



Namun, saya juga yakin ada hikmahnya Allah menciptakan kita pada zaman ini dan bukannya pada zaman Rasulullah. Mungkin, saat ini kita mampu belajar untuk mencintai dan merindui Rasulullah. Dan mungkin jika kita lahir pada zaman Rasulullah, kitalah penentang hebat Rasulullah seperti Abu Lahab dan sekutunya. Naudzubillah. Kena akui, aqidah kita tidak sehebat aqidah sahabat Rasulullah masa itu. Bukan seperti aqidah Abu Bakar yang mampu mempercayai Rasulullah tatkala diceritakan peristiwa isra' mi'raj kepadanya. Bertarung antara rasional manusia dan perkara ghaib yang Allah ajarkan. Rasa-rasanya andai kita berada pada zaman Rasulullah, mampukah kita percaya 100% cerita isra' Mi'raj yang Rasulullah sampaikan pada kita walhal ketika itu aqidah islam baru nak dikembangkan. Menjadi seperti Abu Lahab si penentang islam ataupun Abu Bakar RA si mujahid terbilang. Wallahua'lam. Hebatkan percaturan Allah untuk kita. Bersyukurlah.

Pesanan kepada penjaga, pendakwah dan umat islam seluruhnya. Harapan! Jadikan teladan dan IDOLA kalian dalam menangani para pemuda ialah Muhammad SAW. Bacalah kisah Baginda bersama para pemuda. Pelajarilah teknik bagaimana baginda mempengaruhi para pemuda untuk mendekati Pencipta dan Islam. Memperbaiki mereka. Pokoknya, tiada usaha dakwah yang senang, namun sekurang-kurangnya kita berusaha mencantikkan dakwah kita kepada orang lain semata-mata nak rahmat dan Redha Allah SWT.

Kepada para pencinta Rasulullah, jangan bersedih andai kalian tidak bertemu Rasulullah masa ini. Namun yakinlah, kalian akan bertemu Rasulullah di syurga kelak. Berkumpul dan bersenda tawa seperti Rasulullah dan para sahabat. Malahan, bertemu Allah dan para kekasihnya dalam keadaan Allah redha dan kalian pun redha. MasyaAllah tabarakallah. Teruskan menjadi baik dan belajar untuk menjadi hamba kepada Pencipta kita. Wallahua'lam. Sollua'lannabi.

#copyandpaste #SalamRamadhanKareem

Wednesday, June 18, 2014

Truth or Dare's Game

Bismillahirrahmanirrahim...

Truth or Dare's Game. ๐Ÿ’€

Cara permainan : 
1. Pemain akan duduk dalam bulatan.
2. Dengan menggunakan botol, salah seorang akan putar botol tersebut.
3. Sesiap yang berada tepat botol berhenti berputar kena memilih truth or dare. 
4. Kalau kita pilih truth so, anything yang pemain lain tanya kita kena jawab sejujurnya (so this game really need us to be sporting- paling best bila buat dgn sahabat karib)
5. Sebaliknya, kalau pilih dare kita kena buat apapun arahan yang diberikan dari pemain lain. 



Setiap kali giliran antara kami kena, memang bingung utk memilih.. 

Kalau pilih dare bole jadi kwn2 suruh buat benda yg pelik dan "gila2" di pagi buta tu! Kalau pilih truth mmg abis terbongkar rahsia yg disimpan. 

Masa ni dasyat gila hingga tahap kelajuan jantung da tahap maksimum mcm nak terkeluar sejuk gila tangan hahaah . ๐Ÿ˜‚ sbb kami dah terlalu lama tak jumpa so sangat interesting walaupun pada mulanya hanya saja-saja. 

Actually, masa main ni saya berpeluang jumpa dengan sahabt saya masa sweet 15 dulu, hampir sembilan tahun tak jumpa, so kami decide untuk pi tepi pantai. Bila terasa macam tak tahu nak sembang apa, dengan yang lain asyik bermain phone so saya cadang untuk main satu game, masa tulah sorang sahabat saya ni cadang game Truth or Dare ni. 

Pada saya game ni memang sangat untuk menghilangkan kejanggalan saat kita dah lama tak jumpa dengan seseorang tu. Yalah, tak banyak benda yang kita tahu dan kita tak tahu nak tanya apa. So its helpful. 

Tapi ada benda yang kena ingat masa main game ni, jangan pernah reveal dosa atau aib kita tau. Yang ni kena jaga. ๐Ÿ˜Š

Bila terfikir balik sedangkan dengan manusia, saat kita reveal our secret kita dah takut, cemas semacam..

Macamna plak nanti di akhirat saat Allah membongkar segala kelakuan kita di depan manusia?? Semuanya terpapar di skrin Allah swt...Allahu... Pastinya ia sangat2 dasyat. Nauzubillah.. Game yg pasti x dapat saya lupakan. Muhasabah diri. 

Monday, June 9, 2014

Rindu lagi..

Bismillahirrahmanirrahim..


Allahu...tiba-tiba rindu itu datang lagi..rindu arwah nenek..


Dia yang membesarkan aku setelah pemergian ibu,

Dia yang mengajarku mengenal alquran,

Dia juga yang mencubitku bila aku malas belajar mengaji,

Dia yang memulas jariku bila malas bangun awal pagi,

Dia yang menjagaku semasa aku sakit,

Dialah yang menjadi pengganti ibu buat aku..


Kini sudah 10 hari nenek telah pergi, sakit terasa dada ini menahan tangis kerana teringat pesan rasul melarang meratapi mayat ketika itu. Kini airmata itu sudah tidak mampu dibendung dek kerana rindu yang teramat pada nenek. Biar saja aku menangis bagaikan kanak-kanak yang kehilangan ibu, kerna aku juga telah kehilangan ibu ke-dua yang menyayangiku tanpa batas sedang aku tidak sempat membalasnya sediktpun. Semoga Allah meluaskan dan melapangkan kubur nenek..moga nenek tenang di sana. amin..



Saturday, June 7, 2014

Mimpi Seorang Gadis

MIMPI SEORANG GADIS 

 Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood ============================= 

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. 

 Lalu Rasulullah menegurnya.

 "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya,

 "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. 

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."  Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." 

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.  "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

 Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. 

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" 

 Lalu dijawab oleh ayahnya "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu 
juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. 

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.  Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata,  "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH.""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.....

#Tidak berat mana pon hanya baca copy dan paste sahaja :')
BACALAH SEKEJAP


Monday, June 2, 2014

"You've Changed!"

Bismillahirrahmanirrahim,,,



People say to you, "you've changed", or something like that. 

Well, i hope, for the sake of Allah, that you have changed. 

Because i don't want to be the same person all my life.

I want to be growing. 
I want to be expanding. 
I want to be changing. 

Because animate things change, inanimate things don't change. 

Dead things don't change. 
And the heart should be alive, it should be changing, 

it should be moving, 
it should be growing, 
it's knowledge should be expanding. 
Yeah, that rite! 

Whether you want to understand or not, doesn't matter for me.
As long as Allah know more about it.

From : Someone's word represent how exactly what i feel.

Wednesday, May 14, 2014

A Little Lovely Notes..

Bismillahirahmanirrahim...

Kita dihormati orang lain bukan kerana kita berjaya, tapi kerana Allah masih menutupi aib, dosa, maksiat, keburukan dan kekurangan kita.

Bila kita berani jujur menilai diri, nescaya tak akan bangga dengan dipuji dan tak akan terluka dengan dicaci.




Sibuklah dengan apa yang Allah ketahui tentang diri kita daripada sibuk dengan bangga diri dipuji orang yang tidak tau apa-apa.
(Aagym)

Good nite! ☺️☺️

"Pembunuh" alam maya??

BismiLahirrahmanirrahim...


Pepatah arab ada mengatakan: “Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang.” Namun kini, jari-jari kita ini juga lebih tajam daripada mata pedang. Fitnah boleh tersebar hanya dalam sekelip mata. 

Manusia bergaduh hanya kerana jari kita ini gatal suka menaip dan menghina orang lain. Jika dahulu manusia mengumpat menggunakan mulut tetapi kini manusia mengumpat hanya dengan menggunakan jari. 









Berhati-hatilah didalam apa yang kita hendak taip, mahu di keyboard ataupun keypad. Di akhirat kelak, jari-jari ini akan menjadi saksi buat kalian. Sama ada baik ataupun buruk. Semuanya akan dihisab oleh Allah SWT. Tahanlah dan angkatlah jari-jari kalian daripada menaip atau menulis sesuatu yang boleh menyakiti kepada hati orang lain.

Orang yang kita sakiti dan zalimi didunia, diakhirat kelak mereka akan menuntut kepada kita. Sehinggakan ada yang menjadi miskin oleh kerana pahalanya semua sudah diambil oleh orang-orang yang dia sakiti dan zalimi. Wa'iyazubillah min zalik... Semoga kita semua dapat menjaga dan menahan jari-jari kita ini dari mentohmah, mengeji, menfitnah, mengutuk, menghina, mengumpat, saudara seislam kita yang lain. Jangan sampai teknologi yang sofitikated ini yang menjadikan kita seperti "Pembunuh" alam maya tanpa sedar.

Wallahu'alam...

Perkongsian dari sahabat. :)

Friday, May 9, 2014

The Sweetest Marriage ever..

Bismillahirahmanirrahim,..

Sudah lama tidak menulis di sini, rindu rasanya. Idea nak menulis pun dah semacam berkarat. Hehe..owh ya, kali ni saya ingun kongsikan sebuah bingkisan yang saya dapat dari wassup tentang baitul muslim..cieeeeeee...lepas baca ni tersedak juga rasa moga ia memberi manfaat pada kita. InshaaAllah..


Baitul Muslim VS Baitul Haraki
"Abang Hakim, Baitul Muslim impian saya ialah saya dan isteri mampu bangun bersama qiamulaill dan kami saling tadarus quran bersama-sama" kata seorang peserta.

"Ana pula mahukan baitul muslim yang mana suami ana bersedia kemas rumah sama-sama, masak sama-sama dan makan setalam sama-sama" jawab seorang akhawat malu-malu.

"Ana nak bawa isteri ana pergi program jemaah. Itulah baitul muslim impian ana" jawab seorang lagi.

Ana tersenyum mendengar jawapan mereka. Sesi baitul muslim tengahari hari itu sungguh segar dan menyenangkan. Semua peserta bersungguh memberi jawapan apabila ditanyakan baitul muslim bagaimana yang mereka impikan. Semenjak berkahwin, sudah banyak jemputan seperti ini dipenuhi.

Mata dilirik melihat zaujah tercinta yang duduk bersimpuh disebelah. Terasa kembali bersemangat untuk meneruskan sesi walaupun demam teruk , batuk dan selsema sejak beberapa hari. Dalam batuk kecil, ana memberikan jawapan.

"Jawapan antum itu benar.. cuma kurang tepat"

Para peserta yang sejak tadi tersenyum senyum terus berwajah serius. Diam memikirkan apa jawapan yang paling tepat.

"Cuba lihat maratibul amal. Selepas Fardu muslim datangnya Baitul Muslim. Dan apakah tahapan selepas Baitul Muslim" ana menyoal secara retorik untuk melihat reaksi para peserta.

"Mujtama' muslim" jawab mereka spontan dan serentak.

"Ya. Benar, Masyarakat Muslim. Dan bagaimanakah dengan aktiviti Baitul Muslim Impian anda seperti bangun sekali , makan sekali, berkebun sekali itu dapat merealisasikan matlamat membina sebuah masyarakat Islam yang Faham Islam dan seterusnya mengundi sebuah Negara yang bertunjangkan pemimpin yang faham Islam.

Para peserta semakin diam. Kelihatan masing-masing mula berfikir secara mendalam. Memang sengaja ana biarkan suasana awal pengisian tadi dalam keadaan ceria agar banyak lontaran idea dikeluarkan apatah lagi dalam topik yang menarik seperti baitul muslim ini.

"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebena
rnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca quran bersama-sama... namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?" panjang lebar ana bersyarah.

"Jadi, apa sebenarnya yang dikatakan baitul muslim impian itu? Boleh ustaz berikan contoh baitul muslim impian ustaz?" soal seorang peserta penuh minat.

Ana tersenyum mendengar soalan tersebut. Terkenang detik-detik liqa taaruf ana yang pertama dengan zaujah sebelum berkahwin di Masjid Salahuddin Al Ayubi , Gombak. Kini ana akan menyebutkan semula perkara yang telah ana katakan kepada zaujah ana pada waktu itu kepada hadirin... Baitul Muslim impian ana....

"Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional , negeri dan kawasan... bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru Al Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik Al Quran. Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka." panjang lebar ana terangkan.


Kelihatan wajah para peserta bertukar menjadi cerah dan ceria. Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda faham apa yang ana sampaikan.

"Kalau begitu ana nak buat berzanji di rumah ana setiap minggu " sahut seorang peserta.

"Ana pulak nak buat kelas kemahiran komputer untuk remaja" jawab seorang lagi.

Ana tersenyum puas mendengar jawapan mereka.

"Ana pulak nak buat kelas memasak di rumah dan ajak semua jiran-jiran hadir " jawab seorang muslimat di hujung.

"Ish, nti ni.. asyik fikir makan aje!" usik rakannya di sebelah.

Ketawa kami berderai mengisi ruang tamu. Suasana sungguh ceria.

Alhamdulillah.. mereka sudah faham apa yang ana sampaikan. Sesungguhnya baitul muslim impian kita semua adalah sebuah rumah tangga yang PEDULI jiran tetangga, PEDULI soal masyarakat, PEDULI urusan masjid , PEDULI pembanggunan setempat dan PEDULI fikrah sekeliling. 



Ayuh upgrade baitul muslim itu menjadi baitul dakwah ! :)

BAITUL MUSLIM ----> BAITUL DAKWAH + BAITUL HARAKAH
Bagaimana dengan kematangan kita memandang baitulmuslim ini?๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

# inilah kemanisan sebenar sebuah perkahwinan..bukan hanya untuk diri sendiri dengan pasangan namun juga untuk orang lain..untuk ummah. Moga andai ada jodoh di dunia moga perkahwinan kita dapat memberi sesuatu pada ummah..Amin..:)

Sunday, February 23, 2014

Clorox Hati!

Sedikit perkongsian semalam, mashaallah hebat.

Semalam, saya menghadiri satu ceramah " Pengenalan Asma'ul Husna dalam kehidupan seharian"
saya sampaikan highlight sahaja ya, kami diajar bagaimana cara "Bicara Hati" dengan Allah. 

Bicara hati disini juga blh didefinisikan sebagai proses mengclorox hati. kenapa perlu clorox hati? sebab hati akan sentiasa kotor,bila solat dgn hati yang kotor apa akan timbul kekhusyukan? Takkan khusyuk sebab Allah berpaling pada kita. ibaratnya kita nak pi jumpa sultan tapi dalam keadaan berlumpur.rasa-rasa sultan nak jumpa kita ka? masuk dlm istana pun takkan dapat punya. Begitulah Allah, Kalau nak Allah pandang kita dengan kasih sayang rajin-rajinla clorox hati. inshaaAllah. Pesan Ustazah, kita dapat masuk syurga bukan sebab amalan baik kita yang melambak, tapi sebab kasih sayang Allah dan Redha Allah pada kita. Jangan nak sombong dengan amalan kita. Nauzubillah.

           


Kenapa ia penting? bilamana kita sering bicara hati dgn Allah, Allah swt pasti mmbuka hijab kita dan menzahirkan bahawa hanya pada Allah kita kembalikan segalanya. bermula dari pujian, pengampunan sehinggalah permohonan kepadanya agar kita tahu bahawa dunia yang kita kejar ini tiada nilainya ibarat seorang perempuan tua yg penuh nanah dan kotoran (tiada nilainya) disisi Allah swt.

Kita sering memuji manusia dengan kehebatan yang mereka miliki, tapi sayang kita gagal melihat kehebatan Pencipta manusia itu.

Kita sanggup snorkelling semata-mata nak tengok keindahan laut, keunikan haiwan yang ada didasar laut seperti ikan-ikan, namun sayang kita gagal melihat keindahan pencipta ikan.

Segalanya kita perlu kembalikan pada Allah swt, terkadang kita terlalu bergantung pada manusia. Bila ada masalah mencari manusia. Tanpa mereka kononnya masalah tidak akan selesai, pada manusia jugalah kita mengadu. Kita buat kan? Sebenarnya, saat kita sempit tidak punya wang untuk makan Allah mahu kita lebih kenal dia, bahawa Allah Maha menyempit. Bisa menyempitkan kita bila-bila masa dia mahu. Tapi kita lupa, lupa meminta pada dia. Lupa bahawa Allah bisa meyempitkan dan bisa meluaskan jika Dia berkehendak. Allahuakbar!!! 

Ceramah ini mashaAllah menyentap semua jiwa-jiwa yang hadir, tiap kata yang keluar dari penceramah menyentap seluruh jiwa. Jadi saya sarankan dan meminta kalau nanti sahabat-sahabat dengar ceramah ini akan dibuat pergilah hadiri inshaaAllah tidak akan rugi. Banyak lagi yang diberikan malam itu namun setakat ni yang dapat saya kongsikan.

Saya ada beberapa pamplet zikir asmaul husna untuk dijadikan amalan kita sepanjang rutin harian. InshaAllah nanti saya akan scan dan masukkan dalam FB saya https://www.facebook.com/elya.khadijah?ref=tn_tnmn Sahabat-sahabat boleh dapatkan dan gunakan ia. InshaAllah sama-sama memperbaiki jiwa yang rapuh. 

Wednesday, February 19, 2014

Lelah.

Bismillahirahmanirrahim...

Aku rasa sakit sangat sekarang ni, bukan sakit sebab penyakit tapi sebab aku rasa macam nak nangis tapi tak boleh nak keluar. Mungkin ada yang pernah rasa macamni, sakit kan? #_# much better to burst in tears than to hold it!

Aku tak tahu samada blogger lain macam aku, bila sedih je terus ada idea nak menulis. Bila menulis maknanya tengah sedih la tu. Hahahaha tapi tak bermaksud semua post aku tulis masa mood aku tengah sedih. Mungkin inilah dikatakan The reaction of moods, haha suka hati aku bagi nama. Iyalah, lain orang lain ragamnya. Bila ditanya bila kau sedih ko buat apa?

" kalau aku sedih, aku akan berkurung dalam bilik dan tido sepanjang hari (dengan mengharap kesedihan tu akan hilang bila aku bangun)" kata seorang adik

Sorang kawan plak pernah kata " aku ni kalau sedih aku suka dengar music...music instrumental" ha makin bertambah sedih engkau!

" aku kalau sedih, aku akan nangis puas-puas sampai mata aku bengkak." Luah seorang gadis ayu.

               


Aku pulak, ni lah kerja aku. Mostly, bila aku sedih aku akan menulis atau pergi jenjalan kat pantai. Macam pantai kat atas ni, subhanaAllah cantik dan menenangkan.Tapi nasib badan aku tak ada lesen lagi apalagi sebijik kereta untuk pandu laju-laju ke sana. Maka, duduklah aku di sini tenang dan sabar dengan menulis dekat blog, diari atau cebisan kertas. Anythings yang bisa aku capai.

Tapi aku biasanya takkan tulis hal yang menyebabkan aku sedih dalam penulisan aku tu. Aku akan cerita benda lain, benda yang tiba-tiba ada dalam kepala hotak aku ni. Macam sekarang ni lah. Haha, mesti korang keliru sekarang ni mood aku tengah sedih atau gembira sebenaqnya?

Itulah seninya penulisan...

Si penulis menulis dengan nada dan mood yang lain tapi si pembaca membaca dengan nada dan mood yang berbeza. It's normal. Sukar untuk ditebak, kata orang indonesia. Tak kisahlah nada dan mood berbeza apa yang penting mesej yang disampaikan itu sama yang susahnya bila mesej yang cuba disampaikan oleh penulis disalahertikan.

Apa yang aku merepek ni? Sabarlah...

Eh sedar tak sedar sampai ke ayat ini...mood aku meningkat sedikit. Oklah berbanding tadi.

Maaf pada yang sudi membaca bebelan saya ni. Hahaha.

But before i end this entry i think i should emphasize something. Whenever u sad or feel not comfortable or facing a hard time now, just remind we have Allah swt, Allah is there and always be there for us. He is the only one who can comfort, cheer u up and heal that pain. Lepas tu nak buat " aktiviti" rutin hangpa kalau tengah sedih tu buatla, nak ceghita dengan kawan ka, nak habaq kat parents ka buatla, yang penting first thing first back to Allah. 

So, i leave u this ayat Quran and i know everyone of us knows it well but sometimes forget about it thats why we need to recite, read again and again.

               “..hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” [ ar-ra'd: 28 ]

:)









Friday, February 14, 2014

Alkisah Semut...


Satu pagi, seekor semut sedang terjumpa sehelai bulu yang besar. Semut amat menyukai bulu tersebut lalu berusaha membawanya pulang ke sarang.



Perjalanan semut tidak mudah, satu demi satu halangan terpaksa dilepasi dengan berjalan agak jauh.

Di satu halangan, tetiba semut itu berhenti. Rupanya, ada sebuah gaung sebesar 10mm yang tidak dilepasinya. Semut berulang-alik membawa bulu itu kebuntuan.

Akhirnya, semut terfikir penyelesaiannya. Ia meletakkan bulu tersebut untuk menutup gaung tersebut. Selepas ia lintasi gaung tersebut, semut mengambil bulu lalu meneruskan perjalanan ke arah sarangnya. Hebat sang semut ciptaan Allah ini!

Akhirnya, sang semut tiba di sarangnya yang berlubang di bawah penjuru sebuah rumah. Sang semut berasa sangat gembira dan puas kerana berjaya membawa pulang bulu meskipun berdepan bermacam halangan.

Setibanya di pintu sarang, sang semut baru tersedar bahawa lubang ke sarangnya sebegitu kecil, macam mana bulu yang besar ini dapat dibawa masuk?

Akhirnya, semut terpaksa berputus asa. Tidak mungkin ia dapat melepasi halangan ini. Semut mengambil keputusan untuk meninggalkan bulu, dan pulang ke sarangnya meskipun semut telah mengatasi setiap satu halangan dengan bijaksana, kekentalan jiwa dan segala tenaga untuk membawa bulu tersebut sehingga tiba di pintu rumah.

Wahai anakku,
Sang semut sebenarnya terlupa untuk berfikir mengenai masalahnya secara mendalam sebelum memulakan usaha membawa bulu pulang ke sarang.

Di akhir perjalanan, baru tersedar bulu yang disangka bernilai hanya satu beban yang tidak perlu.

Wahai anak kesayanganku, dalam kehidupan seharian kamu, ada kalanya kamu akan melalui apa yang dirasai semut. Kamu bimbang mengenai banyak perkara duniawi, seperti air muka, mengumpul duit dan harta, mencari pekerjaan lebih baik, risau keterlaluan pada keluarga dan sebagainya.

Namun, apabila tiba di penghujung jalan hidup kamu barulah engkau tersedar, segala yang dikejar dan dirisaukan kamu, sebenarnya tidak dapat dibawa bersama seperti bulu yang ditinggalkan sang semut.

Senyum

Tq Muhammad Aminuddin :)

Tuesday, February 11, 2014

Alkisah terkencing dalam seluar!!

Anak Pak Ali, Ramli, 9 tahun di dalam kelas khusyuk mendengar kuliah Ustaz Ismail tetiba mendapati seluarnya basah dan ada air di bawah kerusinya. 

Ramli terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Ramli tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.

Ramli menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.

Pada masa yang sama, Ustaz Ismail sedang bergerak ke arah Ramli yang sedang menundukan kepala.

Tetiba Ibrahim, rakan Ramli yang duduk di sebelahnya, dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Ramli dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Ramli.

Ramli berfikir sejenak. “Pertolongan sudah tiba!” bisik Ramli di hatinya lalu mengambil peluang memaki-hamun rakannya Ibrahim di depan Ustaz Ismail kerana menyebabkan seluarnya basah supaya insiden aibnya dapat disembunyikan.

Daripada orang yang bakal mendapat aib di kelas, kini Ramli menjadi orang yang mendapat simpati.

Ustaz Ismail membawa Ramli ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan, tanpa diketahui mereka air kencing Ramli.

Simpati yang dicurahkan kepada Ramli semakin banyak. Ibrahim pula malang dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.

“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Ramli untuk menunjukkan bahawa dia adalah mangsa sebenar dalam insiden tumpah air tadi.

Ramli tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja Ibrahim tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.

Semasa sekolah tamat, Ustaz Ismail memanggil Ramli ke biliknya.“Ramli, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Ramli daripada aib tadi ya,” Ustaz Ismail berpesan kepada Ramli.

“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Ramli cuba menyembunyi peristiwa aibnya.

“Ramli, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Ramli untuk menutup aib Ramli kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Ramli tidak diaibkan. Ramli dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Ramli,” kata Ustaz Ismail.

Ramli tersentak dengan penjelasan Ustaz Ismail dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.

“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Ramli.

"Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Ramli melaluinya,” jawab Ibrahim. 

Wahai anakku, 
Allah mengatur kamu untuk bertemu dengan orang-orang tertentu pada waktu tertentu dan untuk tunjuk tertentu. Bersangka baiklah bahawa setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri. Kadangkala ia adalah untuk kamu membantunya, menerima bantuan daripadanya, memberikan ia ilmu, mengambil ilmu daripadanya dan sebagainya.

Anak kesayanganku, ingatkan diri bahawa setiap manusia akan ada waktu susah dan mencabarnya, oleh itu, janganlah kamu mengambil kesempatan mahupun mempersenda dan tidak melakukan apa-apa apabila kelihatan orang yang susah. Bantulah dia sebagaimana yang dilakukan Ibrahim kepada Ramli tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Cubalah kamu berdiri di kasut orang lain untuk memahami keadaan si dia sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan bersyukurlah kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kamu untuk menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya. 

Senyum
Dari Ayahanda Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Wednesday, February 5, 2014

Tips Menjadi Top, Hot, Dan Femes.

Bismillahirahmanirrahim...





Ish, gatal sungguh tangan aku nak klik button "like" di fesbuk ni. Tapi, tak jadi klik juga sebab mesti timbul pertanyaan dalam hati. Bila tengok gambar-gambar kawan lama posing macam comels dengan tidak menutup aurat ni kalau aku "like" aku bersubahatkah ya? Eh, tak jadilah "like".

Scroll lagi, tengok gambar muslimin kawan masa kampus ni, aku nak like tapi kalau aku like maksudnya apa? Adakah ia akan membawa erti aku suka tengok gambar dia, atau aku like gambar sebab suka perangai dia atau saja-saja like? aku ni muslimat, takkan nak like gambar-gambar muslimin plak (gambar yang aku maksudkan di sini lebih kepada gambar sorang2la).

Inilah yang terjadi setiap kali aku buka fesbuk, aku bukan apa aku takut kang free-free kita dapat dosa hanya sebab button "like", tangan aku ni pun kadang terlepas juga dari kawalan. 

Bila kita tidak "like" post sahabat kita bukan bermaksud kita tidak suka pada dia, justeru kerana kita sayanglah kita berbuat begitu kerana tidak mahu sahabat kita ini menjadi makin lalai dengan "likes" yang banyak pada foto-fotonya yang tidak menutup aurat itu. Kesannya nanti, pasti selepas itu dia akan tambah lebih banyak lagi foto-fotonya dek kerana ratusan "likes" itu. Betul tidak? Nampak tak kesan sumbangan "like" kita.

Ni plak untuk mereka yang suka mengePOST, 

Tidak ada yang melarang untuk upload foto, aku pun suka post foto dalam fesbuk dan instagram aku tapi sebelum post aku SCAN dulu.

Macamna nak SCAN?? :

1. Aku perati betul-betu foto aku ni tutup aurat tidak? Kot2 ada yang terbuka kan.

2.Kira-kira ni posing menggoda ke tak? Nanti ada pulak perasaan orang tersiksa.

3.Teman-teman dlm foto ini ada yang auratnya terbuka tidak? Nanti aku pun dapat saham jg walau aku tertutup rapi kawan-kawan aku tidak. Kalau ada, aku x post atau aku crop foto tu.

4. Kira-kira aku post gambar ni untuk apa ya? Kalau nak tunjuk yang muka aku makin comels, body aku langsing, barang2 aku pakai ada BRAND gucci, channel segala macam, TAK PAYAHLAH post ya. Simpan buat kenangan kot-kot nanti barang tu hilang.

Korang boleh tak payah ikut process SCAN macam yang aku cakap ni, tapi makesure dalam FRIENDLIST korang tidak ada satupun orang kelantan cakap ore jate maksudnya lelaki.haaa, kalau macam ni post la apapun nak posing maut pun takda sapa nak peduli! ^_^.

Aku bukan baik sangat cuma aku tengah nasihat diri aku juga dengan menulis sambil memperbaiki diri sedikit demi sedikit. Siapapun mesti suka kan jadi Top, Hot dan Femes tapi kalau boleh bukan pada pandangan manusia, tapi pada pandangan Allah. 



Semoga kita sama-sama dapat mengawal diri kita walau dalam hal sekecil apapun, kerana kita tidak tahu di mana beratnya pandangan Allah terhadap amal kita. Mana kita tahu mungkin ini penyebab kita dapat menghuni Syurga Allah. Amin. ^_^


~aku hanya menulis apa yang tiba-tiba muncul dibenakku pada saat ini, tidak tahu dari mana ia datang, terus aku terjemahkan dalam tulisan di sini, pasti ada kurangnya,maaf. namun moga menjadi manfaat selamanya kerna pasti satu saat aku akan pergi menghadap ilahi~ 

Monday, February 3, 2014

Malu.

Bismillahirrahmanirrahim



"Telah tertulis dalam hikmah, sesungguhnya dari sifat malu itu terdapat ketenangan dan ketenteraman." (HR. Bukhari)

^_^

Bila ada sifat malu, kita akan rasa ketenangan dan tenteram. 

Kenapa ya?

Seorang wanita suka mempamerkan pinggulnya yang montok, bodynya yang macam mak kerengga dan kulitnya yang putih gebu dengan memakai pakaian yang seksi dan ketat. Rasa-rasa ada sifat malu tak dalam diri wanita ini? 

Tiba-tiba satu saat itu wanita ini sering diekori dan diganggu oleh lelaki-lelaki di tepi jalan kerana tergoda dengan keseksian dan kecantikannya. Adakah wanita ini masih dapat merasa ketenangan dan tenteram bila dia sering diganggu? 

Dalam hati korang dah ada jawapan kan? 

Kita ni kalau masih ada malu, kita takkan keluar dengan lelaki yang bukan mahram sebab kita malu nanti akan jadi fitnah. Malu ke mak ayah kita. Malu kalau-kalau bakal suami tengok dan lagi Malu pada Allah. Boleh gerenti ke bila keluar berdua-duaan tu pandangan mata boleh dijaga, boleh gerenti ke boleh jaga pergerakan kita agar tidak tersentuh antara satu sama lain?

Kalau kita masih ada malu, kalau nak post gambar dalam instagram, fb, atau blog pun kita fikir dulu gambar tu elok ke tidak, ada yang terbuka aurat ke tidak, kalau lelaki tengok boleh sampai tergoda ka tidak? Kalau sekadar sampaikan khabar pada sahabat lama, tidak apa-apalah. Kalau suka sangat nak post gambar selfie muka comel2, block je dan jangan approve lelaki dalam account korang. Senang kan, :)

Formulanya amat mudah Allah beri, ada malu, adalah ketenangan. Tidak ada malu, jawabnya?

Wallahu'alam.

9.50pm
Bandar Sri Perdana, Lahad Datu. Sabah.

Sunday, February 2, 2014

..Sandiwara Cinta..

Bismillahirahmanirrahim...


Angin bertiup lembut seiring dengan alunan lagu yang bermain dari smartphone Safiyyah. Tengahari itu suasana yang begitu damai menyapa lembut wajah gadis ayu bernama Safiyyah. Safiyyah mengambil tempat duduk jauh dari orang lain kemudian merenung tajam ke satu arah tapi dengan pandangan yang kosong. Entah apa yang sebenarnya yang sedang bermain difikirannya. 


Safiyyah seorang gadis 18 belas tahun yang telah berkahwin secara terpaksa dengan lelaki yang berusia 30 an. Berendam airmata siang dan malam kerana enggan menerima pada mulanya bukan kerana alasan tidak mencintai namun hubungan sebelumnya amat dibatasi dengan status "pekerja" dan "majikan". Safiyyah yang bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah cafe, amat disenangi oleh ramai orang dengan sikapnya yang sangat peramah dan periang ditambah pula dengan wajahnya yang comel. Ramai lelaki yang tersangkut pada safiyyah sampai sanggup datang ke cafe hari-hari tidak kira siang mahupun malam.

Gadis berbadan kecil ini sama seperti gadis-gadis biasa diluar sana. Couple, sms, bergayut telefon dengan teman lelaki sehingga lewat malam semuanya dia lalui. Tidak pernah Safiyyah menyangka hidupnya yang terasa seronok sebagai seorang anak gadis belasan tahun tanpa kawalan dari orangtua itu akan berakhir dengan berkahwin dengan lelaki yang tidak dia cintai.

Sakit, perit dan kecewa Safiyyah yang disangka akan berakhir setelah memilih untuk rela menerima pilihan keluarga ternyata hanya mimpi indah. Bukan kebahagiaan yang dirasa namun sebaliknya. Kini hampir setahun jagung lewat pernikahan Safiyyah dan suami, airmata setia menemani Safiyyah tidak mengira waktu setiap kali memikirkan hubungannya dengan suami. 

"Jujurlah sayang aku tak mengapa, 
Biar semua jelas tak berbeda,
jika nanti aku yang harus pergi,
Ku terima walau sakit hati."

Lirik ini begitu mengena dihati Safiyyah, airmatanya mengalir lagi. Bahu Safiyyah tiba-tiba ditepuk perlahan oleh seorang gadis, terpancar senyuman manis kedua-duanya gadis itu bila mata mereka bertemu. Safiyyah mengelap titisan airmata dipipinya, kelihatan mereka rancak berbual. Ketawa dan senyuman Safiyyah hanya akan kelihatan bila bersama gadis yang lebih dikenali sebagai Batrisya anak buah dari suami Safiyyah. Sebelum menikah Safiyyah memang rapat dengan Batrisya, Batrisya tua 3 tahun dari Safiyyah dan sudah terbiasa memanggilnya kakak.

"Wah, ramai plak orang kahwin kan? Sweetnya masa kahwin..macam mahu kahwin lagi" Kata Safiyyah dengan riak wajah yang susah untuk dibaca.

"Bila aku tengok keadaanmu ni, aku jadi takut mahu kahwin" kata batrisya sambil mengodek newsfeed facebooknya yang dipenuhi gambar kahwin teman-temannya.

" Kak, tak semua lelaki macamtu. Ramai lagi lelaki yang baik di luar sana. Lelaki macam ni hanya ada satu dua saja. " balas Safiyyah tanpa sedar airmata mengalir lagi.

" Safiyyah, sudahla tu dik...sabar ya dik.. Satu masa nanti pasti kau akan bahagia. Percayalah, Allah tidak akan biarkan kau sedih selamanya. Solatlah dik, mengadu pada Allah. Kita ni kalau rasa punya Allah di sisi kita, biar semua orang tinggalkan kita, kita tidak akan rasa semua tu." Nada Batrisya memujuk.

Safiyyah terdiam dan mengganguk, dia sedar sudah hampir bertahun dia tidak pernah menyentuh alQuran apalagi bersujud memohon pada Tuhan sehingga hampir semua rukun solat dia lupa. Mungkin inilah ujian Allah pada dia, agar dia kembali pada Allah. 

Betapa sakitnya bila berkahwin dengan orang yang tidak mahu mencintai, 
Betapa peritnya bila suami tidak mampu berbagi kasih,
Betapa deritanya bila isteri terasa tidak punya fungsi,

Bersambung.....



By WhiteCallaLily

16:37, 02/02/2014
Lahad Datu, Sabah.

Saturday, February 1, 2014

SWEET Kan?

Bismillah..

Sweetnya ALLAH ,
Walau kita menjauh dari-NYA DIA tetap dekat dengan kita , 
Tak sekali menjauh dari kita ..

Sweetnya ALLAH ,
Saat langkah kita mendekati-NYA Dia semakin menghampiri kita..
Untuk sentiasa membimbing kita..

Sweetnya ALLAH ,
Ketika kita sedang berduka, sedih dan kecewa ,
DIA sentiasa ada untuk kita ...

Tak pernah ALLAH tinggalkan kita walaupun sesaat ,
DIA Sentiasa memberi petunjuk dan panduan ,
Agar kita tabah hadapi cabaran hidup ,
Dan sentiasa berada di atas jalan-NYA.

SWEET kan? :)


Thursday, January 30, 2014

..Jodoh Berdua..cieeeeee!

Bismillahirahmanirrahim...


Kadang2 stress juga dengan pertanyaan orang sekelililng..

"Dah kerja? Bila nak kawin? " 

Inilah Soalan paling HOT selalu diterima. Rezeki kita ni berbeza..Allah beri mengikut keperluan diri seseorang itu dan one thing is JODOH dan REZEKI semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz kan. 

Kalau dah rezeki kita tu biar pun dah masuk mulut orang pasti kembali ke kita balik, ni just perumpamaan HM Tuah bagi la sekadar nak bagi kita tengok 'how magic' is rezeki and jodoh ni. Think deeply. Yang penting kan, usaha kita and doa. Jaga peribadi dan jaga hati inshaaAllah rezeki dan jodoh kita tu baik2 semuanya. . So mak cik2 diluar sana harap mengerti ya..semoga dikurang2kan lah soalan ni pada gadis2 manis seperti kami ni. Hehehe 

# Mungkin ada yang dah baca sbb Ni status fb saya sebelum ni. Baru dapat post di blog.Tq pd yg sudi baca! 



Wednesday, January 29, 2014

Burning!

Bismillahirahmanirrahim...

Pegawai : Bos saya kata, Blacklist saja restoran kamu ni.

Terkejut saya dengan mak cik, terkedu, jantung terasa berhenti sebentar.

Saya : tidak apalah encik, dimana-mana pun inshaaAllah ada rezeki.

Pegawai tu memandang saya dan mak cik, 

Kalau ikut prosedur, kiranya payment kami tu kira BURN sebab lambat hantar invois.Tapi bila sudah tertulis rezeki itu untuk kita, tiada siapa yang mampu menghalangnya.

Pegawai : bawah kami ni ada banyak bahagian, memandangkan ni soal makanan, dah jadi darah daging anggota kami jadi saya akan usahakn untuk bayar.

Aku dah mula sebak, aku tak boleh orang baik sangat ni. Kenapa aku kata baik? Aku faham disebalik kata-kata pegawai ni dia tidak mahu kami putus asa, walaupun dah diblacklist di bahagian tu, boleh cuba lagi di bahagian lain. Tambahan lagi, banyak pulak dia ajar benda-benda penting bila berurusan dengan kewangan kerajaan.

Hampir seharian juga kami berada di situ, bab menunggu tu jangan cakaplah. Lain juga arahan pegawai tu untuk urus itu ini. Tapi mashaaAllah semuanya dipermudahkan oleh Allah swt, orang yang sepatutnya kami kena cari kebetulan ada di situ dan dapat pula offer untuk buat catering lagi di masa akan datang. Alhamdulillah, all praise to Allah swt.

Penatnya buat catering tu selama sebulan, jangan cakaplah. Tiba-tiba tidak dapat bayaran, tidak huru-hara rasanya. Dalam perniagaan ni soal kejujuran sangat penting, asal kita tak buat benda yang tak elok, inshaaAllah Allah pasti bukakan pintu Rezeki.

Yakin itu.

"Lalat makanan Cicak. Lalat bisa terbang, Cicak tak punya sayap untuk terbang tetap saja bisa makan. Kerana setiap makhluk pasti ada rezekinya"

Yang penting Usaha. Jangan Malas.

Tuesday, January 28, 2014

Bukan Salahku!

Bismillahirahmanirrahim...

Sudah 23 tahun aku hidup sampai sekarang, baru aku sedar dari mimpi indah! Hahaha just kidding..aku baru sedar yang rupanya aku ini paling PANTANG bila aku kena tuduh melulu, korang faham kan maksud melulu? Ha ini fahaman aku macamna perasaan orang yang dituduh melulu ini ibaratnya seperti kita ni dah lama tak makan kek cokelat, then hari tu dapatla kiranya kita kek coklat ni pastu tetiba ada orang yang masuk rumah tak beri salam kemudian tiba-tiba ambik kek cokelat tu buang ke dalam tong sampah!!! Melenting tak melenting kita masa tu? Hilang selera, hilang perasaan dan boleh sampai tahap hilang kewarasan (eh, klu blh jgnlah sampai tahap macamni plak!:p) ha...macam tulah perasaan aku sekarang ni.

Sebab tu sekarang aku tengah pasang music instrumental sambil melemparkan perasaan aku ni ke lautan maya ni, kalau tidak kejap lagi makin mengelegakl sampai ke otak perasaan aku ni. Tapi kan sebenarnya aku tak salahkan pun orang tu, maksud dia tu kan sebenarnya lain cuma mungkin dia yang bercakap ni pun tengah emosi, jadi ada segelintir ayat dia tu tergelincir menyebabkan aku terasa macam dihempap batu besaq! Ha engkau, perumpamaan aku sampai gitu, dahla aku tengah lapaq ni. Effectnya, dia plak yang aku sembur dengan batu berapi. #_#

Patutlah kan Rasulullah ada pesan " Orang yang paling kuat adalah orang yang mampu menahan marahnya"

Hanya segelintir orang yang mampu buat ni, apalagi kes macam aku ni. Kena Tuduh. Eh, bukan sebenarnya aku TERASA dituduh dan dipersalahkan dalam hal ini. Begitulah maksud orang itu, dia bukan nak tuduh cuma mahukan kepastian. Mesti susah korang nak mencerna apa yang aku sampaikan kan? Sebab aku tak bagitau cerita yang terjadi sejelas-jelasnya. Bukan hal itu pun yang aku nak bagitau kat sini, cuma aku nak habaq yang kita ni kan jangan mudah dan pantas melata bila dengaq satu-satu berita. Jangan mudah sangat nak tuduh orang, jagalah sikit kata-kata kita tu jangan sampai orang terasa dia dipersalahkan dan terasa dituduh benda yang dia tak buat. 

Macamna nak buat? Caranya, tanya dulu baik-baik..habaq dulu apa yang terjadi. So, tidak akan ada pula perselisihan timbul. Kalau tak buat macam ni, masalah lain nak diselesaikan masalah lain pula yang timbul. Kan? Korang buat-buat faham sajalah kalau tak faham ek. Xoxoxo.

Oh lupa plak nak habaq, at last kami bermaaf-maafan juga. Alhamdulillah. :D. And ni benda buat aku lupa sikit hal ni tadaaaaaaa...pic studio konvo da sampai!!!


 
(Senyuman aku tak jadi, patutnya senyum lebaq kerana ditemani dua 'bodyguards hensem" di belakang. Haha, ayat mengombal! Tapi aku paling sepet! #_# )


Wajah Baru

Bismillahirahmanirrahim...

Eh...jgn tekan button X plak! Ni blog yang sama cuma muka baru je..
Wajah baru blog aku, simple je. Template pun ambil dekat blogger template. Aku dah tak serajin dulu nak mengadap laptop berjam-jam untuk buat decoration blog aku. Bukan sebab apa, sebenarnya senang je, tapi disebabkan aku dah tak study, so wifi percuma dah tak ade! Hahaha, ni online guna broadband yang kadang-kadang mood berangin ni ha. Tapi tak apelah kan, asal aku boleh update blog aku selalu. 

Kenapa tukar? Yang dulu lagi comelsss..ada snow turun lagi..

Aku tukar bukan sebab dah bosan, aku pun sayang juga dengan template aku tu. Lama tau aku duk ngaji macamna nak buat widget, color, background segala macam tentang blog ni tapi disebabkan sekarang aku susah nak mengadap lappy selalu,so terpaksa la guna apps blogger dekat smartphone. So, tahu la kan apps ni simple je tapi yang paling parok sekali aku tak boleh nak ubah saiz dan warna font memang tak boleh jadilah. Background aku kan color hitam, bila publish tu semacam je aku tengok blog aku. Tulisan ada kecil ada besaq! Mcm alien je aku tengok. So sebab tu la aku tukaq template..buat sementara je ni bila aku rerajin sikit nanti aku ubahla. Haaaa kau panjang lebaq aku ceghita pasai template ni. Tu jelah yang aku nak share hari ini. Xoxoxo.


By Nisa (jangan heran plak, ni nama timangan aku dari kecik lagi.) :)

Wednesday, January 15, 2014

Lupa Password??

Bismillahirahmanirrahim....

Betapa leganya saya saat ini...Alhamdulillah syukur sangat2..
Saya dah lama nak update blog tapi adakah patut saya boleh lupa email untuk signing blog saya sendiri! MashaaAllah, ni tandanya saya sudah terlalu lama meninggalkan kanvas ini kosong tanpa apa-apa perkongsian. Maaf kepada yang mungkin ada ternanti-nanti atau mereka yang Allah taqdirkan singgah di kanvas buruk saya kerana tidak ada post terbaru. InshaaAllah selepas ini dengan medium yang ada sekerang saya akan lebih aktif update blog saya. Ops!! Macam formal sangat pulak tau entry kali ni! Hahaha 

Btw, sekarang dah menunjukkan pukul 4.25 subuh waktu Sabah dan saya belum lagi bisa melelapkan mata. Dasyat sungguh, padahal pagi ini inshaaAllah ada perkara penting dan sangat bermakna yang mesti saya hadiri. InshaaAllah akan saya kongsikan nanti. Stay tuned. assalamualaikum! :)