..Ahlan Wa Sahlan..

Friday, January 29, 2010

...SiapA Lebih reNdaH Dari BinaTAng??...



Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdullillah Allah masih memberi peluang kepada kita untuk terus bernafas di atas bumiNya dalam meneruskan lagi kehidupan kita sebagai khalifah..




Alhamdullillah dengan sifat PEMURAHNYA ALLAH yang MAHA ESA ini masih membenarkan kita untuk menikmati setiap ciptaanNya secara PERCUMA..niKmat UdARA , pANcaInDeRa, REzeKi,keSIHaTan dAn baNyak lagi..ya Allah sekiranya setiap nikmat ini Allah kenakan bayaran BAgaimana??

setiap kali bernafas RM2 !

setiap Kali mengguNakan KAki Rm 2!

setiap Kali mengguNakan Mata untuk Melihat Rm 2!

setiap Kali menggunakan caHaya mataHari RM 2 @ RM 10 @ RM 5000000 dan Boleh saja mencecah beberapa nilai yang Allah kehendaki..kerana Allah adalah PEmOnOpoLi..tiada tempat lain dah untuk kita mendapatkan bekalan untuK suma benda nie..carilah ke seluruh Pelusuk Dunia nie..hingga ke lubang cacing pun kita takkan dapat punya..


TAPiii..

AllaH sedikitpun tidak berkira dengan kita..sEsEN pun ALLah tidak Harapkan dari kita..

kerana pemberianNya pada kita tidak sedikitpun MenGugAt KEKAYAAN yang ALLAh MiLIKI..

apa Yang ALLAh mahu agar kita nie Menjadi HAmBA yg BERSYUKUR!!! haNya itu...


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak
mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan
hati, agar kamu bersyukur." (QS. An-Nahl:78)




taPi Kita???

sedikitPun tidak pernah sedar,tidak pernah bersyukur..malah bangga dengan apa yang dimiliki keCAntiKan,HarTa bEnda,KECERdikAn..yang pada hakikatnya HANYA SEMENTARA!! HANYA PINJAMAN!!!


"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia
(seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)


manusia yang tidak bersyukur martabatnya lebih rendah dari binatang!!!

jadi  bagaimana caranya agar kita menjadi hamba yang BersYukur???


Menurut Imam al-Junaid,
"Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan
maksiat kepada-Nya".




Ertinya, tanda bersyukur ialah menggunakan segala nikmat atau rezeki kurniaan
Allah untuk melakukan ketaatan kepada-Nya dan memanfaatkannya ke arah
kebajikan - bukan menyalurkannya ke kancah Maksiat atau kEjahatan.

Ulama bernama Ahsin bin Atha'ullah pula membahagikan syukur kepada tiga,
iaitu:

§ Syukur dengan lidah, iaitu dengan cara menyebut nikmat kurniaan Allah seperti
firman Allah:
"Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan
kesyukuran." (QS. adh-Dhuha: 11);

§ Syukur dengan anggota badan, iaitu dengan melaksanakan ketaatan kepada
Allah, iaitu dengan menggunakan anggota badan ke atas perkara yang diredhai
Allah

§ Syukur dengan hati, iaitu mengiktiraf bahawa Allah sajalah pemberi segala
nikmat di mana segala nikmat atau rezeki yang diperoleh oleh setiap manusia
(hamba Allah) datangnya daripada Allah, sesuai dengan penjelasan Allah menerusi
firman-Nya bermaksud:
"Apa jua nikmat yang kamu peroleh, maka ia datangnya daripada Allah." (QS.
an-Nahl: 53)

Ibnu Atha'ullah Askandari pula berkata:

"Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia membuka ruang seluas-luasnya
untuk nikmat berkenaan hilang daripadanya. Sedangkan sesiapa
bersyukur, maka (bermakna) dia mengukuhkan lagi ikatan kekalnya nikmat
berkenaan kepada dirinya. Dan sesiapa yang tidak mempedulikan nikmat Allah
yang diperolehinya, maka dia akan menghargainya apabila nikmat itu (telah)
hilang daripadanya."

Begitu juga kisahnya jika kita telusuri sirah kekasih ALLaH..

Ketika Siti Aisyah bertanya Rasulullah SAW (suaminya), mengapa baginda begitu
kuat dan tekun beribadah (solat) sampai kakinya bengkak, sedangkan baginda
seorang nabi yang telah diampun dosanya dahulu dan akan datang? Nabi
Muhammad menjawab, "Tidak bolehkah aku menjadi orang yang bersyukur
kepada Allah."

Maka, insaflah kita..malulah kita kepada Allah..betapa segala Nikmat yang diberikannya hanya untuk menguji kita..siapakah diantara kita yang baik perlakuannya disisi Allah..

No comments: