..Ahlan Wa Sahlan..

Wednesday, January 13, 2016

5 jenis Ubat Hati

5 Jenis Ubat Hati. 

1. Membaca al Quran serta mentaddabur maksudnya. 
2. Kurangkan makan. 
3. Qiyamulail
4. Banyak Menangis. 
5. Melazimi majlis ilmu.

Ubat-ubat ini takkan ditemui di mana-mana Farmasi atau  Hospital. Namun, ia akan kau temui di jalan-jalan MUJAHADAH.

 'HATI' yang sakit itu takkan bertemu penawarnya melainkan ia kembali di jalan menuju yang Memiliki Hati itu. :)



DUA benda yang berada dalam hati Rasulullah ﷺ



Masa tu aku duduk sorang-sorang dalam kereta, aku buka radio dan aku terdengar ustaz cakap, 

ada DUA benda yang berada dalam hati Rasulullah ﷺ Allah letak yang tidak akan ada dalam manusia lain:

1. Sangat berat beban yg kamu ( umat Rasulullah) tanggung.

2. Selalu menginginkan kebaikan untuk orang lain. 

Aku termenung...

Patutlah Rasulullah ﷺ selalu nangis, 
Rasulullah nangis dalam tiap-tiap sujud malam, 
nangis setiap kali baca Quran, nangis bila mendapat khabar berita dari malaikat apa yang umatnya akan hadapi pada akhir zaman. 

Lihatlah sekeliling kita saat ini, saudara seislam kita dibedil, dibunuh tanpa belas kasihan oleh musuh. Kelaparan, kesempitan yang kita tanggung.

Rasulullah nangis kerana kita..risau pada kita...doa yang tak pernah putus untuk kita agar Allah selamatkan kita , rahmati kita dekat dunia dan akhirat..

Semuanya untuk kita,

ya kitalah..yang kadang ingat, kadang lupa pada Rasulullah, 
kita yang selawat ke atas baginda berat sekali di lidah, 
Kita yang megah dengan 'didikan' moden, hingga lupa pada Quran dan Sunnah. 

Sungguh... layakkah kami menjadi ummat yang mulia yang kau tangiskan dan rindukan Ya Rasulullah?

Malu rasanya, ;'(

08:40 13JAN16 ELYAKHADIJAH