..Ahlan Wa Sahlan..

Wednesday, July 29, 2015

Dear Diary..

بسم لله الرحمن الرحيم


Dulu-dulu sedih kita, gembira kita, rasa kita, siapa diri kita, semua kita catat dekat diari. 

Diari tu siap ada 'lock' lagi. Memang tak mahu siapa-siapa baca apalagi mengenali.

Rahsia tertutup,
tersimpan rapi. 

Sekarang diari itu sudah tidak berkunci. 
Malah dibiar terbuka dan terpampang luas menjadi tatapan manusiawi.
Siapa kita sudah dikenali. 
Rahsia tiada lagi. 
Malah keburukan diri dijaja tanpa rasa malu dalam diri.

Andai kau benar berfikir dan memahami,
Betapa DAHSYATNYA permainan duniawi.
Dalam sunyi ayuh muhasabah diri.





Nukilan #strive4truelove

Monday, July 27, 2015

Bidadari Syurga Vs Wanita Dunia, siapa lebih CANTIK?

Wanita dunia yang diciptakan dari tanah pun dah CANTIK,
boleh bayang macamna cantik Bidadari Syurga (Hurul'ain) yang diciptakan dari saffron (za'faron) stigma bunga. 

Dalam al Quran juga banyak digambarkan tentang keindahan Bidadari Syurga.



Tapi bila Ummu salamah bertanya pada Rasulullah ﷺ siapakah yang lebih baik antara wanita dunia dan bidadari syurga?

Rasulullah ﷺ menjawab " Wanita Dunia".  

Di Syurga nanti wanita dunia yang solehah akan menjadi Ratu bagi bidadari syurga, wajahnya lebih cantik dan lebih berseri dari bidadari. Kenapa?

Ibn Qayyim menyatakan dalam hadith yang sahih:

Kerana Bidadari tidak pernah menghadapi kesulitan yang di rasa oleh wanita dunia,
Mereka tidak pernah berjuang di jalan Allah,
Mereka tidak pernah dicemuh orang kerana mengenakan hijab,
Mereka tidak pernah merasa sulitnya patuh pada suami.

Wallahi, this is amazing.

Ayuh sahabat- sahabat muslimah yang masih ragu untuk berubah. 
Kentalkan hatimu! 
Teguhkan jiwamu!
Teruslah berjuang dalam hidupmu. Yakinlah Allah swt bersama kita. Sakit dan pedihmu sedikit saja lagi untuk kita bertahan. Ingatlah ganjaran besar yang Allah sediakan untuk kita. InshaaAllah, semoga kita tergolong dalam golongan wanita syurga. Amin.

#strive4truelove #wanitasyurga #tagrandomlysorry