..Ahlan Wa Sahlan..

Thursday, December 31, 2009

penGalaman BerMalam di Laut SaBah !!!




BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM




Tahu tak apa benda dalam gambar nie?..inilh “Bagang” jgn tersilap ok bukan “bangang”..huhu..kalau korang semua nak tahu bagang adalah sejenis perahu yang saiznya agak besar yang dikelilingi dengan pukat untuk menangkap ikan-ikan  comel yang menetap kat laut dalam nie.... sebenarnya saya nak cerita pengalaman saya dan sepupu saya meredah lautan untuk bermalam di atas laut..


Selama sebulan cuti semester yang lalu saya nikmati...
bila diingati sejenak banyak yang membuatkan hati menangis merintih..

tapi ada juga yang membuatkan hati melonjak keriangan kerana keindahan yang dapat saya nikmati saat itu..
tenang..
aman damai..
sejuk..
takjub..
kagum..
Subhanallah..semua ini mencuri masuk ke dalam hati..

Kesempatan untuk saya dan keluarga sebelah ibu untuk  menikmati  keindahan lautan luas ciptaanNya cukup memberi kesan mendalam..lokasi..perairan Kunak,SABAH..

cukup sempurna ciptaanNya..

Laut yang terbentang luas..
punyai banyak Khazanah yang sungguh bernilai didalamnya..
Bukti KEBESARAN PENCIPTANYA
pandanglah dengan pandangan MATA HATI..
InsyaAllah kita dapat melihat hikmah setiap apa yang Allah ciptakan..

Yang ni gambar yang saya ambil ketika matahari terbit..


              

Perjalanan kami dengan  menaiki perahu kecil menuju ke Bagang mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai..


 Inilah perahu yang kami naiki..syok..angin bertiup kencang..



Apabila senja mula menjelma dan menandakan waktu Maghrib dah dekat barulah kami sampai..keadaan sungguh sunyi hanya desiran air laut yang yang kedengaran
SYOKNYA!!

Kami  pun naik dan terus bersiap untuk Solat maghrib..

Tapi ada masalah!!! kami  Tak tau nak tentukan ARAH KIBLAT..eww..teruknya perangai..alasan takda pengalaman..padahal malas nak kaji..

Mujurlah salah seorang pekerja bagang nie tau nak tentukan arah kiblat..gembiranya saya bila dapat tahu mereka pun solat..sebab biasanya tak ramai dari kalangan mereka nie yang solat..tu yg sedih tu..

Pengalaman Solat di atas Laut..MENARIK!!!

GAMBAR ADIK SEPUPU SAYA SEDANG SOLAT

Kegelapan mula memonopoli langit..

Bintang-bintang bersinar indah menghiasi langit..

Bulan pula setia menerangi malam yang gelap gulita..

Angin pula kadang bertiup kencang...kadang-kadang bertiup sepoi-sepoi bahasa..

Semuanya PATUH dengan arahan PENCIPTANYA..BERZIKIR setiap MASA

Masing-masing mempunyai peranan yang perlu dilakukan..tidak terkecuali MANUSIA..

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
Az-zariyat : 56


Malam itu  mula "memusing"(ini adalah istilah dlm pekerjaan nelayan ni mksudnya mereka memusing kayu untuk menarik tali untuk menaikkan  pukat yang telah diturunkan ke dasar laut sebelumnya)..saya pun siap rakam lagi proses nie..

sibuk memerhati ada tak ikan yang dapat ditangkap untuk menjadi hidangan istimewa kami malam itu..huhu..IKAN BAKAR!!! FRESH baru ditangkap dari laut lagi..JGN JEALOUS YEE..hehehe..

Sebenarnya saya suka pekerjaan sebagai nelayan nie sebab tahap TAWAKKAL  pada REZEKI yang ALLAH berikan amat ketara dalam pekerjaan ini..

kadang-kadang banyak..

kadang-kadang sikit..

boleh jadi gak takda langsung ikan yang didapat..

"Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan padaKu.Sungguh,  Allah Dialah pemberi Rezeki yang Mempunyai Kekuatan lagi sangat Kukuh"

Az-zariyat:57-58

Dan saya tidak akan melepaskan peluang menikmati keindahan ciptaan Pencipta Sekalian Alam yang cukup Sempurna Menjadikan setiap makhlukNya begitu INDAH..

 ALLAH SWT MAHA CANTIK dan sukakan kecantikan..

Sini saya tinggalkan anda dengan SCENE2 yang saya dapat ambil sepanjang perjalanan ini..lihatlah sambil bertasbih padaNya


lepas subuh kamipun berangkat balik..matahari dah nak terbit tue..cantik kan..


          






ini lah pukat untuk tangkap ikan yg digunakan kat bagang ni..



Si burung helang mencari mangsa!!!




Dasar laut..tym paras laut rendah.,.


kak sepupu saya tak tahan dah..MABUK LAUT!!!



Dengan bangganya pak cik saya ni menayangkan ikan yang berjaya dia dpt mlm tadi...


-TamaT-



Nukilan nisa90 srikandi alfateh
31/12/09
12:48 PM

Sunday, December 27, 2009

Adakah lagi peluang Untukku???

Ya Allah...
Bantulah aku ya Allah..
Aku lemah , sangat lemah , terlalu lemah


Aku bagaikan hendak terjatuh ya Allah,
Tidak! Tidak ! aku tidak mahu tersungkur dari pimpinanMu ya Rabb..


Astagfirullah al Azim..
Ya Allah apa yang telah aku lakukan ini ya Allah..


Aku telah MENGKHIANATI hidayah dan kasih sayangmu..
Hatiku merintih kesakitan mengingatkan dosa-dosaku..


Aku JAHAT YA ALLAH..
Aku HINA..
Aku KEJAM ..


Wahai penciptaku..
Masih adakah ruang untukku berada dalam barisan-barisan hambaMu yang Engkau Cintai??
Masih adakah walau setitis hidayahmu untukku?
Layakkah aku untuk mendapat kasih sayangMu lagi??




Ashkuruku ya Rabb..


Kerana hari ini hatiku tersentak menyedari kekhilafanku,
Apabila melihat gambar-gambar ini..


Syukran jazilan kepada sahabat yang menghantarnya..


























Mentari Hidup
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal




Kala senja itu tiba 
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali


Thursday, November 19, 2009

Kalaulah Tuhan Kita Kenali..

Bismillahirahmanirrahim...

Beberapa hari yang lalu sahabatku mengadu..

"Entah kenapa ya..aku rasa selama ni apa yang aku doa tidak dikabulkan oleh Allah..kadang aku berfikir..dimana silapnya..sampai Allah tidak mahu kabulkan doaku.."

Sebenarnya pada masa ini, sahabatku dilanda masalah..kasihan aku melihatnya..aku cuba memujuk..

"Bila Allah mengabulkan doamu itu tandanya Allah sayang padamu,tetapi bila Allah lambat mengabulkan doamu bukan bermakna Allah tidak sayang padamu tapi Allah hendak mengujimu..beruntunglah kau sahabatku kerana diuji OlehNya"





Sahabatku mengalirkan airmatanya..menangis..dari matanya aku dapat merasakan keperitan yang dia alami..aku membiarkan dia terus menangis walaupun sebenarnya aku tidak sanggup melihatnya..aku tahu sebagai seorang wanita airmata adalah pengubat hatinya yang paling akrab sekali..airmata ini adalah kurniaan Ilahi yang sungguh mahal nilainya bagi seorang wanita.

Sahabatku..jangan pernah kau berputus asa pada Tuhanmu..yakinlah padaNya..Dia merancang sesuatu yang baik buatmu..

Sahabatku..ubatlah laramu dengan mengenali Penciptamu..
marilah kita mengenali Pencipta kita,
Pencipta sekalian Alam ,
Tuhan yang tidak pernah meninggalkan kita walau SEDETIK walaupun kita sentiasa melupakanNya,
Tuhan yang sentiasa menanti doa-doa rintihan kehambaan kita sedang kita leka dengan benda lain..kerana apa???
kerana jika kita mengenali siapa Tuhan kita..
kita tidak akan pernah MEMPERSOALKAN apa yang ditakdirkan untuk kita,
kita akan cuba memahami apa yang hendak disampaikan oleh Allah disebalik apa terjadi pada diri kita.,
kita akan mencari HIKMAH disebalik bala yang menimpa kita..

mari bersama kita hayati lirik lagu mawaddah nie..


Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaanNya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi


Beberapa hari kemudian...

sahabatku ini berkata lagi..

"Kini aku sudah dapat menerima takdir aku mendapat kursus %^#  ini.. aku tahu tentu ada hikmahnya"

"Alhamdulillah..dalam firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 216  bermaksud diwajibkan kamu berperang ,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.tetapi boleh jadi kamu  tidak menyenangi sesuatu itu,padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"

Aku menyambung lagi..

Tahu salah satu sebab apa kita boleh berputus asa dengan Tuhan??..
kerana dalam doa kita selalu meminta terlalu spesifik tentang apa yang kita mahukan..
dan apabila doa tidak dimakbulkan mulalah kita menyalahkan Tuhan,
berputus asa,

dan terus melumpuhkan semangat untuk berjuang..
segala amal yang dilakukan sebelum ini terus ditinggalkan..
sedangkan kita lupa kita ini hanya seorang HAMBA

yang sering terlupa STATUSNYA apalagi TUGASNYA..

terus ingin meminta  kepada TUHANNYA dan ingin dikabulkan permintaannya secepat mungkin..
sedangkan kita tahu hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik buat kita..
sedarlah kita ini hamba yang jahil lagi hina..

malulah kita wahai sahabatku sekalian..
meminta sesuatu yang tidak setaraf apa yang kita lakukan,
cuba bayangkan seorang pembantu rumah meminta berlian pada tuannya ,

sedangkan dia tidak melaksanakan tugasnya,
sungguh mustahil untuk dia mendapatkan berlian itu
ni apalagi seorang Hamba dengan Tuhannya,

Belah dada , periksa hati..fikirlah sendiri..

marilah kita perbaiki diri..
mintalah apa yang terbaik bagi Allah untuk kita,
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui..
Sungguh ilmu manusia begitu terbatas jika dibandingkan ilmu ALLAH..

Ya Allah kuatkanlah hatiku, hati sahabatku dan saudara seislamku dalam menujumu ya Allah..kerana aku tahu jalan menujumu penuh liku-liku..



p/s:Terima Kasih pada kak umi sebab mengingatkan lagu ini pada saya kembali..lagu ini saya pernah dengar dulu..sebab Mawaddah salah satu kumpulan nasyid yang paling saya minati..tapi..liriknya tidak terlalu di hayati..layan tak layan je..tapi bila dengar balik waktu ziarah blog akak..naik meremang saya dibuatnya..syukran jazilan kak umi..syg kak umi..

bagi sesiapa yang belum pernah dengar lagu nie..anda amat-amatlah digalakkan untuk mendengarnya..

tips: dengar dan hayati bila bersendirian dlm keadaan sunyi sepi..insyaAllah airmata keinsafan akan mencurah-curah keluar ibarat chocolate chococrunch!! ops terlebih sudah..

-wallahua'alam-

nukilan nisa90
20.11.2009
1.33am

Thursday, November 12, 2009

Apa UUM???


"Ayah, Nisa dapat masuk UUM ,Kedah.." saya katakan kepada ayah yang diri ini tidak pasti berita buruk atau baik baginya..
"Apa??..UUM ,kedah?? jauh tu kak.." balas ayah
"..tapi tdk apalah..sdh rezeki kakak disana.." tambah ayah lagi..
"Nisa,dpt msuk U mana??tanya salah seorang customer restoran mak cik saya
"UUM,Kedah." Balas saya dan mengharapkan respon darinya berbeza dari orang lain.
"wuh..jauh ke utara " hampa dengan jawapan yang diberi..

Jawapan-jawapan inilah yang menghantui fikiran saya seminggu selepas keputusan kemasukan ipt dikeluarkan.. takut,serba salah,gembira,sedih segala perasaan ini bercampur baur..namun persediaan ke sana tetap dilaksanakan..

Pernah terdetik di dalam hati..bagaimana nasibku di sana nanti? bagaimana jika ada sesuatu berlaku pada diriku?..dahlah saudara mara langsung tiada di sana..kalau adapun saudara bau-bau bacang..mungkin pernah jumpa,mungkin juga tidak..huh..

Ingat lagi kata-kata ayah sebelum masuk matrik dulu..

"kak..tak payahla blaja jauh-jauh sangat..dekat sini dahla..ayah risau tau kalau ada apa terjadi nanti macammana?..kakak tu perempuan..macam-macam kes ayah baca dalam newspaper skg ni..budak perempuan jalan ramai-ramai pun kena serang.."lebih kurang macam tulah ayatnya..

"Ayah, semua tu boleh terjadi dimana-mana saja,jika Allah menghendakiNya.." mengharap agar ayah memahami mksud saya..

Namun selepas itu ayah akhirnya bersetuju juga..syukur kepada Allah kerana membukakan hati ayah untuk merestui saya untuk mengembara mencari ilmu untuk mengenal Pencipta yang maha Agung..
Pasca zaman matrik sudah berakhir..kini suasana baru harus saya tempuhi dengan segala kudrat yang ada,dan keyakinan Allah pasti bersama menyalakan lagi api ruh di dalam diri untuk terus melangkah..

22.05.2009 (jumaat)..9.00pm


Saat pengembaraan saya akhirnya tiba..keluarga hantar sampai ke airport..kak Ramlah(my auntie) dan Fiza classmate matrik dulu yang turut sama mendapat tawaran d UUM..tepat pukul 12.00am kali kedua saya menjejakkan kaki ke tanah semenanjung..di sana sudah ada yang menunggu iaitu adik jiran Fiza di Tawau..kami akan menumpang semalam di rumahnya kerana flight seterusnya pada 7.00am.. perjalanan bersama kak Ramlah berakhir di situ..alhamduliLLah rezeki Allah ..saya dapat menjalinkan ukhuwah lagi dengan kak ana,tuan punya rumah tempat kami untuk menumpang semalam..

Tuan Rumah yang Baik Hati

Rasa segan menyelubungi diri ,kak ana dan suami mempunyai 2 org anak yang masih kecil terpaksa bersusah payah menjemput kami di airport pada lewat tengah malam itu..dan esok pagi pula terpaksa bangun awal untuk menghantar kami ke airport semula..tidak dapat saya gambarkan perasaan serba salah dalam diri..Fiza juga merasakan hal yang sama ,fiza menyatakan yang sebelum ni dia sudah mencuba untuk menolak bantuan yang ditawarkan oleh jirannya itu namun akhirnya terpaksa akur kerana desakan jirannya itu yang merupakan kakak kepada kak ana.

Timbul rasa kagum di hati ini melihat keluhuran hati seorang insan dalam keinginan membantu orang lain yang tiada talian persaudaraan dengannya,tapi atas dasar ikatan aqidah lailahaillallah muhammadarrasulullah keluarga ini sudi membantu kami.. walaupun menetap di kota metropolitan,yang mana kita tahu manusia di dalamnya sedang berlumba-lumba mengejar kekayaan,tidak kurang juga sifat pentingkan diri yang sering dikaitkan dengan mereka.

Syukran jazilan atas budi baik kak Ana dan suami yang merupakan guru di Sek.Men Asrama Penuh Puteri,Cyberjaya..may Allah Bless you and your family..
8.00am(23.5.2009 sabtu)..Alor Setar

Tiba di Alor Setar..sahabat sepermainan saya ,Faten Amira yang juga merupakan anak majikan ayah saya suatu ketika dulu,sudah lama menunggu ketibaan kami,tidak kurang juga kak Salasiah,Kak Ida yang turut menunggu saya dan mahasiswa/i yng datang dari Sabah..disitulah titik pertemuan saya dengan mereka..gembira rasanya..

Kereta yang di pandu oleh Ayah Faten meluncur laju..sudah lama tidak bertemu mereka..hari ini terjalin kembali ukhwah yang terbina suatu ketika dulu..ketika itu saya masih berada di bangku sekolah..terlalu banyak pertolongan yang dihulurkan oleh keluarga Faten ..dari dulu hingga ke saat ini..terima kasih atas segalanya!

Wah cantikknya!!

Dalam perjalanan menuju UUM..saya sungguh tertarik dengan suasana yang ada di negeri Kedah.sawah bendang yang menghiasi kawasan ini sungguh mendamaikan..segala pujian saya balikkan kepada ALLah yang mencipta alam ini dengan sempurna tanpa ada cacat celanya..

Sepanjang perjalanan saya ke UUM sudah cukup menyedarkan saya bahawa dimanapun kita berada Allah tetap bersama, ada yang sentiasa memerhati kita,Dialah yang memberikan kita tempat tinggal,menentukan makan minum kita,pakaian kita, bila kita sakit Dialah yang mengubati,bila kita sedih hanya Dia yang mampu mengembirakan..bila kita dalam kesusahan ,Dialah yang memberi pertolongan ..manusia di sekeliling kita hanyalah jelmaan dari segala apa yang dikurniakannya..pertolongan dari manusia itu datangnya dari pertolongan ALLah..hatta ibu bapa kita..segala kasih sayang yang mereka berikan itu juga adalah kasih sayang dari Allah..

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan ituada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan

-wallahu'alam-

Rujukan:
hadis ini hadis 19
maklumat lanjut sila rujuk hadis 40

Tuesday, November 10, 2009

Subhanallah..indahnya ciptaanMu..



"Ya Allah.semoga dingin subuh ini,kicauan burung-burung di angkasa
serta titisan-titisan embun di dedaunan menjadi saksi
bahawa kami adalah golongan hambaMu yang mengharap secebis Rahmatmu"

Deringan alarm mengejutkan aku dari tidur yang lena..tepat 5.15am ...dengan keadaan yang masih mamai..aku mengagahkan diri untuk bangun ..keadaan blok agak sunyi sepi mungkin kerana penghuninya sudah keletihan kerana stay up untuk habiskan bab2 yang belum cover lagi ,normal bagi sorang pelajar ..study last minute itulah normanya,,namun bagiku ..subuh inilah sumber kekuatan bagi setiap hamba yang bergelar da'ie..tidak sanggup ku lepaskan subuh berlalu begitu saja..kicauan burung dan bunyian unggas menenangkan dan membakar semangatku untuk bersama-sama bertasbih memuji yang maha Esa ketika insan lain sedang lena dibuai mimpi..perasaan cemburu timbul kerana makhluk-makhluk ini lebih awal mnghadap Pencipta sekalian alam dariku..namun inilah proses perubahan..biarlah ia dimulakan sedikit demi sedikit..yang penting istiqamah..

Subuh mulai meninggalkanku..cahaya sang mentari menyinari ruang kamarku, walaupun saiznya tidaklah seluas mana , namun alhamdulillah cukup untuk aku dan teman sebilikku berteduh..kulemparkan pandangan ke luar tingkap..subhanAllah panahan keindahan ciptaanMu ya Allah tidak dapat aku nafikan..teringat satu artikel yang sudah cukup menaikkan bulu romaku ketika membacanya..

Monday, November 9, 2009

AKU INGIN BERUBAH




YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU

NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!