..Ahlan Wa Sahlan..

Tuesday, January 5, 2010

ISSUE:CHRISTIAN CAN USE "ALLAH"

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..


Salah satu petikan akhbar ttg isu nie..


Selangor ada kuasa sekat penyalahgunaan kalimah Allah: Abdul Khalid


SUNGAI BESAR: Kerajaan Selangor boleh menghalang sekiranya ada pihak yang menggunakan nama Allah dengan tujuan untuk merosakkan Islam, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


"Jika perkara-perkara yang dibuat memberi kesan negatif kepada agama Islam, sudah tentulah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyekat berlakunya perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri Majlis Menuai Padi di Kampung Parit 15, Simpang Lima di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Catholic Herald baru-baru ini.


Keputusan itu menimbulkan rasa marah umat Islam.


Mengulas pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang menyokong keputusan mahkamah itu, Khalid berkata, ada antara mereka yang berbeza pendapat daripada segi konsep kebebasan penggunaannya tetapi kebanyakan mereka bersetuju supaya kalimah itu tidak digunakan.


Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, ketika ditemui pada majlis yang sama, berkata penganut agama lain perlu melihat sensitiviti penggunaan kalimah Allah di Malaysia, dan tidak membandingkannya dengan keadaan di negara-negara Islam yang lain seperti Mesir.


"Orang Melayu boleh hilang adat atau harta tetapi untuk agama, mereka menjagainya dan akan mempertahankannya bersungguh-sungguh," katanya.


Beliau berharap rayuan akan akan dibuat nanti di mahkamah bakal didengar bukan saja daripada perspektif undang-undang tetapi juga daripada perspektif agama, kesatuan dan perpaduan kaum. - Bernama


Sebenarnya saya nak kongsi pendapat seorang pensyarah kenegaraan saya tentang isu ini..tapi memandangkan saya kesuntukan masa saya kongsikan salah satu yang beliau katakan ialah..


"Apa yang perlu kita faham sememangnya Allah adalah Tuhan seluruh makhluk di dunia ini..


kita juga harus faham bahawa semua umat islam harus percaya kepada alQuran dan 3 kitab sebelumnya termasuk kitab injil tetapi bukan kitab injil yang ada pada masa kini yang telah diubah suai oleh manusia...


 di dalam alQuran Allah berfirman sendiri kepada hambaNya bahawa nama Tuhan umat islam iallah Allah manakala  orang kristian pula percaya pada kitab injil yakni bible sahaja dan tidak mempercayai alQuran..


dalam bible  tidak ada pemberitahuan bahawa nama Tuhan mereka adalah Allah ,apa yang tertulis hanyalah God" 


Maka disini saya ingin membawa sahabat sekalian untuk berfikir sejenak dengan mata hati islam kita apa sebenarnya tujuan mereka menggunakan nama Allah??..apakah kesannya pada agama kita??
fikir-fikirkanlah..

Namun saya yakin pada kuasa Allah yang sentiasa memelihara agamaNya..

"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama )Allah dengan mulut (ucapan2)
mereka ,tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya (agama) 
walaupun orang-orang kafir membencinya"


Surah As-saff : 8




Marilah bersama kita berdoa..
Ya ALLAH..semoga rayuan ini difailkan..seseungguhnya hanya padamu tempat kami bertawakkal





TOLONG TANDATANGAN BANTAHAN DI SINI!!

No comments: