..Ahlan Wa Sahlan..

Sunday, April 18, 2010

..Cerita maJikAn dGn PekErja..

Bismillahirahmanirrahim..
               
                    

Alhamdulillah,syukur kehadrat ilahi kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas di atas buminya.Ku mulakan hari ku dengan bersujud padanya, rasa kebahagiaan yang sukar untuk kulakarkan..subhanaAllah,sekiranya seorang hambaMu memperoleh cintamu  walau sekecil zarah pun nescaya orang lain akan mengatakan dia gila,kerana kebahagiaan yang dia perolehi  sungguh tiada tolak bandingnya, lihat saja si gadis yang sedang dilamun cinta..sehinggakan keluar pepatah

makan tak kenyang ,
Tidur tak lena,
Mandi tak basah,

Bukankah itu menghampiri gila? Cintanya pada si jejaka menyebabkan dia tidak merasa apa-apa terhadap perkara yang lain.Itu baru cinta manusia, Bagaimana pula kisahnya  Cinta seorang hamba dengan PenciptaNya??

“Katakanlah: jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yng kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai , adalah lebih kamu cintai  dari[pada Allah swt dan RasulNya serta berjhad di JalanNya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.Dan Allah tidak member petunjuk kepada orang-orang yang fasiq”
Attaubah:24

Entri kali ini  saya ingin kongsikan sebuah kisah majikan dengan pekerjanya,ceritanya bermula apabila beberapa hari yang lalu saya menghubungi sahabat lama saya. Kami pun bertanya khabar dan keadaan masing-masing .Sahabat saya ini merupakan satu kampung saya,di ladang permai, Lahad datu.Dia telah berkahwin dan kini hidupnya dan suami diceriakan dengan gelak tawa cahaya mata pertama mereka, si comel Natasha.

 Nak dijadikan cerita,Sahabat saya yang lebih suka dikenali dengan nama Rina mengingatkan saya  agar tidak lupa untuk berkunjung ke rumahnya bila saya balik Sabah nanti..dalam loghat Sabah

Nisa, nanti bila ko dah balik Sabah jangan lupa dating pi rumahku ya”Rina mengingatkan

InsyaAllah,bila ada kesempatan nanti aq pi ya

Tapi di Bandar,bukan di Ladang Permai sudah sebab mak bapa aq sudah tidak tinggal disana…”Nada sayu mula kedengaran

“Aik,kenapa plak?”saya kehairanan

“Keluargaku dah dihalau oleh manager disana..jadi tinggal tunggu beberapa hari lagi diorang akan selesaikan semuanya pastu baru diorang akan keluar dari sana”

“kenapa boleh jadi begitu?apa yang terjadi sebenarnya?”

“begini ceritanya, Adikku dan kawannya dituduh menjual syabu oleh pihak atasan disana ,jadi diorang mau hantar adikku ni pi balai polis tapi sebelum diorang hantar adikku pi sana diorang belasah plak adikku.Sepatutnya diorang tiada hak untuk buat begitu,biarlah pihak yang berkuasa yang tentukan ini tidak sesuka hati nak menghentam anak orang.Selepas kejadian itu,bapaku  terus pi buat laporan polis.Kerana hendak menutup kesalahan keluargaku dihalau keluar dari tempat tu”

Astagfirullah al azim..perasaan sedih dan geram meruntun jiwaku..mengapa sampai begitu sekali? Apakah kerana pangkat yang kita ada,kita boleh sesuka hati menganiaya orang lain apalagi orang yang jelas terang lagi bersuluh tidak mampu dari segi kewangan?namun perasaan itu kukawal dan cuba bersangka baik..

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan wanita, tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat, maka sungguh mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”
Al ahzab:58

Buat pengetahuan sahabat-sahabat ,saya dilahirkan di ladang permai,ia adalah sebuah kawsan ladang kelapa sawit,jadi majoriti penduduk disana bekerja makan gaji sebagai peladang .
Sejak kecil  saya sendiri menyaksikan cara hidup mereka.

Mereka hanya bergantung harap dengan pekerjaan itu walaupun hasilnya tidak sebesar mana.Sebelum subuh mereka akan  bangun bersiap untuk membanting tulang di ladang.Walaupun panas terik,mereka sedikitpun tidak peduli asalkan dapat rezeki untuk menyara keluarga masing-masing.Hakikatnya,ia bukanlah sesuatu yang mudah,memerlukan banyak pengorbanan.

Tapi lihatlah sikap buruk orang-orang yang mempunyai kemampuan,pangkat dan harta.Bukannya menghulurkan tangan untuk membantu malah menggunakan pedang yang mereka ada untuk menyakitkan golongan yang lemah.Dimana letak hati dan kasih sayang kita terhadap sesama muslim?

Maka sesungguhnya,harta dan rezeki yang Allah berikan padamu terdapat hak-hak orang lain didalamnya.

Apa yang lebih teruk,majikan adik sahabat saya itu sanggup menjunjung Surah Yasin untuk membuktikan bahawa dia tidak mencederakan adik sahabat saya.

Sikap apakah ini???sanggup bermain-main dengan Kalam Allah swt..Nauzubillah..saya sendiri tidak berani membuat tuduhan..biarlah Allah menentukan segalanya..Allah akan tunjukkan kebenarannya kalau tidak hari ini mungkin esok, lusa atau suatu hari nanti..

Di Akhir perbualan saya hanya mampu berkata …
bersabarlah Rina,berdoalah banyak-banyak..sesungguhnya Doa orang yag dianiayai itu mudah dimakbulkan Allah”

Peringatan bersama : kelak bila saya dan sahabat-sahabat menjadi orang yang Berjaya pada masa akan datang ,Jadilah seorang majikan yang baik pada pekerjanya,jangan sesekali menganiaya mereka,berlaku adil dan yang paling penting tunjukkan nilai-nilai islam itu dalam diri..tunjukkan nilai kasih sayang moga kita dapat menjadi contoh kepada mereka.semoga  umat sekalian alam dapat merasai keindahan hidup berkasih sayang bersyariatkan agama islam.

“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Wallhu'alam.

3 comments:

Anonymous said...

sesussh hidup q ada lg yg lebi ssh bndg aq....tp tnpa ujian erti kehidupn x akn dpt difhmi..... dan sentesa beringt pada Allah SWT dlm apa jua keadaan ssh mahupn senng.....

.Si kEmunCuP. said...

wah..kejamnye majikan dy...
isyh2...
bhye btol org2 b'pngkat n ad 'kuasa' nie...kcnderungan slh gne kuasa itu tnggi.

elya khadijah said...

semoga kita dihindari dari sikap seperti itu..