..Ahlan Wa Sahlan..

Wednesday, July 28, 2010

..Don't be Sad..

 bismillahirrahmanirrahim..




                       


Hati terasa begitu berat mengharungi perjalanan hari ini..
badan,hati dan akal terasa begitu berat memikulnya..
entah mengapa aku rasakan seperti ada beban yang begitu berat menghempap diriku..
airmata meluncur laju keluar dari kelopak mataku ..
ia keluar dan terus mengalir deras..
tidak mampu menghentikannya..


badan terasa lemah..
namun ku gagahkan diri untuk melajukan langkah agar cepat sampai ke destinasi..
ya disitulah tempat yang sesuai untuk aku bongkarkan segala apa yang menyesakkan nafasku..


ingin aku luahkan segala apa yang ada dibenak...
ingin ku lemparkan semua yang ada di hati..
pada siapa??
pada yang sudi mendengar rintihan ini..
pada yang memahami apa yang aku rasakan saat ini..
mereka??..mereka tidak mampu..mereka tidak faham...
siapa yang mampu untuk menjadi pendengar setia ceritaku ini?..dia??..dia tidak wujud dalam kamus hidupku..


sepanjang perjalananku..
hatiku memanggil-menganggil nama itu..
mulutku tidak henti-henti menyebut nama itu..
Ya..hanya Dia ..hanya Dia yang memahami keadaanku..
hanya Dia yang sudi mendengar segala keluh kesahku..
dan hanya Dia yang mampu memberikan jawapan padaku..


akhirnya..aku sampai di tempat yang ku tuju..
tanganku dengan pantas mencapai manik-manik hijau yang sering aku gunakan ketika mengingatiNya 
ku panjatkan doa..memohon kekuatan luar biasa DariNya agar terus kuat meredah lautan dugaanNya..
ketenangan mula menyusup kedalam qalbuku..
terasa sejuk ..nyaman..sambil tanganku masih erat memegang butir-butir tasbih kesayanganku..


hatiku semakin tenang bila teringat ayat-ayat cintaNya..


"Kerana itu,ingatlah kepadaku,pasti aku akan mengingati kamu pula,dan bersyukurlah padaKu serta janganlah kamu mengingkari nikmat" albaqarah:152

my precious one

Allah memberikan jawapanNya padaku :




kata-kata naqibahku menerpa ke minda..


Kadang-kadang Allah datangkan sesuatu pada kita,yang sering menyusahkan kita,menyakitkan hati kita..


mengapa???
kerana Allah swt hendak mengajar kita agar mencari jalan penyelesaian masalah itu..


bagaimana??
dengan mencari puncanya dan penawarnya..
puncanya adalah dari Allah..Allah lah yang mendatangkan perasaan itu..


bagaimana dengan penawarnya?..Allah adalah penawarnya..


kenapa?
kerana Allah hendak mentarbiyah kita agar sentiasa bergantung padaNya,
Allah sentiasa mahu kita memohon pertolongan padaNya,
mengadu hanya padaNya,bukan pada makhluknya..walaupun Dia Maha mengetahui segala..


"dan kemudian apabila kamu membulatkan tekad ,maka bertawakkallah kepada Allah,sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadanya".
al imran:159

Realisasikan Cinta dan Rindu kepadaNya dengan cara membuat apa yang dia sukai walaupun diri tidak menyukai.dan tinggalkan apa yang Allah benci,walaupun dirimu begitu menyukai.

-wallua'lam-

Monday, July 26, 2010

..Aku daH BoSan Jadi Orang Baik!!!..

Bismillahirahmanirrahim..


           



sedikit pengisian  yang saya dapat hari ini ..ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat yang disayangi ..

Ini adalah kisah benar yang berlaku di Jepun pada tahun 8.jun 2008.

Satu hari , salah satu bandar di Jepun yang dikenali sebagai Akihabara dikejutkan dengan satu berita tentang seorang lelaki telah menikam orang ramai di simpang jalan,lelaki itu telah menikam secara rawak sehingga menyebabkan 6-7 orang terbunuh,dan kemudian lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh pihak yang berkuasa.

Apa yang paling mengejutkan apabila Pihak polis bertanya pada lelaki itu akan motif beliau  membunuh,. jawapan yang diberikan "saya dah bosan jadi orang baik".

Itulah yang berlaku pada mereka  yang tidak mempunyai sebab dan tujuan terhadap kebaikan yg mereka lakukan.


tidak kiralah masyarakat jepun atau mana-mana masyarakat sekalipun ,walaupun mereka sudah punya segala-galanya,tapi mereka tidak punya tujuan hidup


kerana sebab dan tujuan berbuat kebaikan itu hanya ada pada kehidupan yg beragama.dengan adanya tujuan dan sebab itu barulah kebahagian dan kemanisan itu dapat dirasakan.

berkata orang bijak pandai  "success without hapiness is the worst kind of failure"..kenapa??..kerana mereka tidak merasai kebahagiaan dan kemanisan dalam kehidupan yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

maka beruntunglah kita yang beragama islam kerana Allah telah memberikan sebab tulen untuk kita mempunyai tujuan membuat kebaikan  seperti yang telah tertulis dalam KalamNya:

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia  melainkan agar mereka beribadah kepadaKU"
Az-zariyat:56

begitu juga yang dinyatakan dlm surah al Imran : 110

"Kamu umat islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat ) yang makruf ,dan mencegah kemungkaran dan beriman pada Allah.."


Tanpa agama manusia tidak akan mampu mencari jawapan makna kehidupan ini,


"kita berbuat baik kepada Allah kerana kita HambaNya,kita berbuat baik pada manusia kerana kita KhalifahNya."

maka sahabat-sahabat sekalian,
hiasilah hari-hari kita dengan berbuat kebaikan,
 kerana itulah makna sebuah kehidupan,
sebagai seorang hamba yang mengharap keredhaan dan belas kasihan,
dari Pencipta sekalian Alam.
wallahu'alam..


NUKILAN NISA SRIKANDI ALFATEH
JULAI 2010

Monday, July 19, 2010

..SemaLu pUn tau Malu,iniKan puLa WaniTa..


Bismillahirahmanirrahim..

                                      

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. 

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). 
                               
                                     

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. 

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)

Wednesday, July 7, 2010

...KENAPA aku? ..


KENAPA aku?


kenapa aku sering diuji?

firman Allah taala : apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sajamengatakan;"kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji? (SURAH AL-ANKABUT:2)

kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

firman Allah taala : baloh jadi kami membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (SURAH AL-BAQARAH :216)

kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah taala : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (SURAH AL-BAQARAH :286)

bagaimana kan aku hadapi ujian ini?

firman Allah taala : dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yg khusyuk. (SURAH AL-BAQARAH : 45)

Silent Home

apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

firman Allah taala : sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka...(SURAH AT-TAUBAH : 111)


kadang-kadang bermacam-macam soalan yang menerjah ke benak dan meronta-ronta di hati inginkan jawapan..
ternyata jawapan itu telah lama terukir indah dalam mukjizat paling berharga buat kita sebagai seorang hambaNya.

sayangi dan cintailah Al Quran..
Petunjuk SepanjanG jaLan..


MAHA HEBAT PENCIPTA SEKALIAN ALAM!!!!