Bismillahirahmanirahim..
Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Bakrah, beliau berkata:
"Seorang lelaki memuji seseorang di sisi Rasulullah SAW kemudian Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Engkau telah memotong leher sahabatmu. Barang siapa yang memuji saudaranya dengan tidak dapat dielakkan juga, maka hendaklah dia berkata: Aku menilai si polan. Dan Allah SWT yang menjadi penilai yang sebenar, seseorang tidak boleh menyucikan seseorang melebihi Allah SWT.”
oleh sebab itu,sahabat Rasulullah SAW amat membenci perbuatan suka mengampu, padahal mereka memang selayaknya mendapat pujian. Seorang lelaki memuji Abdullah bin Umar katanya: “Wahai sebaik-baik manusia, wahai anak sebaik-baik manusia.”
Maka ibu Umar berkata:
“Aku bukan sebaik-baik manusia dan bukan anak sebaik-baik manusia tetapi aku seorang hamba Allah SWT daripada hamba-hamba Allah SWT, aku berharap kepada Allah SWT dan aku takut kepada Allah SWT. Demi Allah SWT jika kamu tidak mahu berhenti mengatakan yang demikian itu kepada seorang lelaki maka engkau sesungguhnya telah membinasakan dia.”
sahabat yg sebenar berdiri sebagai pendamping yang jujur dalam menyatakan pandangannya, tidak ada apa yang ditutupi, yang pahit sama ditelan yang manis sama dirasa.
Matlamat mereka bertemu dan bersahabat ialah kerana Allah SWT, demi cita-cita akhirat.
kadang-kadang kita terlupa..kita terlalu memuji kelebihan seseorang sehingga terlupa memuji pada PENCIPTA manusia itu,,
"wah cantiknya dia.."
"besarnya rumah tu.."
"Kacaknya teman lelaki dia.."
"Alimnya dia..beruntung siapa yang dapat.."
"sedapnya suaranya.."
biasa dengar ayat ni..ayat-ayat ini selalu meniti dibibir kita..
kita lupa..bahawa hakikat semua itu milik SIAPA???
padahal pujian itu selayaknya milikNYA..kita sering ternanti-nanti coretan kehidupan dan kata-kata inspirasi seseorang itu sedangkan kita terlupa pada KALAMNYA yang tersusun rapi dlm naskah yg kini dah berHABUK krn tidak pernah diselak oleh kita..
memuji itu bukannya tidak boleh..kadang-kadang pujian itu perlu..
utk menaikkan lagi motivasi seseorang..
tapi jangan sampai ia berlebihan..
jgn kita mnjadi penyebab manusia itu jadi riak,sombong dan bangga dgn diri sendiri..hingga lupa pada yg DIA yg mencipta..
maka bersederhanalah..
SEderhana itu indah.
No comments:
Post a Comment