..Ahlan Wa Sahlan..

Wednesday, July 28, 2010

..Don't be Sad..

 bismillahirrahmanirrahim..




                       


Hati terasa begitu berat mengharungi perjalanan hari ini..
badan,hati dan akal terasa begitu berat memikulnya..
entah mengapa aku rasakan seperti ada beban yang begitu berat menghempap diriku..
airmata meluncur laju keluar dari kelopak mataku ..
ia keluar dan terus mengalir deras..
tidak mampu menghentikannya..


badan terasa lemah..
namun ku gagahkan diri untuk melajukan langkah agar cepat sampai ke destinasi..
ya disitulah tempat yang sesuai untuk aku bongkarkan segala apa yang menyesakkan nafasku..


ingin aku luahkan segala apa yang ada dibenak...
ingin ku lemparkan semua yang ada di hati..
pada siapa??
pada yang sudi mendengar rintihan ini..
pada yang memahami apa yang aku rasakan saat ini..
mereka??..mereka tidak mampu..mereka tidak faham...
siapa yang mampu untuk menjadi pendengar setia ceritaku ini?..dia??..dia tidak wujud dalam kamus hidupku..


sepanjang perjalananku..
hatiku memanggil-menganggil nama itu..
mulutku tidak henti-henti menyebut nama itu..
Ya..hanya Dia ..hanya Dia yang memahami keadaanku..
hanya Dia yang sudi mendengar segala keluh kesahku..
dan hanya Dia yang mampu memberikan jawapan padaku..


akhirnya..aku sampai di tempat yang ku tuju..
tanganku dengan pantas mencapai manik-manik hijau yang sering aku gunakan ketika mengingatiNya 
ku panjatkan doa..memohon kekuatan luar biasa DariNya agar terus kuat meredah lautan dugaanNya..
ketenangan mula menyusup kedalam qalbuku..
terasa sejuk ..nyaman..sambil tanganku masih erat memegang butir-butir tasbih kesayanganku..


hatiku semakin tenang bila teringat ayat-ayat cintaNya..


"Kerana itu,ingatlah kepadaku,pasti aku akan mengingati kamu pula,dan bersyukurlah padaKu serta janganlah kamu mengingkari nikmat" albaqarah:152

my precious one

Allah memberikan jawapanNya padaku :




kata-kata naqibahku menerpa ke minda..


Kadang-kadang Allah datangkan sesuatu pada kita,yang sering menyusahkan kita,menyakitkan hati kita..


mengapa???
kerana Allah swt hendak mengajar kita agar mencari jalan penyelesaian masalah itu..


bagaimana??
dengan mencari puncanya dan penawarnya..
puncanya adalah dari Allah..Allah lah yang mendatangkan perasaan itu..


bagaimana dengan penawarnya?..Allah adalah penawarnya..


kenapa?
kerana Allah hendak mentarbiyah kita agar sentiasa bergantung padaNya,
Allah sentiasa mahu kita memohon pertolongan padaNya,
mengadu hanya padaNya,bukan pada makhluknya..walaupun Dia Maha mengetahui segala..


"dan kemudian apabila kamu membulatkan tekad ,maka bertawakkallah kepada Allah,sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadanya".
al imran:159

Realisasikan Cinta dan Rindu kepadaNya dengan cara membuat apa yang dia sukai walaupun diri tidak menyukai.dan tinggalkan apa yang Allah benci,walaupun dirimu begitu menyukai.

-wallua'lam-

10 comments:

Nurr_Rahmah said...

salam Nisa,
Semoga kita sentiasa tabah dalam melalui dugaan hidup. Dunia adalah tempat ujian. Bersakit dan bersusah-payah adalah fitrah. Allah ingin menguji..

Salam ukhuwah-fillah..

syauqahwardah1209 said...

salam nisa yang disayangi kerana Allah;

firman Allah;
"Sesungguhnya Allah tidak membebani diri hambaNya kecuali atas dasar kemampuannya." [Al-Baqarah:286]

Dan Allah berfirman lagi;
"Kami tidak membebani diri kamu kecuali sesuai dengan kadar kemampuanmu." [Al-An'am:152]

Allah mengujimu kerana Dia mencintaimu..

elya khadijah said...

to nurr kasih..

insyaAllah kak..
dengan ujianlah Allah mentarbiyah hambaNya agar lebih mengenali penciptaNya..

elya khadijah said...

to kak safi..

syukran kak..
hanya janji-janjiNya yg tertulis dlm kalamNya yang mampu menenangkan hati dan menyakinkan kita agr lebih kuat mengharungi kehidupan dunia yg sementara ini..

syg kak safi..^_^

Unknown said...

Salam, syukran atas nasihat yg bermakna

elya khadijah said...

to fareesairi

wslm..afwan..skdr perkongsian bersama,,

cuz said...

kepada-Nya jualah tempat kita bermohon, dai-Nya jugalah datang kesusahan dan kesenangan, maka hanya pada-Nya lah kita bergantung..entri yang menyentuh perasaan ku..

elya khadijah said...

to cuz..

ya hanya padanya kita balikkan segala urusan..

trima kasih sudi ziarah blog sy..

Haulid Al-Hararr said...

sesungguhnya Allah sentiasa berada pada hati mereka yang ikhlas..

rangkullah cinta-NYA dengan kejap.. sehingga membuatkan kamu lemas dalam lamunan rinduNYA..

nisa said...

to haulid al harar..

syukran..lemas dalam lamunan rinduNya..tentu sungguh indah rasanya..^_^