..Ahlan Wa Sahlan..

Tuesday, February 15, 2011

..aKu TerPeSona..


 Bismillahirahmanirrahim..

Telah lama penulis membiarkan teratak ini bersawang ,kosong tanpa ada perkongsian yang mungkin memberi manfaat pada orang lain yang ditakdirkan Allah untuk singgah di teratak ini..

                                                        

Bukanlah sengaja tapi kekangan masa dan faktor-faktor lain menyebabkan kehendak penulis yang sebenarnya membuak-buak untuk menulis terbantut.
Sekaligus kemahiran penulisan yang hendak diasah turut terkandas..mungkin ini datangnya dari kelemahan diri penulis sendiri..


By the way..

Sedang jari jemari rancak menekan tetikus, mata penulis terpana dengan satu perkongsian dari seorang sahabat di salah satu laman sosial yang sungguh popular pada saat ini .
Hati ini terus terpesona pada si Dia yang punya ciri-ciri fizikal dan personaliti yang sungguh menawan yang dinyatakan dalam artikel tersebut..
Di antara isi kandungan artikel itu ialah:

 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.

Aku melihat cahaya dari lidahnya.

Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat 
matahari terbit.


 Rasulullah SAW jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

Rasulullah SAW umpama matahari yang bersinar.

Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.


 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti
bulan purnama.

 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.


Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

 Wajahnya seperti bulan purnama.

Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.




Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin 
jelas semasa marah.


 Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan 
luas sekali pertama kali melihatnya.


 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di 
bahagian depan.

Janggutnya penuh dan tebal menawan.


Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti 
arca.


 Rambutnya sedikit ikal

 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan 
kukuh.


Badannya tidak gemuk,tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi 
berukuran sederhana lagi kacak.


 Perutnya tidak buncit.


Dialah nabi Muhammad saw penghulu segala nabi,

Begitu indahnya sifat fizikal. Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Semoga kita tergolong dalam golongan umatnya yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” QS. Al Ahzab: 56


HTML scrollbox

No comments: