..Ahlan Wa Sahlan..

Thursday, November 22, 2012

..Alone..


Dalam kegelapan itu terbit cahayamu,memandu hambamu menemu iman...

Ku termenung sendiri...

cuba untuk bermuhasabah diri...

Malam itu hampir saja aku ingin menyalahkan takdir!!

Ku tatap wajahku di cermin,

Cuba untuk mengukir senyuman,

Senyuman pada ujian,

Ya ALLAH tabahkan hatiku Ya ALLAH,

Jangan kau biarkan aku merasa apa yang kau berikan sebagai bebanan buatku,

Biarlah aku merasa ia hadiah yang terindah dariMU

Mataku terasa berat untuk terbuka,

Kepalaku terasa berpinar-pinar

Ku rebahkan tubuhku ke perbaringan,

Subuh itu ku dikejutkan untuk menunaikan ibadah kepadaNYA,

Ku panjatkan doa kepadanya,

Semoga makin bertambah cintaku kepadaNYA,

pagi itu terasa begitu tenang,

Dan terasa begitu indah..

Terima Kasih Ya ALLAH.

Thursday, November 15, 2012

CameRon HighLands 12/11/12



A picture is worth a thousand words


















more pictures look at my FB elya khadijah


Sunday, November 11, 2012

UnTukMu Yang TeRindaH


Petang itu aku menemani mereka makan tengahari,

Ku tatapi wajah setiap seorang dari mereka,

Tiba-tiba hatiku terasa sebak,

Hingga tidak mampu ku menahan mutiara2 itu mengalir,

Semalam bahagia terasa,

Tapi hari ini kesedihan menyinggah,

Melihat seorang demi seorang sahabatku kembali ke kampung halaman,

Hatiku terasa kehilangan,

Sedikit pahit untuk ku telan,

Lebih-lebih lagi bila memikirkan saat kepulanganku nanti ke negeri kelahiranku Sabah,

Airmataku semakin deras mengalir sambil melangkah ke parking kereta,

Di cuit oleh seorang sahabatku supaya aku hentikan tangisan itu,

Tapi aku tidak mampu,

Kerana aku tidak tahu bila lagi akan bertemu,

Berkongsi rasa,

Berkongsi bantal,

Berkongsi makanan,

Aku rindu,

Aku pasti akan rindu pada mereka,

Ya, masa akan berlalu

Hari pun berganti,

Tapi kenangan itu tetap abadi di dalam hatiku,

Kerana aku begitu bersyukur

Aku sebahagian dari kamu,

Kerana kamu yang TERINDAH  dalam hidupku,

dan aku mencintaimu LILLAHITAALA

Dulu, Kini dan Selamanya..

" CENDOL DI HATI"

12 Nov 2012
2.50PM
Nukilan elya khadijah