..Ahlan Wa Sahlan..

Thursday, September 4, 2014

Hijab. Mulalah selebihnya Allah akan menguatkan!

Bismillahirrahmanirrahim...

Suatu petang, saya berkunjung ke sebuah salon..

"Dik, ada buat perkhidmatan cuci rambut untuk wanita bertudung?"

"Ha? Tiada kak, cubalah cari di tempat lain" mukanya kehairanan, langsung tiada senyuman.

"Mmm..boleh kak jumpa dgn bos?"

"Kami xbuat disini kak" mukanya masam mencuka. Customer di salon turut memerhatikan aku.

"Kenapa?" Tanya seorang pekerja salon disitu.

"Ni kak ni mau cuci rambut tpi mau tempat bertutup!" 

"Oh, boleh2 sini kak" sambil melabuhkan tirai yang ada disitu.

"Adik ok ka?" Aku rasa x sedap hati tgk riak wajah adik tu..kemudian dia hanya mengganguk senyum terpaksa.

Dia mula mencuci, mulanya aku diam..beberapa minit kemudian aku cuba bermesra dengannya..bertanya itu ini.

"Kenapa kak mau bertutup? Kenapa tidak boleh nampak rambut??" Tiba2 soalan itu keluar dari mulutnya.

Aku tersenyum..patutlah masam saja wajahnya tadi rupanya ada benda yang dia belum mengerti.

"Rambut ni salah satu aurat kita dik, tak boleh sembarangan orang tengok..berdosa kita nanti."

"Jadi, kami ni macamna?? Berdosalah kami?? Siapa saja yang boleh tgk rambut kita?"

"Siapa yang adik tak boleh kahwin, mereka tu la yg boleh tgk..sapa yg boleh kita kahwini mmg kena tutuplah. Contohnya sepupu lelaki..adik boleh kahwin dengan dia, jadi dengan dia kena pakai tudung."

"Saya ni kak dri dlu mau bertudung tapi..."

"Tapi tak faham kenapa harus bertudung?"aku cuba meneka

"Iya kak..hmm.."

"Rambut kita ni aurat, aurat kita maruah kita dik. Sebab tu kita kena jaga supaya tidak mudah orang ambil kesempatan terhadap kita." 

"Tapi mcmna kak saya ni kerja salon susahla saya kalau mau bertudung.."

"Takpa dik pelan-pelan..tapi kita kena mula dulu inshaaAllah seterusnya Allah pasti tunjukkan jalan keluarnya."



"InshaaAllah kak, saya pun baru mau mula belajar solat"

"Kalau adik perlukan bantuan minta ajar apa-apa inshaaAllah kak boleh bantu..kawan-kawan kak pun ramai boleh beri tunjuk ajar"

"Yaka kak..Ok kak" 

Aku mula melihat senyuman di wajahnya, manis sekali. Alhamdulillah syukur.

Selama aku menjalani kehidupan di daerah sendiri, sudah ramai yang aku temui insan begini. 

Di luar nampak ranggi, sangat social, seksi dan kasar tapi bila didekati mashaaAllah di sudut hati mereka ternyata ada keinginan untuk berubah menjadi lebih baik namun mungkin tidak tahu harus mulai dari mana, dengan apa, bagaimana dan bersama siapa untuk berubah. Benarlah manusia ini dilahirkan bersama satu fitrah, iaitu fitrah sukakan kebaikan.

Pertemuan dengan insan-insan seperti ini banyak menyedarkan kita betapa berharganya hidayah yang Allah berikan pada kita. Sungguh hidayah ini perlu dijaga dengan baik kerana bila-bila masa hidayah itu bisa hilang dan mungkin tidak akan kembali. Betapa ruginya..Nauzubillah.

2 comments:

Pen Tekan Admin said...

Assalamualaikum..
Saya azhar dari blog Pen Tekan Blog. Sya masih bru dalam dunia blog dan sya mahu berkongsi link blog dengan saudari. Sya akan masukkan link blog ni ke dalam bloglist. Sya hrap saudari juga dpt memasukkan link blog kedalam bloglist saudari.
TERIMA KASIH

http://pentekan.blogspot.com

elya khadijah said...

InshaaAllah, boleh..