..Ahlan Wa Sahlan..

Friday, February 5, 2010

ILmu taNpa IMan Ibarat IBLIS n SYAITAN




Bismillahirahmanirrahim

Pada ahad yang lalu saya dan sahabat-sahabat yang lain pergi menghadiri Forum Perdana di Jitra ,Kedah..isi yang disampaikan dalam majlis ilmu nie sangat bermanfaat bagi saya..malah cara penyampaian ahli panel sungguh menarik minat saya dan semua audiens yang berada di dewan pada malam itu. Saya berasa sangat beruntung dapat menghadirinya..jadi saya nak kongsi apa yang saya dapat malam tue..MySpace

Forum Perdana Hal Ehwal ISlam

Tajuk : "Pendidikan asas kecemerlangan ummah"

Tarikh : 31.1.2009

Tempat : Dewan Wawasan Jitra,Kedah.

Ahli Panel : YBHG Dato' Sheikh Mohd Badaruddin Bin Haji Ahmad
(Mufti Negeri Kedah)

Ustaz Roslan Che Ros (JAIS negeri Pulau Pinang)

YBHG Tuan Sheikh Fisol Bin Haji Omar (pegawai Agama Daerah Kubang Pasu )

Dipengerusikan Oleh YBHG ustaz Mohd Fazli Abd Halim


Pusingan Pertama : MeNgApa ILmu Itu PeNting??



  • Surah al Alaq menjelaskan dimana Jibril diutus untuk mengajar Rasulullah.
  • sekiranya manusia itu berilmu dia mempunyai keistimewaan sendiri berbanding orang yang tidak mempunyai ilmu.
  • Pendidikan itu bermula dari rumah..





Nabi SAw bersabda.
."Menuntut ilmu itu dari kita berada dalam buaian sehingga ke Liang Lahad"MySpace
  • Dengan ilmulah terbezanya MANUSIA dgn HAIWAN.
  • Dengan Ilmu dari akal yang ada maka terbinalah individu yang Hebat dan berakhlak tetapi sebaliknya manusia yang tidak menggunakan ilmu dengan sebaiknya mereka itu seperti binatang malah lebih rendah dari binatang.MySpace
  • Dengan ilmu yang diturunkan kepada Nabi Adam AS maka darjat Nabi Adam lebih tinggi dari MAlaikat...
  • Allah mengangkat darjat orang yang berilmu





Jangan sampai akal  dipimpin dengan nafsu terutamanya ilmu ttg ibadah
"Ibadah tanpa Ilmu tidak akan diterima" 

  • Orang yang berilmu ini jarang berDUSTA.
"Sesiapa yang hendak kepada kejayaan Dunia maka hendaklah dengan ilmu,siapayang hendak kepada akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang mahu kedua-duanya maka hendaklah juga dengan ilmu"

-Beza Orang Berilmu dengan Orang  X berilmu

  1. Org berilmu cerdik,org x berilmu bodoh (umum)
  2. Orang berilmu tidak akan mengaku dia org yag berilmu dan hebat.
  3. Org berilmu amalannya sah
  4. Org berilmu kehidupannya lebih mudah- CTH : rumahtangga bahagia sebaliknya X berilmu kehidupanya payah sebab semuanya serba tak tahu..
  5. Org  Berilmu ramai yang ingin dekati..sebaliknya, org menjauhi dari dia.
  6. Org berilmu rezekinya murah..org Xb'ilmu sebaliknya
  7. Apabila org berilmu menyampaikan ilmu dia akan dapat pahala,org Xberilmu xdpt pahala sebab Xda ilmu yg nak dikongsikan. 
Ilmu sahaja tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN kerana IBLIS n SYAITAN juga mempunyai banyak ilmu tapi tidak beriman kpd ALLAH SWT.

Iman saja tanpa ilmu,tidak boleh juga krana ia ibarat pokok tanpa buah

Ilmu taNpa Iman pula Ibarat IBLIS n SYAITAN.

                                            




ILMU harus diiringi dengan iman dan amal..tiga elemen ini wajib bersama..tidak boleh berpisah..barulah ilmu itu berfaedah dan bermanfaat untuk semua orang.

sabda Nabi:

"Barangsiapa yang menyembunyikan ilmu ,maka terimalah nasibmu kelak Allah akan kekang mulut dia dengan besi dari APi Neraka" 


~Nauzubillah..maka sampaikan pesan RAsulullah walau sepotong ayat..MySpace





6 comments:

Husna Hadzarami said...

orang yang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan daripada 1000 orang abid (orang yang beramal tanpa ilmu)

;)

Hurul Ummi said...

nak nangis tapi tahan.
sentap.

beramal tapi ilmu tak cukup.
berjuang tapi ilmu tak cukup.
berdakwah tapi ilmu tak cukup.

T___T kasihanya kak ummi.takpalah.kita sama2 belajar yaa.memberi dan menerima dalam satu masa.

nisa90 said...

To kak Husna..

yeke..subhanaAllah..InsyaAllah sama2 kita mengamalkannya..

nisa90 said...

to kak ummi..

InsyaAllah kak ummi..

mmg susah kita nak berdakwah tanpa ilmu...

ilmu yang ada didada pun ni sangat cetek jika dibandingkan dgn org lain..

Insya Allah kita cuba yg terbaik..

abdullah said...

ilmu itu adalah yang membuatkan kita takut pada Allah

nisa90 said...

to Abdullah..

betul tu..kita menuntut ilmu bukan untuk menambahkan pengetahuan tetapi untuk melaksanakan perintah Allah dan RasulNya..wallahu'alam