..Ahlan Wa Sahlan..

Sunday, February 27, 2011

..Hebatnya PenaNgan APUNG!!..

Bismillahirahmanirrahim..


Tadi singgah jap kat mall, pastu kak cashier tu pun tanya aku soalan..

cashier: dik tau tak budak2 UUM yg lain ni pi mana, sunyi sepi je, pi mana tah semua?

elya: ( tersenyum) diorang sibuk kot kak..sibuk wat PROGRAM (dlm hatiku:sbb nak kejar sira takut kena APUNG) so masa utk lepak2 tu xdok hehehe

cashier : ooh..(dgn airmuka yg kehairanan sambil senyum)

elya:(dalam hati) hebat sungguh isu yg berlaku skg sampai kakak2 tu pun merasa kehilangan  bdk2 uum nie..

aih apalah nasib..

sabar je la ya..kita sendiri yang tak nak bersuara..last2 ayat yg keluar dari mulut kita “dah itu peraturan..apa boleh buat”

lu ada akal dan hati lu fikir la sendiri apa yg bole lu dpt dari crita ni..^_^


Thursday, February 24, 2011

..RaPuh..

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Ya Allah tetapkan bagiku yang tak kan tercapai kecuali dengan kemurahanMu, Kau 

tenteramkan aku di tempat ketakutan dengan perlindunganMu, Kau lindungi aku dari 


gundah gulana dengan bentengMu.

Sungguh Engkaulah yg terkasih dari segala yang pengasih..Ku akui saat ini aku

terasa hampir rapuh dgn dugaanMU ya ALLAH..tapi jangan KAU biarkan kerapuhan itu menghancurkan ketaatanku padaMU. 


Ya Allah semoga airmata ini menjadi saksi untukku mendapat secebis rahmat darimu di akhirat kelak..



Ya Allah kuatkan hati sahabat-sahabat seperjuanganku..sungguh jalan ini memeritkan pada luarannya ya Allah tapi aku yakin akan kemanisan dan keindahan yang tidak tertanding nilainya .

Saturday, February 19, 2011

..SeseGar Titisan emBUn..

Bismillahirahmanirrahim..



Hayati KEINDAHAN alam disekelilingmu..agar hatimu lebih TENANG dan sesegar titisan embun yang membasahi pokok-pokok yang menghiasi  alam



Jadikan hari ini LEBIH BAIK dari semalam..




“Lets gone by gone”

Friday, February 18, 2011

..NoTa HaTi buat SahaBat PerJuanGan..



Bismillahirahhmanirrahim..

                                   


Usia makin berkurang,

Masa berlalu begitu pantas,

Tatkala Manusia juga sibuk berlumba-lumba demi memenuhi  kepuasan NAFSU Dunia,

Terdapat segelintir manusia yang berusaha keras menyelamatkan hatinya agar tidak  dibawa hanyut deras keseronokan dunia SEMENTARA..

Dua golongan ini sangat SIBUK..sibuk urus itu ini..

tapi kesibukan itu jelas terang lagi bersuluh sangat berbeza..

golongan pertama disibukkan dengan hal dunia sehingga LUPA tugasnya sebagai HAMBA,kehidupan sehari-hari disajikan dengan kemewahan dan kegembiraan yang tiada batasnya..sehingga tidak sedar tujuan sebenar hidupnya..

                                             

Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)

Golongan yang kedua pula disibukkan dengan PERJUANGAN yang sungguh memeritkan,perjalanan yg tidak dibentangkan dengan karpet merah..mereka tidak ramai,bilangan yang sungguh sedikit, malah dipandang serong oleh segelintir manusia yang lain.Namun perjuangan itu telah menjanjikan satu KEMANISAN yang tidak mungkin dirasa oleh mereka yang tidak turut sama menyakini hakikat perjuangan ini.

akhir-akhir ini, kesibukan menghiasi hari-hariku..dan aku yakin hari yang akan mendatang mungkin lebih dari itu..

Teringat kata-kata As syahid Imam Hassan Al banna..
"Tanggungjawab atau amanah yang kita pegang adalah lebih banyak berbanding masa yang kita ada"



hanya satu yang aku harapkan..

semoga kesibukan yang aku alami sekarang bukanlah kesibukan seperti golongan pertama.

kepada sahabat-sahabat perjuanganku..tatkala dikau lemah..bermunajatlah pada TuhanMu yang satu-satunya yang berkuasa memberikanmu kekuatan yang LUARBIASA agar terus tegar dalam menyusuri jalan dakwah ini..

semoga kita terus thabat dalam perjuangan ini!!.

ALLAHU AHAD ALLAHU AHAD!!!!

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal". (AL ANFAAL (Rampasan perang) ayat 2) 




HTML scrollbox

Tuesday, February 15, 2011

..aKu TerPeSona..


 Bismillahirahmanirrahim..

Telah lama penulis membiarkan teratak ini bersawang ,kosong tanpa ada perkongsian yang mungkin memberi manfaat pada orang lain yang ditakdirkan Allah untuk singgah di teratak ini..

                                                        

Bukanlah sengaja tapi kekangan masa dan faktor-faktor lain menyebabkan kehendak penulis yang sebenarnya membuak-buak untuk menulis terbantut.
Sekaligus kemahiran penulisan yang hendak diasah turut terkandas..mungkin ini datangnya dari kelemahan diri penulis sendiri..


By the way..

Sedang jari jemari rancak menekan tetikus, mata penulis terpana dengan satu perkongsian dari seorang sahabat di salah satu laman sosial yang sungguh popular pada saat ini .
Hati ini terus terpesona pada si Dia yang punya ciri-ciri fizikal dan personaliti yang sungguh menawan yang dinyatakan dalam artikel tersebut..
Di antara isi kandungan artikel itu ialah:

 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.

Aku melihat cahaya dari lidahnya.

Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat 
matahari terbit.


 Rasulullah SAW jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

Rasulullah SAW umpama matahari yang bersinar.

Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.


 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti
bulan purnama.

 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.


Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

 Wajahnya seperti bulan purnama.

Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.




Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin 
jelas semasa marah.


 Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan 
luas sekali pertama kali melihatnya.


 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di 
bahagian depan.

Janggutnya penuh dan tebal menawan.


Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti 
arca.


 Rambutnya sedikit ikal

 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan 
kukuh.


Badannya tidak gemuk,tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi 
berukuran sederhana lagi kacak.


 Perutnya tidak buncit.


Dialah nabi Muhammad saw penghulu segala nabi,

Begitu indahnya sifat fizikal. Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Semoga kita tergolong dalam golongan umatnya yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” QS. Al Ahzab: 56


HTML scrollbox