..Ahlan Wa Sahlan..

Monday, September 12, 2011

..seNtaP..

Bismillahirahmanirrahim

syukur ke atas rahmat Allah swt kerana kita semua masih diberikan peluang untuk terus bernafas di atas muka bumi.


Hari ini merupakan hari yang cerah di tempat pengajian saya iaitu UUM,sintok Kedah tidak seperti hari sebelumnya hari kuliah kami disambut dengan air hujan yang membasahi tubuh,baju,beg dan sebagainya tapi bagi  adik-adik baru menjejak kaki ke UUM air hujan yang turun bukanlah peluntur semangat menuntut ilmu yang masih segar dalam hati dan minda mereka.Berbeza pulak keadaannya bagi "SENIOR-SENIOR" UUM, pastinya suasana kedinginan semasa hujan makin mencantas semangat untuk ke kuliah , apa yang terbayang difikiran hanyalah tilam dan bantal yang empuk di bilik.

Disebabkan kelas banyak tak mula belajar lagi,jadi saya sempatlah menjejak kaki ke libray kejap tadi..sibuk menyelak buku yang berkenan di hati saya pun jumpa satu buku ni tajuknya menuju kepada islam karya Fathi Yakan.

walaupun saya tidak sempat habiskan buku tu, tapi muqaddimah buku ini sudah cukup menyentap jiwa-jiwa pada batang tubuh yang mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang agama Allah/pendakwah . Di sini saya ingin kongsi salah satu peristiwa yang diceritakan dalam buku tersebut.

kisahnya lebih kurang macam ni..

semasa zaman Rasulullah saw, Rasulullah telah didatangi oleh seorang arab badwi.Lelaki itu datang menemui Rasulullah saw dan terus berkata

" Ya Rasulullah, aku ingin  bersama-samamu"

di dalam satu peperangan Rasulullah saw ,lelaki badwi itu pun ada turut serta.Dan dengan izin Allah swt tentera islam mendapat harta rampasan .Rasulullah saw pun membahagikan harta tersebut termasuk lelaki badwi tadi,.

lelaki badwi itu berkata ,

"ya Rasulullah ,bukan ini yang aku harapkan tapi SYAHID dan syurga Allah itu yang aku inginkan"

Rasulullah saw pun menjawab "jika benar kata-katamu itu,maka Allah akan membenarkan kata-katamu itu"

lalu lelaki arab badwi itu pun turun berperang ,selesai peperangan itu lelaki badwi itu pun mati syahid, sahabat-sahabat nabi pun membawa mayat lelaki itu..

Rasulullah saw pun berkata "benarkah itu dia?"

para sahabat menjawab "ya benarlah ini dia"

rasulullah pun membalas " Allah swt telah membenarkan kata-katanya"

seperti Firman Allah swt dalam surah at-Taubah

" Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun kata mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh ( sebagai )janji yang benar dari Allah didalam taurat, injil dan al Quran dan siapakah yang lebih menepati janjiNya selain Allah swt? maka bergembiralah dengan jual beli yg telah kamu lakukan itu.dan demikian itulah kemenangan yang Agung" 


semoga perkongsian ini memberi manfaat pada sahabat-sahabat semua.


nukilan nisa
12/9/2011




Wednesday, September 7, 2011

Kesempatan dalam kesempitan..

Bismilahirahmanirrahim..

                 
                                                
How are you my lovely readers??hope you all always be fine..
Macam biasala kan..kalau saya balik sabah mesti update blog punya sebab bila transit dari alor setar ke lcct kuala lumpur ni saya akan stay dekat kedai-kedai makan dekat lcct ni..so apalagi wifi ada,masa ada,makanan ada..cukup untuk bekalan menjelajah ke alam maya..hihihi..

So cerita kali ini takdalah seronok sangat tapi saya nak cerita juga.
Nak tahu tak setiap kali naik flight,ada beberapa perkara yang membuatkan hati ini gundah gulana…ceh2..xdelah maksudnya tu lebih kurang buat saya risaula..nak tahu apa?
Perkara pertama bila saya dah dapat boarding pass tu,saya akan check kat mana saya duduk , so tadi pagi bila saya check …gulp!!..saya dapat 8B,means tempat duduk tu  bahagian tengah..

NOooo..

U know what,I really don’t like to sit in the middle of two people..i feel uncomfortable..
Tapi masa tu saya doalah juga moga-moga orang yang duduk sebelah saya tu wanita/perempuan,it makes me feel better.

Setelah menanti sejam ,sang pramugari yang sikit punya cute pun announced untuk pelepasan..dengan gagahnya saya melangkah dengan mengalas beg yang berat macam gajah tu menuju ke kapal terbang.

And u know what happen next??
Tengah saya slowly walking  sambil mencari seat saya tu..i  see something that make my heart feel..huh..
Guess what??
Kedua-dua tempat duduk sebelah seat saya tu dah ada orang duduk…dan mereka itu kedua-duanya LELAKI! Oh my goodness..saya pun senyum yang tak berapa nak jadi kat mereka..

Jadi lelaki tu pun berdirilah nak bagi saya ruang untuk duduk kat tengah tu..jadi saya ni pun dengan pantasnya memikirkan jalan paling selamat.

“mmm..boleh tak saya…”saya memulakan bicara sebelum melangkah duduk sambil melihat tempat duduk tu.
“oh awak nak duduk tepi?mmm..ok.”lelaki tu membalas ayatku yang tak abis tadi,sambil melangkah ke seat tengah.
“terima kasih”balasku sambil melemparkan senyuman kepadanya  kerana sudi memahami.
“syukur  Alhamdulillah,Abang ni macam tahu-tahu saja hasrat hati aku ni,nasib baik dia tak skema”monologku sendiri sambil tersenyum lebar.

saya begitu berhati-hati menjaga pergerakan selama duduk kat situ..faham-faham sajalah kan kapal tu bukannya besar sangat jadi jarak kita dengan penumpang lain tu agak dekat.
Kalau naik flight saya selalu pakai jaket yang besar yang tebal sikit dan beg kat belakang ,selain untuk keperluan dan suhu yang sejuk kat kapal tu ia juga saya gunakan untuk 
PROTECTION!!..hihihi..

nampak macam remeh tapi hakikatnya dekat kapal terbang dan airport ni macam-macam orang ada dengan pelbagai ragamnya,betul tak?
 so,kita sebagai wanita kenalah pandai jaga diri kita yang begitu berharga,terutama bila jalan sorang-sorang macam saya ni. Jangan biar diri kita ni jadi mangsa RABA and ect..nauzubillah..masa inilah orang suka nak ambil KESEMPATAN dalam kesempitan!!.
 Tapi apa yang lebih penting dari itu adalah PERGANTUNGAN KITA TERHADAP PERLINDUNGAN ALLAH SWT.bila keluar saya selalu amalkan satu doa ni,jadi saya nak kongsi untuk readers saya.,moga ia bermanfaat utuk kita semua.
Oklah sampai sini dulu cerita saya untuk kali ini.terima kasih sudi membaca.

Nukilan nisa

11.00am 28.5.2011,lcct kuala lumpur.

*By the way for ur information..after I’ve finished this entry,I realized that there is no wifi for the whole time I been there,huhuhu..i feel so boring but luckly I’ve book to read dan I can listen to music,that’s way this  entry have been published now.sorry