..Ahlan Wa Sahlan..

Monday, September 12, 2011

..seNtaP..

Bismillahirahmanirrahim

syukur ke atas rahmat Allah swt kerana kita semua masih diberikan peluang untuk terus bernafas di atas muka bumi.


Hari ini merupakan hari yang cerah di tempat pengajian saya iaitu UUM,sintok Kedah tidak seperti hari sebelumnya hari kuliah kami disambut dengan air hujan yang membasahi tubuh,baju,beg dan sebagainya tapi bagi  adik-adik baru menjejak kaki ke UUM air hujan yang turun bukanlah peluntur semangat menuntut ilmu yang masih segar dalam hati dan minda mereka.Berbeza pulak keadaannya bagi "SENIOR-SENIOR" UUM, pastinya suasana kedinginan semasa hujan makin mencantas semangat untuk ke kuliah , apa yang terbayang difikiran hanyalah tilam dan bantal yang empuk di bilik.

Disebabkan kelas banyak tak mula belajar lagi,jadi saya sempatlah menjejak kaki ke libray kejap tadi..sibuk menyelak buku yang berkenan di hati saya pun jumpa satu buku ni tajuknya menuju kepada islam karya Fathi Yakan.

walaupun saya tidak sempat habiskan buku tu, tapi muqaddimah buku ini sudah cukup menyentap jiwa-jiwa pada batang tubuh yang mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang agama Allah/pendakwah . Di sini saya ingin kongsi salah satu peristiwa yang diceritakan dalam buku tersebut.

kisahnya lebih kurang macam ni..

semasa zaman Rasulullah saw, Rasulullah telah didatangi oleh seorang arab badwi.Lelaki itu datang menemui Rasulullah saw dan terus berkata

" Ya Rasulullah, aku ingin  bersama-samamu"

di dalam satu peperangan Rasulullah saw ,lelaki badwi itu pun ada turut serta.Dan dengan izin Allah swt tentera islam mendapat harta rampasan .Rasulullah saw pun membahagikan harta tersebut termasuk lelaki badwi tadi,.

lelaki badwi itu berkata ,

"ya Rasulullah ,bukan ini yang aku harapkan tapi SYAHID dan syurga Allah itu yang aku inginkan"

Rasulullah saw pun menjawab "jika benar kata-katamu itu,maka Allah akan membenarkan kata-katamu itu"

lalu lelaki arab badwi itu pun turun berperang ,selesai peperangan itu lelaki badwi itu pun mati syahid, sahabat-sahabat nabi pun membawa mayat lelaki itu..

Rasulullah saw pun berkata "benarkah itu dia?"

para sahabat menjawab "ya benarlah ini dia"

rasulullah pun membalas " Allah swt telah membenarkan kata-katanya"

seperti Firman Allah swt dalam surah at-Taubah

" Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun kata mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh ( sebagai )janji yang benar dari Allah didalam taurat, injil dan al Quran dan siapakah yang lebih menepati janjiNya selain Allah swt? maka bergembiralah dengan jual beli yg telah kamu lakukan itu.dan demikian itulah kemenangan yang Agung" 


semoga perkongsian ini memberi manfaat pada sahabat-sahabat semua.


nukilan nisa
12/9/2011




No comments: