..Ahlan Wa Sahlan..

Saturday, December 22, 2012

Bad Boy!


Bismillahirrahmanirrahim

Antara pesanan terakhir Rasulullah SAW di akhir hayatnya ialah "Pertahankan wanita dan berbuat baiklah dengan mereka..." HR Tarmizi

Sekeras dan SEKUAT manapun wanita itu pasti ada saatnya memerlukan bantuan dan perlindungan dari kaum adam kerana itu Rasulullah Saw menyampaikan pesanan ini bukan hanya utk para mujahidin yg ada pada saat itu tapi seluruh kaum adam termasuklah yg ada pada abad ini..

tapi sedikit terkilan dengan kaum adam yg mengelar dirinya sbgai MUJAHIDIN begitu buruk sikapnya terhadap kaum wanita-wanita yg turut sama ingin menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah Saw..MALULAH pada Rasulullah SAW yg sedikitpun tidak pernah bersikap buruk pada wanita hatta wanita NON-MUSLIM malah kelembutan dan perlindungan yang diberikan!

semoga diri kalian lebih baik selepas ini.syukran..


Friday, December 14, 2012

Team Wonderpets!

Bismillahirahmanirrahim..


This is our usrah team WONDERPETS! usrah yg sempoi, relax, fun but indeed lots of benefit and knowledge that you can gain..so apa tunggu lagi come join us at USRAH WONDERPETS. ^_^

Wednesday, December 12, 2012

Jeju Island of Malaysia..




Holiday to Pulau Pangkor...^^






























Alhamdulillah ciptaan Allah yang maha sempurna dan indah..:)

Thursday, November 22, 2012

..Alone..


Dalam kegelapan itu terbit cahayamu,memandu hambamu menemu iman...

Ku termenung sendiri...

cuba untuk bermuhasabah diri...

Malam itu hampir saja aku ingin menyalahkan takdir!!

Ku tatap wajahku di cermin,

Cuba untuk mengukir senyuman,

Senyuman pada ujian,

Ya ALLAH tabahkan hatiku Ya ALLAH,

Jangan kau biarkan aku merasa apa yang kau berikan sebagai bebanan buatku,

Biarlah aku merasa ia hadiah yang terindah dariMU

Mataku terasa berat untuk terbuka,

Kepalaku terasa berpinar-pinar

Ku rebahkan tubuhku ke perbaringan,

Subuh itu ku dikejutkan untuk menunaikan ibadah kepadaNYA,

Ku panjatkan doa kepadanya,

Semoga makin bertambah cintaku kepadaNYA,

pagi itu terasa begitu tenang,

Dan terasa begitu indah..

Terima Kasih Ya ALLAH.

Thursday, November 15, 2012

CameRon HighLands 12/11/12



A picture is worth a thousand words


















more pictures look at my FB elya khadijah


Sunday, November 11, 2012

UnTukMu Yang TeRindaH


Petang itu aku menemani mereka makan tengahari,

Ku tatapi wajah setiap seorang dari mereka,

Tiba-tiba hatiku terasa sebak,

Hingga tidak mampu ku menahan mutiara2 itu mengalir,

Semalam bahagia terasa,

Tapi hari ini kesedihan menyinggah,

Melihat seorang demi seorang sahabatku kembali ke kampung halaman,

Hatiku terasa kehilangan,

Sedikit pahit untuk ku telan,

Lebih-lebih lagi bila memikirkan saat kepulanganku nanti ke negeri kelahiranku Sabah,

Airmataku semakin deras mengalir sambil melangkah ke parking kereta,

Di cuit oleh seorang sahabatku supaya aku hentikan tangisan itu,

Tapi aku tidak mampu,

Kerana aku tidak tahu bila lagi akan bertemu,

Berkongsi rasa,

Berkongsi bantal,

Berkongsi makanan,

Aku rindu,

Aku pasti akan rindu pada mereka,

Ya, masa akan berlalu

Hari pun berganti,

Tapi kenangan itu tetap abadi di dalam hatiku,

Kerana aku begitu bersyukur

Aku sebahagian dari kamu,

Kerana kamu yang TERINDAH  dalam hidupku,

dan aku mencintaimu LILLAHITAALA

Dulu, Kini dan Selamanya..

" CENDOL DI HATI"

12 Nov 2012
2.50PM
Nukilan elya khadijah




Friday, October 26, 2012

Eid Mubarak


Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillah..my Blog’header come back..^_^..mood happy di pagi Eid Mubarak..walaupun sendirian tapi tetap bersyukur masih diberi kesempatan hidup hingga ke saat ini , masih juga punya rezeki untuk mengisi perut..apa yang pasti pengalaman ini akan ku jadikan sebagai kenangan yang terindah menghiasi hari-hariku sebagai perantau di negeri orang.Alhamdulillah.

Thursday, October 18, 2012

Mahkota Org Tua






Dari Muadz bin Anas bahwa Rasulullah saw bersabda :

“Barangsiapa yang membaca Al Qur`an dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan MAHKOTA kepada kedua ORANG TUANYA pada Hari Kiamat kelak.

(Dimana) CAHAYANYA lebih terang dari pada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa ganjaran itu disebabkan dengan amalan yang seperti ini. ” H.R. Abu Daud.



Monday, October 15, 2012


Bismillahirahmanirrahim..

Hampir 3 bulan blog saya dibiarkan tanpa sebarang input /perkongsian buat sahabat blogger saya ,insyaALLAH dalam tempoh sepanjang semester ini saya akan cuba juga untuk update sebanyak mungkin sebab kemungkinan lepas dah habis belajar ni saya akan sibuk untuk internship session pulak .

Actually, there is too much that I want to tell you all but “it’s stuck in the bottle’s neck”..haha suka hati jak buat peribahasa sendiri! (amaran! Jgn ikut ya..)
insyaALLAH jika diberi kesempatan saya akan kongsi detik-detik indah saya menerima hadiah terindah dariNYA and I do hope , it can help others to be more motivated dari apa yang saya akan ceritakan but I don’t know when is the right time. But I  wish I can share with u one day insyaALLAH.
It’s the time to sleep now..good bye everyone.

Jangan lupa berwudhuk ,bc doa tidur, syahadah dan berdoa

“ Bismillahirrohmanirohim, Ya ALLAH andai engkau mentaqdirkan aku masih punya peluang untuk hidup esok semoga ia lebih baik dari hari ini, tapi jika engkau mentaqdirkan mati untukku matikan aku dalam iman dan tempatkanlah aku di kalangan hambaMu yang engkau kasihi…Amin” 

Saturday, October 13, 2012

8 ganjaran utk ISTERI SOLEHAH


Bismillahirahmanirrahim


8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah



1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.



5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Friday, June 8, 2012

Doa Menghindar BAHAYA..:)




Bismillahirahmanirrahim..

Setelah sekian lama menyepi..
Kini dia kembali..
Kembali melakar canvas kehidupannya..
Mungkin ada yang tertanya-tanya..
Ke mana perginya dia..
Biarlah…
Biar saja persoalan itu berlalu..
Kini dia membawa satu semangat baru..
Jangan dipatahkan
tapi bantulah dia menyemarakkan api semangatnya..


Alhamdulillah..
Semoga saja sahabat-sahabat maya saya sentiasa berada dalam lembayung rahmatnya,
Hari ini saya baru saja menduduki peperiksaan subjek pertama, walaupun tidak sepenuhnya menjawab dengan yakin tapi syukurlah saya dah mencuba sedaya upaya saya.

Entri kali ini cuma nak kongsi satu Doa pelindung diri..

Sesungguhnya Allah TAKKAN jadikan semua tu berBAHAYA atau mudarat kpd diri manusia sekiranya itu bukan kehendakNya... Tapi kalau Allah hendak, besi dari langit pun tiba-tiba boleh JATUH menimpa kepala manusia. Allahuakbar...

Doa kat bawah ni adalah sebahagian doa dari Al Ma'thurat, DOA yg Rasulullah amalkan pd setiap pagi dan petang.

Salah satu FADHILATnya;

Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda : " Barangsiapa di waktu pagi mengatakan ; a'uzubillahis sami'il 'alimi minsyatonir rajim, akan dibebaskan dari gangguan syaitan hingga ke petang "

Doa / zikir ini juga boleh menghindarkan kita dari bahaya bencana di dunia ini..contohnya kemalangan,kebakaran dan lain INSYAALLAH..






Tuesday, April 17, 2012

..Enjin X ada??..

Bismillahirahmanirrahim..
Hari kita berkongsi satu cerita tenteng seorang tentera ya..selamat membaca.


Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... 

Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...

Kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...

Keluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....


 

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... Jangan lupa untuk klik SHARE sebagai saham kita di akhirat kelak...
Inshaallah...wallahualam...

Sunday, April 15, 2012

..cleaNing!!..

Bismillahirahmanirrahim..

Fuh fuh fuh..banyaknya habuk..
Kesian blog saya ni..dah lama tak terisi..
Entahlah tuan punya blog ni buat apa sampai tak update2 sampai sekarang..nak kata sibuk tak la sangat.

Dia kata tunggu mood..mood pun tak datang-datang..
Tak apalah hari ni sekadar nak berkongsi satu kata-kat semangat memandangkan kita baru lepas cuti pertengahan semester ni semuanya rasa layu kan..






Jadi kalau korang sedar yang kita ni masih lagi dalam pertengahan jalanan..so kita tak boleh nak lemah-lemah  layu-layu ni..kena bersemangat dalam meneruskan perjalanan kita ni.OKEY!

Selamat menjalani kehidupanmu dengan ceria