..Ahlan Wa Sahlan..

Tuesday, April 17, 2012

..Enjin X ada??..

Bismillahirahmanirrahim..
Hari kita berkongsi satu cerita tenteng seorang tentera ya..selamat membaca.


Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... 

Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...

Kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...

Keluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....


 

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... Jangan lupa untuk klik SHARE sebagai saham kita di akhirat kelak...
Inshaallah...wallahualam...

Sunday, April 15, 2012

..cleaNing!!..

Bismillahirahmanirrahim..

Fuh fuh fuh..banyaknya habuk..
Kesian blog saya ni..dah lama tak terisi..
Entahlah tuan punya blog ni buat apa sampai tak update2 sampai sekarang..nak kata sibuk tak la sangat.

Dia kata tunggu mood..mood pun tak datang-datang..
Tak apalah hari ni sekadar nak berkongsi satu kata-kat semangat memandangkan kita baru lepas cuti pertengahan semester ni semuanya rasa layu kan..






Jadi kalau korang sedar yang kita ni masih lagi dalam pertengahan jalanan..so kita tak boleh nak lemah-lemah  layu-layu ni..kena bersemangat dalam meneruskan perjalanan kita ni.OKEY!

Selamat menjalani kehidupanmu dengan ceria

Tuesday, December 27, 2011

.. Miss You Like CraZy!..

Bismillahirahmanirrahim..

Dikala hening subuh..
Sekujur  tubuh melangkah menuju ke bilik air,
Membersihkan anggota wudhuknya dengan tumpahan air,

Sunyi ,

Itulah keadaan yang dirasai oleh safiyyah setiap kali bangun menunaikan solat subuh di awal waktu,
Telekung dicapainya dan sejadah putih kesayangannya dihamparkan, kedengaran sayup-sayup kalimah suci meniti di bibirnya,

Anggota tubuhnya bergerak mengikut tertib,
Tatkala dahi sujud  bagaikan mencium bumi ,tidak mampu ditahan perasaan yang bergolak di hatinya,

Akhirnya sejadah itu basah dengan titisan airmata,
Kesyukuran dipanjatkan kepada PenciptaNYA, betapa besarnya kasih sayang Allah yang dirasainya saat itu,



Setelah lama berperang dengan keperitan dan bergelumang dengan airmata, akhirnya Allah memberikan ganjaran yang tidak disangka-sangka olehnya.

kerinduan yang mencengkam dirinya sedikit sebanyak mula terubat.

Tiada kalimat yang lebih agung yang harus dilafazkannya selain ALHAMDULILLAH!!

BERSANGKA BAIKLAH PADA ALLAH DAN BERSABARLAH.

Itulah yang prinsip yang dipegang teguh oleh safiyyah.
Dalam mengharungi titian ujian itu setiap sujudnya diiringi dengan rintihan doa pada penciptaNYA ,memohon KEKUATAN LUARBIASA untuk menjalani dugaannya.

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu." Surah Al-Mu'minun : 60

Ya ayat ini biasa di dengar tapi percayalah kebenaran ayat ini LUARBIASA KEHEBATANNYA,.
benar atau tidak bergantung pada keyakinan anda.

Cerita di atas tiada kaitan dengan sesiapa, ia sekadar gambaran kehidupan kita sebagai seorang hamba.

Saya tinggalkan anda dengan sebuah lagu dari opick-taubat dengarlah dengan hati insyaallah airmata keinsafan akan mengalir..ingat airmata inilah yang menjadi perisai kita dari panasnya api NERAKA insyaAllah.





Notahati: i'm really miss u mom,,

Nukilan nisa srikandi al fateh
27/12/2011
6.30am
Sintok,kedah