..Ahlan Wa Sahlan..

Thursday, November 12, 2009

Apa UUM???


"Ayah, Nisa dapat masuk UUM ,Kedah.." saya katakan kepada ayah yang diri ini tidak pasti berita buruk atau baik baginya..
"Apa??..UUM ,kedah?? jauh tu kak.." balas ayah
"..tapi tdk apalah..sdh rezeki kakak disana.." tambah ayah lagi..
"Nisa,dpt msuk U mana??tanya salah seorang customer restoran mak cik saya
"UUM,Kedah." Balas saya dan mengharapkan respon darinya berbeza dari orang lain.
"wuh..jauh ke utara " hampa dengan jawapan yang diberi..

Jawapan-jawapan inilah yang menghantui fikiran saya seminggu selepas keputusan kemasukan ipt dikeluarkan.. takut,serba salah,gembira,sedih segala perasaan ini bercampur baur..namun persediaan ke sana tetap dilaksanakan..

Pernah terdetik di dalam hati..bagaimana nasibku di sana nanti? bagaimana jika ada sesuatu berlaku pada diriku?..dahlah saudara mara langsung tiada di sana..kalau adapun saudara bau-bau bacang..mungkin pernah jumpa,mungkin juga tidak..huh..

Ingat lagi kata-kata ayah sebelum masuk matrik dulu..

"kak..tak payahla blaja jauh-jauh sangat..dekat sini dahla..ayah risau tau kalau ada apa terjadi nanti macammana?..kakak tu perempuan..macam-macam kes ayah baca dalam newspaper skg ni..budak perempuan jalan ramai-ramai pun kena serang.."lebih kurang macam tulah ayatnya..

"Ayah, semua tu boleh terjadi dimana-mana saja,jika Allah menghendakiNya.." mengharap agar ayah memahami mksud saya..

Namun selepas itu ayah akhirnya bersetuju juga..syukur kepada Allah kerana membukakan hati ayah untuk merestui saya untuk mengembara mencari ilmu untuk mengenal Pencipta yang maha Agung..
Pasca zaman matrik sudah berakhir..kini suasana baru harus saya tempuhi dengan segala kudrat yang ada,dan keyakinan Allah pasti bersama menyalakan lagi api ruh di dalam diri untuk terus melangkah..

22.05.2009 (jumaat)..9.00pm


Saat pengembaraan saya akhirnya tiba..keluarga hantar sampai ke airport..kak Ramlah(my auntie) dan Fiza classmate matrik dulu yang turut sama mendapat tawaran d UUM..tepat pukul 12.00am kali kedua saya menjejakkan kaki ke tanah semenanjung..di sana sudah ada yang menunggu iaitu adik jiran Fiza di Tawau..kami akan menumpang semalam di rumahnya kerana flight seterusnya pada 7.00am.. perjalanan bersama kak Ramlah berakhir di situ..alhamduliLLah rezeki Allah ..saya dapat menjalinkan ukhuwah lagi dengan kak ana,tuan punya rumah tempat kami untuk menumpang semalam..

Tuan Rumah yang Baik Hati

Rasa segan menyelubungi diri ,kak ana dan suami mempunyai 2 org anak yang masih kecil terpaksa bersusah payah menjemput kami di airport pada lewat tengah malam itu..dan esok pagi pula terpaksa bangun awal untuk menghantar kami ke airport semula..tidak dapat saya gambarkan perasaan serba salah dalam diri..Fiza juga merasakan hal yang sama ,fiza menyatakan yang sebelum ni dia sudah mencuba untuk menolak bantuan yang ditawarkan oleh jirannya itu namun akhirnya terpaksa akur kerana desakan jirannya itu yang merupakan kakak kepada kak ana.

Timbul rasa kagum di hati ini melihat keluhuran hati seorang insan dalam keinginan membantu orang lain yang tiada talian persaudaraan dengannya,tapi atas dasar ikatan aqidah lailahaillallah muhammadarrasulullah keluarga ini sudi membantu kami.. walaupun menetap di kota metropolitan,yang mana kita tahu manusia di dalamnya sedang berlumba-lumba mengejar kekayaan,tidak kurang juga sifat pentingkan diri yang sering dikaitkan dengan mereka.

Syukran jazilan atas budi baik kak Ana dan suami yang merupakan guru di Sek.Men Asrama Penuh Puteri,Cyberjaya..may Allah Bless you and your family..
8.00am(23.5.2009 sabtu)..Alor Setar

Tiba di Alor Setar..sahabat sepermainan saya ,Faten Amira yang juga merupakan anak majikan ayah saya suatu ketika dulu,sudah lama menunggu ketibaan kami,tidak kurang juga kak Salasiah,Kak Ida yang turut menunggu saya dan mahasiswa/i yng datang dari Sabah..disitulah titik pertemuan saya dengan mereka..gembira rasanya..

Kereta yang di pandu oleh Ayah Faten meluncur laju..sudah lama tidak bertemu mereka..hari ini terjalin kembali ukhwah yang terbina suatu ketika dulu..ketika itu saya masih berada di bangku sekolah..terlalu banyak pertolongan yang dihulurkan oleh keluarga Faten ..dari dulu hingga ke saat ini..terima kasih atas segalanya!

Wah cantikknya!!

Dalam perjalanan menuju UUM..saya sungguh tertarik dengan suasana yang ada di negeri Kedah.sawah bendang yang menghiasi kawasan ini sungguh mendamaikan..segala pujian saya balikkan kepada ALLah yang mencipta alam ini dengan sempurna tanpa ada cacat celanya..

Sepanjang perjalanan saya ke UUM sudah cukup menyedarkan saya bahawa dimanapun kita berada Allah tetap bersama, ada yang sentiasa memerhati kita,Dialah yang memberikan kita tempat tinggal,menentukan makan minum kita,pakaian kita, bila kita sakit Dialah yang mengubati,bila kita sedih hanya Dia yang mampu mengembirakan..bila kita dalam kesusahan ,Dialah yang memberi pertolongan ..manusia di sekeliling kita hanyalah jelmaan dari segala apa yang dikurniakannya..pertolongan dari manusia itu datangnya dari pertolongan ALLah..hatta ibu bapa kita..segala kasih sayang yang mereka berikan itu juga adalah kasih sayang dari Allah..

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan ituada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan

-wallahu'alam-

Rujukan:
hadis ini hadis 19
maklumat lanjut sila rujuk hadis 40

2 comments:

Putraz April said...

Salam dari utara semenanjung...

Kedah mmg best..negeri jelapang padi...Pandang lah ke sawah sambil menyebut SubhanAllah...

Salam perjuangan...

http://ashsyumul.blogspot.com/

elya khadijah said...

kpd putraz april..betul tue..pertama kali saya sampai saya dah jatuh hati dengan pemandangan yg ada kat sini..syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan cptaanNya...