..Ahlan Wa Sahlan..

Thursday, November 19, 2009

Kalaulah Tuhan Kita Kenali..

Bismillahirahmanirrahim...

Beberapa hari yang lalu sahabatku mengadu..

"Entah kenapa ya..aku rasa selama ni apa yang aku doa tidak dikabulkan oleh Allah..kadang aku berfikir..dimana silapnya..sampai Allah tidak mahu kabulkan doaku.."

Sebenarnya pada masa ini, sahabatku dilanda masalah..kasihan aku melihatnya..aku cuba memujuk..

"Bila Allah mengabulkan doamu itu tandanya Allah sayang padamu,tetapi bila Allah lambat mengabulkan doamu bukan bermakna Allah tidak sayang padamu tapi Allah hendak mengujimu..beruntunglah kau sahabatku kerana diuji OlehNya"





Sahabatku mengalirkan airmatanya..menangis..dari matanya aku dapat merasakan keperitan yang dia alami..aku membiarkan dia terus menangis walaupun sebenarnya aku tidak sanggup melihatnya..aku tahu sebagai seorang wanita airmata adalah pengubat hatinya yang paling akrab sekali..airmata ini adalah kurniaan Ilahi yang sungguh mahal nilainya bagi seorang wanita.

Sahabatku..jangan pernah kau berputus asa pada Tuhanmu..yakinlah padaNya..Dia merancang sesuatu yang baik buatmu..

Sahabatku..ubatlah laramu dengan mengenali Penciptamu..
marilah kita mengenali Pencipta kita,
Pencipta sekalian Alam ,
Tuhan yang tidak pernah meninggalkan kita walau SEDETIK walaupun kita sentiasa melupakanNya,
Tuhan yang sentiasa menanti doa-doa rintihan kehambaan kita sedang kita leka dengan benda lain..kerana apa???
kerana jika kita mengenali siapa Tuhan kita..
kita tidak akan pernah MEMPERSOALKAN apa yang ditakdirkan untuk kita,
kita akan cuba memahami apa yang hendak disampaikan oleh Allah disebalik apa terjadi pada diri kita.,
kita akan mencari HIKMAH disebalik bala yang menimpa kita..

mari bersama kita hayati lirik lagu mawaddah nie..


Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaanNya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi


Beberapa hari kemudian...

sahabatku ini berkata lagi..

"Kini aku sudah dapat menerima takdir aku mendapat kursus %^#  ini.. aku tahu tentu ada hikmahnya"

"Alhamdulillah..dalam firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 216  bermaksud diwajibkan kamu berperang ,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.tetapi boleh jadi kamu  tidak menyenangi sesuatu itu,padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"

Aku menyambung lagi..

Tahu salah satu sebab apa kita boleh berputus asa dengan Tuhan??..
kerana dalam doa kita selalu meminta terlalu spesifik tentang apa yang kita mahukan..
dan apabila doa tidak dimakbulkan mulalah kita menyalahkan Tuhan,
berputus asa,

dan terus melumpuhkan semangat untuk berjuang..
segala amal yang dilakukan sebelum ini terus ditinggalkan..
sedangkan kita lupa kita ini hanya seorang HAMBA

yang sering terlupa STATUSNYA apalagi TUGASNYA..

terus ingin meminta  kepada TUHANNYA dan ingin dikabulkan permintaannya secepat mungkin..
sedangkan kita tahu hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik buat kita..
sedarlah kita ini hamba yang jahil lagi hina..

malulah kita wahai sahabatku sekalian..
meminta sesuatu yang tidak setaraf apa yang kita lakukan,
cuba bayangkan seorang pembantu rumah meminta berlian pada tuannya ,

sedangkan dia tidak melaksanakan tugasnya,
sungguh mustahil untuk dia mendapatkan berlian itu
ni apalagi seorang Hamba dengan Tuhannya,

Belah dada , periksa hati..fikirlah sendiri..

marilah kita perbaiki diri..
mintalah apa yang terbaik bagi Allah untuk kita,
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui..
Sungguh ilmu manusia begitu terbatas jika dibandingkan ilmu ALLAH..

Ya Allah kuatkanlah hatiku, hati sahabatku dan saudara seislamku dalam menujumu ya Allah..kerana aku tahu jalan menujumu penuh liku-liku..



p/s:Terima Kasih pada kak umi sebab mengingatkan lagu ini pada saya kembali..lagu ini saya pernah dengar dulu..sebab Mawaddah salah satu kumpulan nasyid yang paling saya minati..tapi..liriknya tidak terlalu di hayati..layan tak layan je..tapi bila dengar balik waktu ziarah blog akak..naik meremang saya dibuatnya..syukran jazilan kak umi..syg kak umi..

bagi sesiapa yang belum pernah dengar lagu nie..anda amat-amatlah digalakkan untuk mendengarnya..

tips: dengar dan hayati bila bersendirian dlm keadaan sunyi sepi..insyaAllah airmata keinsafan akan mencurah-curah keluar ibarat chocolate chococrunch!! ops terlebih sudah..

-wallahua'alam-

nukilan nisa90
20.11.2009
1.33am

6 comments:

.::nazratul::. said...

Salam. satu peringatan berguna buat semua. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh Yang Maha Esa. Dan terlindung daripada melakukan sesuatu perkara dimurkai-Nya. (:

Anonymous said...

salam alaiki ya ukhti....alhamdulillah...syukran jazielan....

tips blog said...

terima kasih telah berkunjung, nice blog

nisa90 said...

salam..napa sy try wat efek taburan bunga tu tak jadi ek??

Anonymous said...

begitu bagus peringatan :)

nisa90 said...

alhamdulilah..suykran ats kunjungan..