"Ya Allah.semoga dingin subuh ini,kicauan burung-burung di angkasa
serta titisan-titisan embun di dedaunan menjadi saksi
bahawa kami adalah golongan hambaMu yang mengharap secebis Rahmatmu"
Deringan alarm mengejutkan aku dari tidur yang lena..tepat 5.15am ...dengan keadaan yang masih mamai..aku mengagahkan diri untuk bangun ..keadaan blok agak sunyi sepi mungkin kerana penghuninya sudah keletihan kerana stay up untuk habiskan bab2 yang belum cover lagi ,normal bagi sorang pelajar ..study last minute itulah normanya,,namun bagiku ..subuh inilah sumber kekuatan bagi setiap hamba yang bergelar da'ie..tidak sanggup ku lepaskan subuh berlalu begitu saja..kicauan burung dan bunyian unggas menenangkan dan membakar semangatku untuk bersama-sama bertasbih memuji yang maha Esa ketika insan lain sedang lena dibuai mimpi..perasaan cemburu timbul kerana makhluk-makhluk ini lebih awal mnghadap Pencipta sekalian alam dariku..namun inilah proses perubahan..biarlah ia dimulakan sedikit demi sedikit..yang penting istiqamah..
Subuh mulai meninggalkanku..cahaya sang mentari menyinari ruang kamarku, walaupun saiznya tidaklah seluas mana , namun alhamdulillah cukup untuk aku dan teman sebilikku berteduh..kulemparkan pandangan ke luar tingkap..subhanAllah panahan keindahan ciptaanMu ya Allah tidak dapat aku nafikan..teringat satu artikel yang sudah cukup menaikkan bulu romaku ketika membacanya..
keajaiban ciptaanNya tidak tercapai dek akal manusia..mari bersama kita hayati..penciptaan langit..
Dirawikan bahawa;
Sesuatu yang mula-mula diciptakan oleh Allah SWT adalah Jauharah. Kemudian Allah melihatnya dengan pandangan haibah, maka hancurlah ia berkeping-keping kerana takut akan Allah. Kemudian ia menjadi air dan Allah memandangnya pula dengan pandangan rahmat. Maka separuhnya menjadi beku untuk kemudian dijadikan Arasy yang bergerak-gerak, lalu Allah tuliskan padanya, "La ila ha illa Allah Muhammadur Rasullullah"sehingga Arasy menjadi diam. Namun yang separuhnya tetap sebagai air yang terus bergerak-gerak sampai hari kiamat.
Demikianlah yang disebutkan dalam firman Allah SWT:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاأَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلا سِحْرٌ مُبِينٌ
Maksudnya:
"...dan adalah Arasy -NYA diatas Air..."
(Q.S. Hud:7)
لأرْضَ فِي سِتَّةِ
قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ
Maksudnya:
"Kemudian Dia(Allah) menyengaja ke langit,sedang ia berasap..."
(Q.S As-Sajadah:11)
Para cendekiawan mengatakan bahawa Allah menciptakan langit dari asap dan tidak menciptakannya dari wap. Ini kerana asap tercipta sebagai bahagian-bahagian yang boleh dipegang, yang pada akhirnya akan menetap. Sedangkan wap selalu berputar berulang-ulang dan demikianya merupakan kesempurnaan ilmu Allah SWT dan hikmahNYA.
Kemudian Allah SWT memandang air dengan pandangan rahmat sehingga menjadi beku sebagaimana adanya.
Ketebalan dan kekerasan di antara langit dan bumi dan di antara satu langit dengan langit yang lainya adalah dalam jarak lima ratus tahun perjalanan. Kemudian dikatakan langit itu lebih putih dari susu.
Langit:
- Yang pertama kelihatan hijau kerana kehijauan Jabal Qaf dan langit itu dinamakanRaqi'ah.
- Yang keduanya terdiri daripada besi yang memancarkan cahaya iaitu Fidum atauMa'un.
- Yang ketiga daripada Tembaga dan biasanya disebut Malakut.
- Yang keempat daripada Emas Putih yang menyilaukan mata iaitu Zahirah.
- Yang kelima dari Emas Merah dan biasanya disebut Mazinah atau Masharah.
- Yang keenam dari Jauharah iaitu Khalisah.
- Yang ketujuh daripada Yaqut Merah yang digelar Labiyyah atau Dami'ah.
Di langit ketujuh terdapat Baitul Makmur yang mempunyai empat tiang. Salah satu tiangnya terdiri dari Yaqut Merah dan yang lainnya dari Zabrjud Hijau, Emas Putih dan Emas Merah dan menurut qaul yang lebih muktamad bahawa bumi adalah lebih afdal dari langit. Ini Kerana para nabi tercipta darinya dan terkubur juga di sana. Sedang tingkat bumi yang termulia adalah yang teratas. Kerana disitulah tempat kemanfaatan alam.
Dirawikan dari Ibnu Abbas RA, bahawa langit yang terutamanya adalah yang atapnya Arasy Ar- Rahmah,iaitu Al-Kursyi. Oleh kerana ia dekat dengan Arasy dan segala bintang yang bermanfaat tumbuh di sana. Kecuali tujuh bintang yang berada di sekeliling matahari. Betapa menakjubkan ciptaan Allah SWT. Dia menciptakan tujuh langit dari asap, namun kondisi setiapnya adalah berbeza. Allah SWT juga menurunkan air dari langit, dan kerananya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berbeza baik warna dan rasanya.
Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT:
وَفِي الأرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Maksudnya:
"...(Dalam pada itu)Kami lebihkan setengahnya dari yang lain,tentang rasa buahnya. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi keterangan(akan adanya Allah)..."
(Q.S Ar-Ra'du:4)
"...(Dalam pada itu)Kami lebihkan setengahnya dari yang lain,tentang rasa buahnya. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi keterangan(akan adanya Allah)..."
(Q.S Ar-Ra'du:4)
Bahkan Allah SWT menciptakan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza pula. Ada yang putih, hitam, berduka, mukmin, kafir, pandai dan ada pula yang bodoh dan yang sebenar asalnya adalah satu iaitu Adam.
Sumber:
-Kitab Mukashafaf Al Qulub Perawi:Imam Al-Ghazali
Glosari:
1)Jauharah: permata
-Kitab Mukashafaf Al Qulub Perawi:Imam Al-Ghazali
Glosari:
1)Jauharah: permata
artikel ini ana ambil dari iluvislam..
No comments:
Post a Comment