In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household
(Ahlul Bayt)
mmm..Sedapnya kalu pagi-pagi nie dapat makan roti canai!!..huhu..lapar..
tapi hari ni saya nak berkongsi satu hadis kudsi yang saya baca yang ada kaitan lapar ..mari bersama-sama kita ambil pengajaran dari hadis nie..
Aisyah r.h.a berkata “tidak pernah keluarga rasulullah s.a.w kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak baginda datang di madinah sehingga baginda meninggal “
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim ,Khatib Ibn Asakir dan Ibn al-najjar daripada
Abu Hurairah r.a dia berkata:
“Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia bersembahyang duduk , maka aku pun bertanya kepadanya :’Ya Rasulullah ! mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk , apakah engkau sakit?”
Jawab Baginda “Aku lapar , wahai Abu Hurairah “
Mendengar jawapan Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu.Baginda merasa kasihan melihat aku menangis ,
lalu baginda berkata:
“ Wahai Abu Hurairah ! jangan menangis , kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia.”
!!~Astagfirullahalazim..marilah sahabat kita sama-sama muhasabah diri dengan menghayati peribadi kekasih Allah ini..walaupun Baginda merupakan ketua negara malahan Rasul yang palin dicintai Allah pemilik seluruh khazanah alam,yang boleh sahaja ketika itu menikmati segala kemewahan yang sepatutnya dimiliki oleh setiap pemimpin .Namun begitu ,Baginda sanggup berlapar walaupun telah dijanjikan bahawa tempat baginda pastinya di syurga tanpa hisab.
~ ya Rasululullah indaHnya peribadimu..kami merinduimu..~
3 comments:
ya Rassullullah.
peribadimu tiada tandingan..
terima kasih atas perkongsiannya adik nisa.
akak selalu tumpas bab nafsu makan neh T___T
betul tu kak..
semoga kita dapat mencontohi peribadinya..
klu bab mkn ni kak xle nak ckp pape la..hehe..tapi insyaAllah kita ble cuba..
to cik Epal..hehe..tu la pasal..tq..sudi kunjung blog saya..
Post a Comment