"”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud
Saya mulakan kalam dengan hadis menuntut ilmu utk mengingatkan pada diri akan tujuan hidup ini semuanya atas dasar Keredhaan Allah..
Setelah sekian lama..akhirnya dapat juga update teratak kasih saya nie..
akhir-akhir ini diri sering diselubungi mimpi-mimpi yang aneh..
mmm..xtaulah adakah ia satu petanda atau sekadar mainan..
Kalau xsilap tarikh aritu adalah 22.2.2010
pada malam tu ,saya termimpikan adik kedua saya..keesokan harinya bila tersedar terasa rindu sangat dengan dia..jadi saya pun cubalah menghubunginya untuk bertanya khabar..tapi sayang panggilan saya tidak disambut..
kerana kesibukan dibulan exam,saya telah terlupa akan sesuatu yang penting dalam hidup saya..
hari berlalu terus berlalu..
Tepat 27.4.2010..
Pagi-pagi lagi nada dering mesejku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk..MANNI tertera nama penghantar mesej itu..dia adalah sahabat saya di kampung halaman..mesejnya berunsur nasihat ..tidak sempat untukku menghabiskan mesej yang dihantar HP ku berbunyi lagi...Penghantar yang sama..kali ini mesejnya bernada lain..
"Salam,nisa ko dah wish birthday pd adeqmu ka?"
dengan pantas melihat tarikh hari itu..astagfirullahalazim..hari ini adalah harilahir Kimi,adik kedua saya..dan yang lebih buruk lagi..harilahir Didil adik saya yg sorang lagi telah berlalu 22.4 ..hatiku bertambah sedih bilamana Manni membalas mesejku..
"ko tau ka..masa besday si Didil hari tu..kami buat kejutan untuk dia..Dia gembira sangat.."
"Tapi dia sedih sebab Dahla ayahnya lupa harilahirnya..skrg kakaknya pula yang lupa"
Ya Allah..hatiku semakin tidak tenteram..terus ku hubungi adikku itu..mungkin bagi sahabat2..apalah yang pentingnya memperingati hari kelahiran itu..tak penting pun..tapi bagi saya untuk memperingati dan memberikan ucapan atau hadiah utk adik-adik kesayangan saya adalah sangat bermakna..
mungkin sebab itulah saya termimpikan adik saya hari tu..
Sejak peninggalan ibu..ayah sibuk mencari rezeki sehingga tarikh penting dalam hidupnya dia tak ingat termasuklah harilahirnya sendiri..tapi saya tidak menganggap itu kesilapan ayah..itu adalah sifat normal bagi seorang lelaki..jadi siapa lagi nak diharapkan untuk mengembirakan hati mereka selain saya..
mereka berdua adalah Kekasih hatiku..
"Ya Allah aku , tetapkan hatiku dan hati adikku dalam landasanMu..jadikan adik-adikku Mujahidmu yang memperjuangkan agamaMu suatu hari nanti.."
Setelah beberapa lama..
"TQ kakakku cayang,Biar lambat asala Selamat,,hehehe.."..balasan dari adik Didil sedikit menenangkan hatiku..
"Tq kak..saya di masjid skg nie..ada ceramah..ok dulu ya"alhamdulillah..hatiku bertambah tenang..
Pada hari itu saya baru perasan saya xda buat reminder pun di HP utk besday adik2 saya..hanya ingat dalam kepala..mmm..Patutlah..
kadang-kadang manusia nie perlu diingatkan juga..kerana sifat semulajadinya yang sering LUPA..
Patutlah bila Nabi SAW bila memberi peringatan ,Baginda akan mengulanginya sebanyak 3 kali..
Terima kasih pada sahabatku kerana sering mengingatkan daku ketika Lupa..
k..sekian dulu storynya..
wallahu'alam..