Bismillahirrahmanirrahim..
HATI2 DENGAN 'CERMIN' DI HADAPAN ANDA BILA MENCUBA PAKAIAN BARU DI DALAM BILIK SALIN PAKAIAN DI KEDAI2 ATAU SHOPPING KOMPLEX ATAU ANDA BERADA DI TANDAS2 AWAM DAN HOTEL2
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin dua arah?.Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya dua arah tapi untuk di kawasan tumpuan awam :
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI".
Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan diri anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !
Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain. Para lelaki: beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda mengenai tips ini
~perkongsian dari rakan blog~
1 comment:
syukran atas info berguna ni..memang kena hati2 skang ni ramai orang suka sabotaj orang..
Post a Comment