..Ahlan Wa Sahlan..

Thursday, October 14, 2010

..peNaWar QaLbu..




“I pray for ur success, and may Allah bless u always dear..
uhibbukifillah, keep praying, keep struggling, & fight for ur own destiny. insyaAllah, He's with u.. “


"Smga shbt qu ini sentiasa mendapat keredhaan Mu Ya Allah semoga dya menjadi teman q dunia dan akhirat..."

" Aku rindukan semangat perjuangan mu...moga tabah selalu ya ukhti..salam ukhuwah wa mahabbah...moga dirimu menjadi kecintaan Tuhan.."

"Yeah, don't give up, u hv to keep walk until u reach ur destiny.."


Doa-doa ini cukup memberi makna yang sungguh berharga buat diriku..



Ya Allah , sungguh kemudahan dan keselesaan hidup yang kini ku 
rasakan bukan kerana amalanku yang hanya sekecil kuman..

aku jadi malu dan sedih bila memikirkannya..

ketenangan ,dipermudahkan urusan, kegembiraan dan segala-galanya 
yang telah Kau berikan padaku..adalah kerana RahmatMU dan Kasih sayangMu..

serta doa-doa mereka yang yang menyayangiku..

Terima kasih ya Allah..

Engkau memberikanku sesuatu yang terlalu berharga buatku.
                                              
                                                       



Baru kini aku sedari..

Mengapa Engkau mengambil dia dariku sewaktu aku masih belum mengenal dunia..

Rupanya Engkau ingin mengajarku erti berdikari..


Saat ini baru aku faham ..

mengapa aku harus berpisah dengan dia di kala aku masih ketandusan kasih sayang..

rupanya Engkau hendak mendidikku bahwa dalam dunia ini tiada tempat bergantung selain dari-MU.

Rupanya Engkau mahu aku tahu tiada yang lebih besar selain dari rahmat dan kasih SayangMU,


Maha Pemurahnya Engkau Ya Allah..

Tika aku sedih, Lemah dan tidak berdaya..

Kau Hantarkan keluarga dan sahabat-sahabat yang cukup menyayangiku sebagai terjemahan kasih SayangMu pada hambaMu. .

Ya Allah sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku..kasihi mereka sepertimana mereka mengasihiku.. duhai keluarga dan sahabatku hanya Allah swt yang mampu membalas kebaikan hati kalian.. 



"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk membela syariatMu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya. Kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah ia dgn cahayaMu yg tidak kunjung malap...matikan kami di atas jalan dakwahmu" 

~kalian adalah penawar hatiku..~


2 comments:

syauqahwardah1209 said...

Salam warahmatullah sayangku nisa..

Allah itu Maha Bijaksana, lgi Maha Pengasih & Penyayang..

Kebiasaannya, bila sesuatu terjadi mengikut bukan kehendak kita.., kita merasakan kita dizalimi, ditindas.. tetapi sebenarnya, tiada sesiapa yang menganiaya diri kita, apatah lagi Allah Yang Maha Penyayang itu.

Kita inilah yang silap menafsir. Kitalah sebenarnya yang menzalimi diri kita sendiri..

Bersabarlah, dik. Duni ini hanyalah bersifat fana, semua ini akan kembali kepadaNya jua apabila tiba masanya kelak.. dalam menanti hari itu tiba, perkuatlah hati, perlajukanlah langkah dakwah, perhebatkanlah ibadah..

semoga hari kembalinya kita bertemu si Dia kekasih agung kelak dalam keadaan yang tenang & bahagia, & dimasukkan ke dlm jemaah hamba2 yang menghuni syurgaNya.. amin2, insyaAllah..

May Allah bless u always. He knows the best for each of us..

Allahu 'alam.. sayang kamu, dik. :)

nisa90 said...

wslm kak safi..

syukran kasiran ats nasihatnya..

Maha suci Allah Dia Maha kuasa dan Maha Mengetahui..

Dia lebih tahu apa yang kita perlukan..

sayang kak safi..=)